Skip to main content

Buku untuk anak2

Salam mesra buat semua...anak2 kalo dibawa kekedai mainan dan sebagainya, mesti nak mainan kan. Kalo dibawa ke kedai buku..adakah mereka berminat??

Nak ceritanya..beberapa minggu yang lepas kami ke Kuantan atas urusan rasmi. Dah setel sume urusan tu..kami bawa anak2 ke kedai buku popular. Tak disangka sungguh teruja mereka. Minat juga.

Saya sebenarnya nak cari kamus bergambar bahasa mandarin supaya senang nak ajar amyra dan sebagai bahan rujukan tambahan. Saya pun tahu mandarin sketlah sangatnyer. Saya pula yang melebih2 risaunye samaada amyra leh tak nk catch up mandarin bila sudah masuk sek ren cina nanti.

Kat bawah ni buku yang amirul pilih sesuai dengan minatnye..takkan kita nak beli buku yang die tak minat..nanti jadi tak minat nak membaca..betul x?

buku untuk amirul


Kalo kamu nak tahu, semua jenis traktor dalam buku ni, saya blajar dulu mase amik kejuruteraan biologi. Bolehlah ingat sesketkan..tapi xde maknenye..bukannye saya nak bawa traktor. Sewa back hoe sehari rm450..banyak dapat tau..tapi maintenancenye pun leh tahan gak.

Yang ni pula buku2 tambahan bacaan mandarin untuk amyra...


kamus bergambar dan buku bacaan simple



Saya belek2 buku kamus ni, untuk budak sekolah rendah, tapi mostly amyra dah belajar kat sekolah tadika. Erm..tak tahulah silibus diorang ni. kami memang berharap sangat amyra dapat menguasai bahasa mandarin suatu masa nanti..insyaallah..mama sentiasa mendoakan untuk amyra dan yang lainnya..ok ..jumpa lagi..

Comments

  1. fiza:yg sulung sek tadika cina..tahun depan sek rendah cina..insyaallah..tahun depan juge amirul sek tadika cina..
    now tengah cari sek utk myra belajar fardhu ain..walaupun izan ajar kat rumah tapi tak mencukupi..beter belajar kat sek kan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...