Skip to main content

Bersyukur dengan apa yang ada

Salam mesra buat semua..Mama izan ingin kongsikan apa yang terkandung dalam kepala mama izan nih.

Selama ini merasakan kenapa orang itu ade ini ade itu, kenapa saya takde. Kurang ade lebihan wang untuk berjalan2an. Rasa macam indahnya hidup mereka ade banyak duit nak ape2 sume boleh dapatlahkan. Tapi bila melihat ujian yang mereka hadapi sangat2 hebat, adakah saya bila berada di tempat mereka boleh menghadapinya dengan tabah.

Ramai yang mama izan kenal banyak duit, tapi anak takde atau seorang sahaja. Memang semasa kecil rase macam susah sangat nak menjaga dan mendidik anak2, mungkin kelebihannya bila mereka sudah besar nanti, Di saat kita sedang sakit atau sudah tua badan sudah tidak berdaya, ade yang boleh menjaga kita pula.

Kebanyakannya punyai anak yang ramai tapi kewangan tidaklah begitu banyak. Menghadapi cabaran mendidik anak2. Manakala sebahagian lagi punyai harta yang melimpah ruah, menghadapi dugaan hebat buruan perompak dan sebagainya. Dan mungkin hati mereka tak tenteram.

Pendek kata bersyukur dengan apa yang kita ade. Dan ujian2 yang Allah berikan kepada setiap manusia pasti sesuai dengan keadaan mereka dan mereka boleh menghadapinya dengan tabah.

Kesimpulannya, kebahgiaan yang sebenar ialah bila mana hati kita dalam keadaan tenang dan boleh tido dengan lena tak kisahlah walau siapapun kita.

Mama izan akan membaca selawat tafrijiyyah dan ayat seribu dinar setiap kali lepas solat.. Insyaallah segala kesusahan dan kesulitan kita pasti ade jalan penyelesaiannya. Baca dengan khusyuk dan bersungguh2. jangan hanya baca mase tengah susah, tapi amalkanlah setiap hari..

wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...