Skip to main content

Complicated mandarin

Salam mesra buat teman2 semua..alhamdulillah beberapa keje dah setel..

Kelmarin saya buat kerja rumah amyra bersama2. Ada chinese homework, tentang penjodoh bilangan. Konfius saya, dalam nota tulis lain dalam soalan lain. Mana satu yang betul ni.

Contoh:
1. seekor gajah: yi ge.....
2.seekor gajah: yi zhi....

Jadi, esoknya saya jumpe cikgu chinese amyra tanyakan hal ni..memang lam chinese penjodoh bilangan ade banyak untuk sesuatu benda kata cikgunya. Saya tanya macam mana nak tahu bila masa guna yang ni dan yang itu. Kene banyak membaca dan mendengar kata cikgu myra lagi.

Cikgu die pun siap bagi cadangan tengok chanel 325 @astro. Saya dah tengok memang jelas sebutannya dan sangat membantu kalo amyra rajin tengok dan dengar.

Sebenarnya, saya amat risau kalau amyra masih tak leh catch up, sebab tahun depan fully bahasa mandarin, kecuali subjek bahasa melayu dan pendidikan islam.

Sebagai seorang ibu, saya akan membantu dan mendoakan yang terbaik untuk anak2. Kadang2 saya yang pening, tapi hasilnya, saya banyak tahu vocab mandarin secara tak sedar.

Dan bila salesman datang nak amik order mereka akan gunakan bahasa mandarin bila call staff mereka bila ade sesuatu yang kami tanya. So, saya boleh curi2 dengar perbualan mereka, adakah same sebut harga yang dibualkan dengan yang diberikan kepada kami.

Inilah sebab utama kami nak anak2 sume menguasai bahasa mandarin, supaya tidak ditipu oleh orang cina. Memang sebelum ni pun ade kes, salesman cakap dengan staff die lain, cakap dengan kami lain. Saya bagitahu suami saya yang die tipu bila die dah balik..dan akhirnya die tak keje dengan syarikat tu lagi. Tak tahulah nape kan.

Mana yang baik dijadikan panduan, sekian, wassalam..


Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .