Skip to main content

Rawatan resdungku

Salam mesra buat teman..alhamdulillah..bertemu lagi. Resdung saya kembali lagi, memang sangat2 merenyam sampaikan nak tido pun tak selesa. Dari dulu lagi, macam2 ubat yang saya makan memang tahap resdung macam tu jer tak berkurangan. Maknanya kalo tak makan ubat diserang resdung.

Bila saya diperkenalkan rawatan resdung yang dikendalikan oleh MIL saya barulah resdung saya berkurangan. Rokok resdung ni dibuat sendiri oleh MIL saya. Tapi sejak tinggal di Temerloh ni saya dah tak buat lagi rawatan resdung dan sekarang memang benar2 gatal.

So, saya dah 2 kali buat rawatan. Agak kurang sket gatal. Biasanya saya buat rawatan habis 2 bungkus baru ade kesannya. Dalam 1 bungkus ada 21 batang dan panjangnya lebih kurang 3/4 panjang kotak tisu. Dan setiap kali rawatan hanya menggunakan 7 batang sahaja. Rawatan ni tak mengeluarkan asap pada muka, hanya melekapkan satu hujung pada titik tertentu pada muka dan hujung satu lagi dibakar. Sangat mudah dan selesa.

Jadi dibawah ni, gambar selepas rawatan..dan yang berwarna kekuningan itulah yang telah dikeluarkan dari muka saya, saya tak pasti namanye ulat atau hama resdung. Saya nasihatkan rakan2 yang mengalami resdung agar membuat rawatan dengan segera, sebab bila dah tahap kronik mungking hidung anda akan dimakan oleh ulat resdung.

Melalui pembacaan saya, hama resdung yang ade dalam muka jika tidak dikeluarkan akan menjadi lebih teruk dan membiakkan ulat resdung. Kalo rakan2 rajin tengok je kat you tube..memang mengerikan.





Jadi lakukan sesuatu sebelum terlambat. Dan saya akan teruskan rawatan untuk bungkusan yang kedua akan datang. Ok..jumpe lagi..wassalam..

Comments

  1. As'kum.
    Kepada para pesakit yang menderita resdung tahap kronik, sila dapatkan rawatan melalui sini:

    Rawatan Penghapusan Resdung Teruk

    Dah ramai berjaya. Semoga anda juga. Terima kasih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .