Skip to main content

Lori delta baru

Salam mesra buat semua...Kami aterasa amat gembira kerana lori yang kami impikan sudah berada dalam genggaman. Mungkin ade yang kata "lori..ape sangatlahkan..".Tapi bagi kami amat2 bermakna, dahlah nak dapatkannya pelbagai onak duri yang perlu kami lalui.

Walaupun ianya sebuah lori tapi harganya same lebih kurang macam Mr.hilux tu. Dengan adenye lori ni, kami berharap agar pintu2 rezeki yang lain akan kami dapat buka. Kita ni orang muslim memang kene banyak berusaha dan berdoa untuk dapatkan sesuatu. Sekiranya kita dah berdoa dan bertawakkal tapi Allah tak beri bukan bermakna Allah tak sayang, tapi mungkin belum sampai masanya atau tidak baik untuk kita atau kita akan dapat yang lebih baik dari itu.

Dan jangan mudah putus asa, jika tidak dapat melalui pintu pertama, cuba pintu kedua. Mama izan rase nak dapatkan lori ni pun yang pintu entah keberapa. Alhamdulillah...kami sangat2 bersyukur. Kalo ikut perkiraannya esok lori baru siap. Tapi semalam mereka hantar ke kedai.



inilah rupernyer lori baru tu..


Malam semalam kami anak-beranak merasmikan lori baru dengan meronda2 seluruh temerloh. Leh tahan gak macam dok lam buaian hingga aniq tertidur. Buat pertama kalinyer naik lori, 60km/jam pun dah rase laju.Kalo naik hilux setakat 130km/jam biase je.


Semoga segala perancangan kami akan datang dipermudahkan. Wassalam..

Comments

  1. Lori paling laju blh lari berapa?
    meniaga apa ni?
    Good luck ;-)

    ReplyDelete
  2. Lori paling laju leh sampai 1ookm/j..tapi 80km/j pun dah mcm gempa bumi..mcm2 bunyi dan gegar kuat..biasa lam 60-70km/j

    mama izan berniaga hardware konsep DIY kat temerloh dah 3thn ..beli lori ni nak besarkan lagi hardware nak jual brg kasar mcm pasir, batu.

    k..thanx

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...