Skip to main content

Panduan penggunaan:Botol susu "polikarbonat"

As salam dan selamat sejahtera buat semua...

Isnin lepas dalam malaysia kini ade mengatakan botol susu yang diperbuat daripada polikarbonat yang mengandungi "bisphenol A" akan diharamkan kerana akan menyebabkan gangguan pada sistem hormon bayi dan kanak2. Namun, masih belum ade lagi kes yang berkaitan dan penilaian hormon terhadap tubuh bayi.
.

Menteri kesihatan menunjukkan botol susu jenis "polikarbonat" (kanan)


Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

Berita penuh disini!!


Mama izan pun cari mana2 artikel lain yang berkaitan dan mama izan jumpa dalam "malay mail online".


Panduan pengguna untuk menggunakan botol susu "polikarbonat":

*Sterilkan botol susu seperti yang diarahkan pada label. Jika tidak ada, hendaklah direbus selama 5 minit hingga 10 minit.

*Elakkan mengisi air panas secara terus ke dalam botol susu " polikarbonat" semasa menyediakan susu.

*Gunakan alat untuk membasuh botol susu "polikarbonat" yang lembut seperti span dan berus khas supaya permukaan dalam botol susu tidak bercalar.

*Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu sekerapnya. Jika terdapat calar hendaklah tukar yang baru. Jika tiada calar atau kerosakan lain hendaklah menukar botol susu setiap 6 bulan.

Anak2 Mama izan memang menggunakan botol susu polikarbonat, memang sebelum kuar berita ni , mama izan rebus botol2 tu setiap minggu. Dan akan tukar paling lama pun 3 bulan. sebab tu anak2 suka sangat minum susu sebab pelbagai jenis botol yang mama izan belikan.

Rasenyer ramai ibu2 yang tahu pasal penjagaan botol susu ni kan. Sama juga bekas plastik untuk minuman atau makanan ade bahan "polikarbonat" ni. Perasan tak kalo letak air panas pada bekas plastik akan ade bau bahan kimia?? So, jangan hanya botol susu yang kita tumpukan, sebolehnyer gunakan bekas bukan plastik untuk buat air panas.


Harap ramai yang dapat manfaat..wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada

Ubahsuai rumah:tambah bilik air

Salam buat semua pengunjung... Kami dah merancang sekurang2nya nak tinggal disini lagi 5 tahun. Memandangkan anak2 semakin membesar dan setiap pagi masing2 nak menunaikan hajat memasing..memang tak cukup bilik air satu saje.Kalau sedara mara atau adik beradik datang ke sini pun kenelah beratur nak menggunakan bilik air. . Setelah berbincang dan survey kos nak wat bilik air ni. Makanya, suami mama izan pun bersetuju. Memula nak beli bilik air yang dah siap, cuma letak jer kat lam umah ni, harga RM1200 paling murah tapi takde toilet bowl, masih tak praktikal. . Kami buat kira2 kos ubahsuai rumah membuat bilik air sendiri, lebih kurang RM1000 juga termasuk upah. Tapi kami hanya perlu mengeluarkan RM600++ sahaja sebab barang yang lain ade dikedai kami. Toilet bowl, sinki, folding door, peralatan paip, bidet tak payah beli, sume ade dikedai kami. . Jadinya, kos yang sedikit untuk ubahsuai rumah kami pun teruskan projek ni. Kontraktornya suami mama izan dan pekerjanya staff kami juga..sora