Skip to main content

Tips:Jujur dalam berniaga

Salam buat semua teman2..

Kejujuran penting dalam berniaga, ada yang ambil mudah akan perkara ini, tapi akhirnya Allah tetap akan ambil segala yang diperolehi sedikit demi sedikit tanpa disedari. Apa yang mama izan nak cerita ini adalah kisah benar tentang seorang peniaga bangsa melayu yang tidak jujur.
.
Pada mulanya kami sangatlah hormat dan kagum dengan pencapaianya. Beliau juga ade cerita yang KWSP bagi surat denda lam puluhan ribu juga. Kami terpikir kenapa begitu, kalau setakat 3 bulan tak bayar, sekurangnya hanya diberi "warning letter".
.
Akhirnya kami dapat tahu dari seorang aunty sebenarnya beliau tak bayar sewa sudah berbulan2 lamanya. Kenapa perlu berbohong dengan kami, bukan ke lagi malu berita buruk ni kami tahu dari orang lain.
.
Ade juga cerita darinya yang pembekal nak cash darinya tiada credit. Kami pelik kenapa begitukan. Setelah kami berurusan dengannya dan ternyata beliau tidaklah jujur dengan kami, tidak memberitahu perkara yang sebenar. Dan kami orang yang ke berapa mangsanya. Memang patut pun tak dapat credit, sebab tak bayar dengan pembekal pada mase yang ditetapkan.
.
Semua perkara di atas dicerita sendiri oleh beliau kepada suami mama izan. Kami ambil iktibar daripada perkara ini. Allah ambil apa yang beliau ade sedikit demi sedikit, dari 3 kedai jadi 2 kedai, dari 2 tingkat kedai jadi setingkat kedai, dari kedai depan jadi kedai belakang.
.
Cuba cek diri memasing adakah kita jujur dalam berniaga, jika tidak, ubahlah supaya kelak kita tidak mengalami kesusahan. Cerita ini sekadar untuk berkongsi dengan rakan2 untuk mengambil iktibar akan peristiwa ini dan bukanyer ingin memalukan mana2 pihak yang terbabit.
.
Memang pelbagai dugaan dan ujian untuk menjalankan perniagaan dengan jujur. Bangsa lain menipu untuk kaya dengan cepat. Tapi kita sebagai orang islam hendaklah bersabar jangan mudah tergoda dah memenuhi hasutan syaitan dengan lambakan duit yang banyak. Tak rugi bersifat jujur, kerana Allah akan memberi ganjaran yang lebih hebat lagi..insya Allah.
.
Bagaimana jujur dalam berniaga??
Caranya mudah saja, kalau ade yang menggunakan timbangan janganlah menipu, lebihkan lagi baik seperti yang kami amalkan. Beritahu kastemer perkara yang betul tentang barang yang dijual ..contoh kepala paip" kalau p.cik beli yang murah dan kurang berkualiti akan cepat rosak, kalau nak yang baik harganya mahal tapi tahan lama"..terpulang pada kastemer nak beli yang mana.
.
Pengalaman mama izan, bangsa melayu, islam kalau tidak jujur dengan sekelip mata je Allah tarik balik tapi kalau bangsa cina menipu tidak jujur makin kaya. Mungkin ade hikmah disebalik Allah takdirkan semua ini. Wallahu a'lam.

Comments

  1. ade jgk yg berniaga tak jujurkan...kite yg membeli kecewa ape yg diharapkan tak berapa elok bile dpt...pernah terkene...

    peniaga ni kadang2 mmg mementingkan keuntungan ajer...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...