Skip to main content

Ramadhan kali ini..



Salam ukhuwah...
tanpa disedari sudah 6 hari kita berpuasa.Alhamdulillah saya dapat bertemu dengan ramadhan lagi..dengan harapan lebih menghayati dan manfaatkan kelebihan dalam bulan mulia ini.
Tahun ini merupakan kali ke3 kami berpuasa di Temerloh..lebih meriah dengan kehadiran si comel yang sangat menawan hati mama dan papa..baby aniq.Kehadirannya menambahkan lagi keceriaan dalam keluarga kami..

Aniq dengan baju barunyer..


Tahun lepas berpuasa semasa mengandungkan aniq..jadinya saat2 nak menyediakan juadah berbuka agak keletihan...buat simple2 saje..ramadhan kali ini saya berazam nak buat juadah yang jarang2 atau yg tak pernah lagi saya buat...
Hari ini berbuka ala2 western food..saya buat ayam panggang dan coleslaw serta nasi goreng.
Alhamdulillah..sedap dimakan walaupun tidak serupa dengan kenny rodgers..entah resepi apelah yang dia letak..saya buat research sana sini..tapi rasanyer tak same.

Antara manisan kegemaran suami..


Biasanya saya masak banyak..jadinya sahur hanya panaskan saja..kadang2 baby nyusu waktu sahur ..maka..suamilh yang kena panaskan lauk pauk.
Tarawikh bila berkesempatan saja saya lakukan..maklumlah anak2 makin bertambah dan komitmen bertambah banyak..saya berharap dapat khatam lagi kali ini..baca quran boleh sambil2 duduk dengan anak2 ..paling banyak saya baca selepas sahur ketika anak2 dibuai mimpi..lebih khusyuk.

Bila teringat zaman muda mudi dulu ingin kembali lagi muda untuk manfaatkan rahmat dalam bulan mulia ini..masa berlalu takkan kembali..jadinya pengalaman yang lalu dijadikan iktibar untuk masa sekarang dan mase akan datang.

Sudah mengantuk..mahu bersiap2 untuk tidur..dan bangun sahur dengan mudah.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .