Skip to main content

Makan2 sempena birthday amyra fariza

Salam buat teman2 seperjuangan...

Teruskan perjuangan yang masih belum selesai dan bersiap sedia menghadapi perjuangan tahun baru. Selamat menyambut awal muharram 1432 hijrah, semoga segala amal yang dilakukan bertambah2 baik dari tahun sebelumnya.

28 November 2010 kami pergi ke Kuantan, kononnya nak makan2..sebab lama sangat tak makan2 di luar. Jadinya birthday Amyra kali ni papa dengan baik hati belanja kami anak beranak makan2. Boleh dikatakan lebih 5 kali kami akan ke Kuantan lam setahun atas urusan rasmi ataupun tak rasmi. Mama izan ingatkan dah ade sign board tapi xde gak.Betul2 kat bandar kuantan je ade signboard. Pinggiran bandar xde, sesat barat kami mase memula datang ke Kuantan 2 tahun lepas.

Kami nak pegi Berjaya Megamall, kuantan..xde signboard, tapi kami nampak bangunan, so agak2 jerlah arah ke mane kan. Sampai kat simpang 4, kanan berjaya megamall, kiri dan terus tak tahu pegi mane, xde signboard, 2 tahun yang lalu macam ni gak..xde perubahan yang memudahkan pelawat. Macam mana mereka yang pertama kali datang ke Kuantan?? konfem sesatkan..so..bawalah peta or gune GPS...

Banyak2 tempat yang mama pegi, kota bharu, johor bahru, seremban, ipoh..tak pernah sesat barat macam kat kuantan nih..tension sangat2 2 tahun yang lalu...nak cari JPJ sampai ke lebuhraya pantai timur.Bukan ke Kuantan ibu negri Pahang?? tumpuan pelancong..

Jauhnye mama izan melalut ye..nak wat camne, x puas hati sangat2. Kami pun trylah nak makan kat Delifrance yang ade offer buy 1 free 1 kan. 4 jenis makanan jer kami order.



Mama izan punye..xingatlah mama namenyer..pie jer ingat..

Amyra of coz order pasta bolognaise(peberet die)

Yang ni lak papanyer..chicken arabiatta



Ade lagi satu baguette tahiti pizza...x sempat nak snap sebab yang last sampai, mama izan tengah sedap menjamu selera. Tapi...pizza hut lagi sedaplahkan.

Dah menjamu tuh..xdelah kami berjalan2 sebab papa pun x bape sihat. Cumanyer tunaikan hajat Amyra nak beli baju cam Angelina parellina(cartoon @ astro) yang labuh sampai ke bawah. Pastu nak yang xde lengan die kata nak sexy cam mama..pulak dah budak ni..kecik2 dah pandai..mama izan cakap kat die..mama kat rumah jer sexy..kat luar malu nanti pak cik tengok.

Mama izan sentiasa berdoa semoga anak2 sume jadi anak yang soleh..tahu mana yang boleh dilakukan dan mana yang xboleh..amiiin

Semoga ketemu lagi ya..insya Allah...

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...