Skip to main content

Manik oh manik

Salam buat semua pengunjung...


Jahitan manik sekarang ni sangat2 popular dan ramai yang memperoleh sumber pendapatan sampingan daripadanya. Ade juga yang memberi perkhidmatan newsletter secara percuma cara2 dan teknik2 untuk menjahit manik. Pembelajaran secara online pun ade dengan harga yang sangat berpatutan. Selain itu, terdapat juga kalangan penjahit manik yang sudah otai menghasilkan cd serta buku teknik2 menjahit manik untuk dijual. Kiranya memang boleh senanglah.

Semakin hari corak dan paten dipelbagaikan mengikut idea penjahit manik. Setiap orang akan menghasilkan seni jahitan yang berbeza walaupun mengadaptasi daripada sifu2 mereka. Kalau kita boleh lihat diblog2 jahitan manik, bermacam2 jenis corak dan idak ade yang sama. Setiap penjahit manik akan ade keistimewaan memasing.

Contoh jahitan manik shimmering flora. (cre. to butterfly beads)




Mama izan pun tak nak lah ketinggalan, jadinya mama pun blajar sedikit demi sedikit. Memula dulu just buat jahitan manik pintal sahaja. Perkara baru tentunya kita perlu ambil mase untuk mahir. Dan kene banyak bersabar supaya jahitan sangat kemas. Now mama menerjah dari blog ke blog untuk belajar supaya mama dapat idea untuk buat paten jahitan yang berbeza.


Terdapat pelbagai corak dan patent, antaranya, jahitan manjalara, bunga sequine, crumble, manik tabur, juntaian kasih dan macam2 lagi. Daripada asas ni, penjahit boleh menghasilkan banyak corak yang berbeza2. Inilah uniknya jahitan manik. Terbarunyer design ialah jahitan manik 3D, shimmering flora.

Nak tahu jahitan manik yang mama buat sendiri. Ikuti entri yang akan datang..bila?? belum dipastikan lagi.

Wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...