Skip to main content

Kira2..masyuk

As salam buat teman2 semua....

Wah masyuknyer...eh..eh.. ni takde kene mengena dengan login FB dapat seratus sehari. Ini memang directnyer masyuk. Inilah antara keje2 mama2..kalo takde ape nak wat, pas makan cek segala rekod jualan hari sebelumnya..mama izan cek sume tau. So, kalo ade baki yang tak betul..pelbagai soalanlah yang akan kuar dari mulut mama ni.

Selain tu, mama nak tahu gak dalam sehari2 tu barang ape yang banyak dijual dan cat tiap2 hari bape tong yang kuar. Senang nanti bila invois sampai just kira jer sama or x...or ade ketirisan kat memane dapat dikesan dengan cepat dan mudah.


Gambar2 ni di blurkan, ini adalah rahsia syarikat..mama letak gak gambar ni supaya ramai orang dapat gambaran cane rupernyernye apabila barang yang discan diprintkan...walaupun ade yang dah tahu, wat tak tau jerlahkan...



product sales report




daily sales report

Lame gak amik mase nak boleh faham sistem ni..mama ni dahlah bab komputer xbape terror macam suami mama tu. Alhamdulillah...now dah boleh wat sendri tanpa dipantau oleh suami.

Biasenyer mase nak mengira2 ni mesti hilang mamanyer calculator..tanye anak2..tak tahu jawapanyer..bila xde wat kira2 ade lak...macam chipsmore je..sampaikan suatu hari mama tanya sume.."...mane kalkulator ni, ade sape2 nampak?.."..suami jwp.."..tengok atas meja tu.."..rupernyer depan mata jer..yerlahkan dah salu sangat menghilang jadinya itulah dialog mama bila nak wat kira2.

Tips berniaga:

-Jangan sesekali bertangguh, buat kerja seadanya bila ade masa, kerana mungkin kerugian akan menunggu.

-Banyakkan bersabar supaya hasil yang kita lakukan amat2 membanggakan.

InsyaAllah ade mase dan usia jumpa lagi..wassalam.

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...