Skip to main content

Resepi kek batik mudah

As salam buat semua..sudah lama tidak mengupdate blog berikutan pelbagai masalah yang dihadapi. Alhamdulillah..segalanya sudah diselesaikan. Oleh sebab ramai yang sukekan kek batik terutama kanak-kanak..jadi saya dengan murah hatinya ingin berkongsi resepi kek batik dari citarasa saya dan keluarga saya.

Sebenarnya sejak saya di tingkatan 3 lagi sudah mula membuat kek batik bukan untuk dijual tapi untuk makan sendiri je. Saya memang peminat tegar kek batik. Mulanya jatuh cinta dengan kek batik masa buat masak2 subjek kemahiran hidup kat SAMTH lah kan. Sejak dari hari tu saya selalu sangat buat.

Masa memula kenal mr. hubby dulu pun, bila cuti semester habis lek kolej saya buat kek batik untuknya. Pertama kali makan terus jatuh cinta pada kek batik tue kan. Pastu, asalkan saya balik cuti sem je.. mesti mr. hubby request soh buat kek batik.

bukan untuk dijual..ini saya buat masa raya haji tahun 2011 nak bawa lek kampung.


Banyak betul story pasal kek batik ni yer..jom cuba try test buat kek batik ni..sure nak lagi dan lagi..


Resepi kek batik:

BAHAN - BAHAN

* Biskut Marie - 1 bungkus (saya suke jenama hwa tai)
* 1/2 Buttercup 250g
* 1 cawan milo
* 2 sb serbuk coklat
* 1/2 tin susu pekat..kalo nak manis tambah lagi..
#saya tambah sedikit coklat masakan (tak letak pun takpe)


CARA-CARA


* Pecahkan biskut marie kepada 3-4 bahagian dan ketepikan dahulu
* butter (letak diluar peti sejuk sebelum nk masak,supaya agak lembut),milo,susu pekat dan serbuk coklat dimasukkan kedalam kuali/periuk.Gaul sehingga sebati
* Kemudian,panaskan atas api yg paling kecil.Kacau sehingga pekat.
* Tutup api dan masukkan pecahan biskut dan gaul sehingga sebati.
* Masukkan ke dalam bekas, dan tekan sehingga mampat
* Sejukkan di dalam peti ais.


Saya rase memang mudah resepi ni. Dan sememangnya kanak-kanak sukekannya. Terutama skali anak2 saya serta anak2 saudara juge..ok..selamat mencuba..



Comments

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...