Skip to main content

Posts

Masak Gulatan makaroni chesse

Alhamdulillah..diberikan rezeki masa, wang dan tenaga untuk membuat gulatan ni. Bukannyer ape..sejak kebelakangan ni rasa macam malas nak masak. Dan dah muak makan nasi hari2. Sabtu lalu ade lebih sup campbell yang kami makan untuk sarapan..sure tak de sape nak makan lagi..erm..jadinya saya pun terasa nak buat gulatanlah.  Terus google cari resepi ni. Saya pun dengan segera ke pasaraya (jalan kaki sebab dekat jer dengan umah) mencari bahan2 lain. Erm.. senang jer nak buat...tengok sebelah mata pun boleh..he..he.. Tak sabar rasenye nak makan. Sebab inilah kali pertama saya masak gulatan ni. Dan inilah hasilnya..... Nak tahu resepi ..hanya klik je ni... Resepi gulatan tuna makaroni cheese . Saya ikut sebijik resepi ni. Cumanya saya tambah brokoli. banyaknyer kami makan... Kami pun makanlah..erm..yummy..sedapnyer rase die. Suami saya pun suke dan katanya kalo tambah brokoli banyak lg best. Anak2 tak bape minat lak gulatan ni, tapi aniq sangatlah suke.. Tapi m...

Staff vs barang hardware

Alhamdulillah..bisnes berjalan lancar sehingga hari ini. Walaupun kene menempuhi pelbagai cabaran dan dugaan dari segala aspek. Masalah pekerja yang tak lekat. Cukup sebulan dah macam2 hal, macam2 penyakit yang ade, semalam puas saya memikirkan apa masalah utama yang tak lekat tu. Semalam saya mengemas serba sedikit beberapa barang yang tak sempat staff saya susun dengan lebih teratur dan menarik, kebetulan pula aniq farhan tido, jadi saya gunakan kesempatan yang ada. Tak naklah nanti kastemer kata yang bukan2, bersepah... dan memudahkan kastemer untuk memilih barang2. Lepas tu saya terfikir, betapa 3 kali ganda barang2 yang ade dalam kedai berbanding 3 tahun lalu, memanglah staff yang baru jadi stress, banyak mende nak kene ingat.  Kami pula seolah2 memberi tanggungjawab kepada mereka melayan kastemer dan leh adjust harga. Mereka jadi serba salah dan bila melakukan kesilapan mereka jadi tertekan. Jadinya Saya berbincang dengan suami, kalo kita tengok pekerja2 di kedai...

Jalan2 di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi

Alhamdulillah...masih cergas untuk membawa anak2 berjalan2 sambil merehatkan minda kami yang sangat berserabut. Tanpa merancang pun, dengan spontan jer suami ajak pegi jenjalan. Kami pun pegilah menaiki bukit tinggi dengan viva..alahai punyerlah lambat mendaki, tahap "kepickupan" viva ni rendah jer. Jenuh rase nak samapai atas. Rasa cam nak tolong tolakkan jer..ha..ha.. Anak2 ketiduran semasa perjalanan. Dah sampai pintu masuk..kene bayar tiket dulu untuk masuk taman colmar tropicale nih. Bagi dewasa RM12 dan kanak2 4thn hingga 12 thn, RM8 je. Tapi masa kami nak masuk tue..cuma RM 20, katanya ade diskaun lak..alhamdulillahkan..Sesampai jer parking..semua anak2 bangun. Amyra Fariza sibuk tanya.."..kita kat ngara inggeris ke.."..nak tergelak rasenye..saya pun jawab..aah. Kami pun berjalan2 sambil menikmati keindahan reka bentuk bangunan kat situ. Memang tenang, sunyi dan mendamaikan kat sini..sangat sesuailah kalo nak menenangkan fikirankan. Memula kami ten...

Bersangka baik berpada2..

Alhamdulillah...masih punya waktu untuk berkongsi sedikit pengalaman dalam perniagaan..insya Allah..akan memberi manfaat kepada sesiapa sahaja yang membaca.. Kami menjalankan perniagaan ini sudah menjangkau 3 tahun dan pelbagai onak duri, ujian dan dugaan yang kami hadapi. Perkara yang amat kami peka ialah tidak terus bersangka baik dengan pelanggan..hanya melayan mereka seperti biasa dan samarata sahaja. Pengalaman yang lalu cukup membuatkan kami supaya berhati2. Kebanyakan pelanggan yang kami sangka baik pada permulaannya dan manis mulut, cakap baik punya.. nak berhutanglah katakan, janji bayar 3 kali... rupanya mereka inilah yang membuatkan kami rasa tertipu. Jangankan nak bayar hutang, batang hidung pun tak nampak. Makanya pelanggan hanya boleh membeli secara tunai sahaja. Ini untuk kebaikan bersama jugakan. Banyak kebaikan yang kami rase dengan tindakan kami ini, kami tidaklah pening kepala untuk membayar kepada pembekal. Dan pelanggan tidak menambah dosa sebab ti...

Kesibukan minggu ini..

Alhamdulillah...dalam kesibukan menjalani kehidupan di bumi Allah ini..sempat saya coretkan sesuatu disini. Hari ahad yang lalu kami, PIL dan pelukis pelan struktur bangunan bersama2 ke tapak projek untuk melihat struktur tanah dan sebagainya. Menurut kata mereka tidak ada masalah, projek boleh dijalankan. Selasa, kami pergi berjumpa dengan perancang bandar temerloh untuk melihat kedudukan pelan bangunan di kawasan berkenaan. Dan pelan bangunan itu kene buat 100ft dari longkang tepi jalan besar. Tapi kenapa jauh sangat nanti tak nampak bangunan dari jalan?? Katanya 40ft dari jalan untuk JKR, dan bila tukar status dari tanah pertanian ke tanah perindustrian 60ft lagi diambil. Kami hairan, tanah sendri tapi banyak sangat undang2 untuk memajukan tanah tu. Seeloknya bantu dan mudahkanlah urusan ini supaya tanah itu cepat dimajukan, taklah jadi tanah terbiar yang lebih 20 tahun tak dimajukan. Syarat2 untuk lulus pelan ini kene minta laluan daripada tuan tanah sebelah kiri atau kana...

Mr. hilux tinggal kenangan

Alhamdulillah..selesai sudah proses penjualan mr hilux. Walaupun agak sedih namun, impian dan tujuan yang akan datang lebih penting. Pertambahan ahli keluarga dan anak2 yang semakin membesar tidak sesuai bg kami untuk menggunakan hilux lagi. Lagipun, tujuan utama membeli hilux adalah untuk menghantar barang2. Sekarang kami dah ade lori untuk tujuan itu. Dan viva untuk kegunaan harian bersama satu famili dan untuk berjalan jauh. Genap sudah mr hilux berkhidmat dengan kami selama 2 tahun 7 bulan. Teringat mase nak beli mr hilux dulu, nak jual satria tapi....nak beli kete sedan dan lori.... besar modalnya..sedangkan masa tu kami baru beberapa bulan berniaga...mane pula nak cari modal untuk beli kereta dan lori sekaligus... Namun kami tetap perlukan kenderaan yg boleh menghantar barang dan untuk kegunaaan harian. Jadi, kami buat keputusan ambil hilux.... Setelah kami memiliki lori beberapa bulan yang lalu, terasa yang mr hilux tidak diperlukan lagi. Sebab sume xtvt lam temerlo...

Amirul Fariz sudah 4 tahun

Alhamdulillah...amirul fariz sudah 4 tahun..namun sifat kemanjaanye tetap ade. Majlis hari jadi fariz disambut disekolah bersama rakan2. Fariz sendiri yang minta nak kek ade gambar ben 10 dan nak makan kek dengan kawan2. Saya pun bincang dengan cikgunya waktu bila yang sesuai untuk majlis itu. Sederhana sahaja, kek dan goody bag...party hat,belon dan dekorasi lain tak buat..dan rasenyer tak perlulah.. Ini pun dah membuatkan fariz gembira dan puashati. Layan gambar semasa sambutan hari jadi fariz...  masing2 tengah siapkan keje..   beratur basuh tangan..   siap sudah potong kek..sempat fariz posing.. Bersungguhnyerlah kanak2 ni makan kek..sedap kot..kek coklat secret recipe..memang sedap.. Sekejap jer majlis ni..lam lebih kurang setengah jam..walaupun singkat tapi puashati..dalam keadaan mama dan papa fariz sibuk..sedikit masa terluang ni amat bermakna bagi dirinya.. Semoga amirul fariz menjadi anak yang soleh dan bijaks...