Skip to main content

Posts

Hari lahir Amirul Fariz 15/9/2012

Alhamdulillah..kita berjumpa lagi. cerita dah lama tapi barulah nak menepek kat blog ni kan. Kami sambut simple2 jer. Anak2 ni bukannya nak apa pun. Tapi mesti ade kek. Ni pun dah dapat puaskan hati mereka. Kali ni amirul request nak ade gambar boboboi. Ok jerlah. Bukan susah pun. Order jer kat kedaikan. nilah rupernyer kek amirul...simple jerkan..yang penting sedap... Amirul dan aniq sesama nak potong kek... banyaknyerlah kakak ni letak pokok kan... Tahniah!!Amirul sudah 5 tahun dan jadi abang kepada aniq. Jadi, mama doakan semoga amirul fariz jadi anak yang soleh, bijak, cerdik dan akan jadi yang terbaik dalam apa jua bidang pun yang amirul minat. InsyaAllah mama dan papa akan bantu selagi kami mampu. We love u much... ok..cukup setakat ni..kita jumpa lagi..zai jian

Jagung bakar "sempoi"

Alhamdulillah...lamanya tidak bercerita2. Bukanya apa..cuma masa yang tidak mengizinkan.Banyak lagi tanggungjawab yang perlu saya dahulukan. Beberapa bulan lalu, MIL(mother in law) ada tanam pokok jagung untuk makan anak cucu dan sedekah. Beramal jariah untuk menjadi teman alam kubur. Saya pula berkesempatan ke kebun sambil membersihkan kebun, menyapu dedaunan yang kering.  Sekurang2nya terbakarlah juga kalori yang berlebihan dalam badan. Kawan PIL saya yang ajar bakar jagung begini, memang sempoi...katanya kaedah pembakaran begini terkenal di negeri Sabah. Saya pun x sabar nak rase jagung bakar ni.  buat unggun api...pastu letak jer jagung..senangkan!  jagung yang dah masak..biarkan sejuk sikit..  k.mia dan k.anis menikmati jagung bakar yang panas..sedap katanya.. amirul pun makan juga...erm..adam xmo mkn..katanya nak balik umah.. Seronokkan, bersantai di kebun sambil makan jagung....cukup setakat ini..mengubat kerind...

Main air di Tiara Beach Resort Port Dickson

Alhamdulillah...bertemu kembali..boleh teruskan cerita bercuti di PD. Awal Cuti pertengahan tahun yang lalu kami sekeluarga telah berjimba di TBR. Memberi ruang waktu dan meluangkan waktu bersama buat anak2..sebab sepanjang cuti sekolah masa tu..staff cuti dan anak2 hanya bermain dirumah. Memang sangat seronok. Disebabkan kami sewa apartment dengan orang persendirian, makanya kami kene beli tiket masuk ke taman tema ini sendiri. Agak mahal bagi saya, untuk dewasa RM28 hari minggu dan cuti sekolah dan kanak2 RM15.  Dah, tak payah cerita panjang2, tengok gambar2 ni pun dah cukup untuk menggambarkan betapa gembiranya anak2 kami. Yang ni tempat main kanak2 bawah 5 tahun mungkin. Amyra main sesorang di sini, masa mereka main mama hanya sebagai jurufoto jer...geram sebab tak boleh main skali atas sebab2 tertentu..ngeee Di bahagian pantai buatan nilah tempat anak2 paling lama main. Memang stategik tempat ni...panas macam tepi pantai. ...

Legoland Malaysia - Akan dibuka

As salam... buat semua..semoga semuanya dalam keadaan yang sihat wala'fiat. Kebiasaannya, jika saya ada ruang waktu memanglah layan FB kan. Sesambil tengok update dari rakan2 dapat juga menambah ilmu dari pelbagai bidang. Saya teruja dengan post rakan saya mengenai tiket masuk ke legoland yang mencecah hingga ratusan RM. Jadi saya teringin sangat nak tahu apa yang ada di legoland malaysia sehingga tiket masuk sangat mahal. Saya pun melayari laman web legoland malaysia . Wah...tersangatlah besarnya dan akan dibuka hujung tahun 2012. Bolehlah nak kata macam genting theme park, tapi peralatan permainan kat legoland ni dibuat daripada lego nampaknya.    Gambar: ihsan google Brochure di bawah ni menunjukkan kawasan legoland malaysia . Menarikkan?? Kalaulah tiketnya juga agak berpatutan dan semua lapisan masyarakat boleh masuk lagi menarik. Memasing dapat melihat sendiri rekaan2 daripada lego nih. Gambar: ihsan google Gambar: ihsan google Macam2 ada di leg...

Samudra ikan bakar di Port Dickson

As salam buat semua teman2. Mulakan hari kita dengan senyuman yang sangat ceria.  Awal cuti sekolah pertengahan tahun hari tu kami ke port dickson atau PD senang nak tuliskan, memenuhi jemputan kenduri kawin sepupu saya iaitu amiera. Tahniah buat amiera dan suami ye. Memang saya dah plan nak bawa anak2 bercuti di PD, memandangkan cuti sekolah kali ini staff memasing dah minta cuti, so dah alang2 di PD, jenjalan jerlah kat PD kan (sebenarnyo dah maleh nk pikir kek mano lai nk poi).     Kami menginap di TBR jer iaitu Tiara beach resort. Sebelum nak poi makan ikan bakar yang tak tahu apo raso ehh. Kami singgah kek pantai tolok komang dulu.Ayo..montang2lah poi nogori 9, den bantai cakap nogori...sonang jo fahamkan. Sajo jo nak tonangkan pikiran den ni yang borek dongan semuo perkaro sambil nak layan sunset ni haa. Lopeh tu kami poilah cari medan ikan bakar yang agak glemor kek PD ni. Pueh pulo moncari ehh sampai sosek baretlah dibuek ehh. Akhirnyo, jum...

Jambatan gantung kuala semantan, temerloh

As salam buat teman2...moga hari ini bertambah rezeki kita..insyaallah. Beberapa minggu yang lalu, suami saya bawa kami sekeluarga ke suatu tempat yang agak menarik untuk bersantai. Dan tujuan sebenarnya ialah nak makan tengahari di situ. Memandangkan kat situ macam2 ada, so..kami bersiar2lah dulu. Pengusaha restoran ini memang dah popular kat temerloh ni, di bandar temerloh saje, dah ade 2 restoran. Disini namanya dataran patin. Kreatif sangat, mereka buat sangkar burung dan arnab di kawasan parking...kemudian ada kolam ikan dengan landskap tumbuh2an yang menarik, memang rase tenang jer. Pastu suami saya ajaklah naik jambatan gantung yang menghubungkan esplanade temerloh dengan dataran patin ni. Tengok pada ketinggian dan kepanjangan jambatan ni sudah cukup menggetarkan kepala lutut saya. Maklum jerlah saya ni gayat....eh..he..he Amyra dan aniq serta papanya dengan tenang hati jer naik. Saya tengok dari jauh jer. Ramailah pula orang yang naik masa tu. Saya pun n...

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...