Skip to main content

Raya ketiga 2011

Alhamdulillah...kami dapat merealisasikan impian anak2 nak naik "train". Jadi kami keluar lam kul 10 pg ke stesen bangi untuk menaiki komuter.

Tapi tidak ku sangka ruper2nyer hari raya lagi ramai orang daa..padat macam sardin.. penuh dengan warga asing (opps maybe mereka sume ni dah ade ic baru..oh..tidak..rakyat malaysia yang asal dalam komuter ni leh bilang dengan jari...)..nk bernafas pun susah. Sampai stesen ape ntah saya tak ingat..komuter brenti lama..drivernyer suh sume wanita yg kat koc len masuk koc wanita...so..berpisahlah saya dengan suami.

Lega sket kat koc wanita...tapi ekon rosak daa...berpeluh2 kat dalam tu..saya dukung aniq..jadi dapatlah duduk..ade yang baik hati bagi saya duduk..kejap jer sebab aniq x slese panas..makanya saya berdiri..masa tu kat stesen mid valley...lagi 2 stesen nak sampai KL sentral..saya pun bersabar..anak2 dengan minum milo n makan biskut..lapo..


amirul dan amyra pula duduk sambil makan


saya berdiri dengan aniq..lam komuter.


Sejak umur saya 14 tahun komuter ni dah ade tapi sekarang macam takde peningkatan. Tak tahulah saya macam mana mereka yang hari2 pegi keje naik komuter terpaksa bersesak2 macam ni. Dulu 3 gerabak sekarang pun macam tu juge..dulu 15 min menunggu..sekarang lagi lama...maybe raya..komuter yang ade sket jer..saya harap perkhidmatan komuter ini dipertingkatkan..stesen bertambah tapi komuternyer tak bertambah...dan rakyat malaysia juge makin bertambah..so..fikir2kanlah..

Bergambaran di KL sentral. Oh..luper lak..mak mertua saya pun ikut skali nak merasa naik komuter dan kazen anak2..ameer dan bibik..

ceria je semasing dapat eskrim dan dah kenyang makan..  


bebrape min pas turun dari komuter


anak2 nak minum susu


Kami pun meneruskan perjalanan ke stesen bandar tasik selatan dengan menaiki ERL. Wah..sangat terija..anak2 siap berjalan2 lagi. Anak2 pun cakap..naik yang ni lagi best. Apa lagi..bergambaran sebagai kenang2an pengalaman anak2.






Sampai di stesen bandar tasik selatan kami amik tiket komuter ke bangi..Kat sini cam sempoi jer..sebab pintu masuk tak berkunci..kiranya kalo sesape yang tak beli tiket pun leh naik komuter...takde sesape jage..peliknyer..kat sinilah menunggu komuter sampai dah nk berjanggut..anak2 pun dah merengek2 nape lambat sangat..dan orang yang menunggu pun makin bertambah.

Penantian berakhir...tapi komuter tu padat daa..muat ker ni dalam hatiku..tapi kami redah jer..sebab nak cepat...hanya Allah saja yang tahu perasaan saya...saya dapat merasai keadaan mereka yang kurang bernasib baik..dengan anak2..dengan barang2 bersesak lam komuter untuk pergi kesesuatu tempat sangat...menginsafkan..

Saya sangat lega kerna dapat mengatasi keadaan sesak masyarakat dengan sabar dan tabah..dengan 3 orang anak2 yang tak tahu dan tak kenal dunia luar lagi..saya rase pihak yang tertentu sepatutnye menyertai masyarakat untuk meningkatkan tahap perkhidmatan supaya rakyat lebih selesa...jangan hanya mementingkan diri sendiri..mereka yang selalu dok kata bersyukur dengan apa yang ada...cuba bawa anak2 yang kecil bersesak lam komuter..baru tahu susah payahnyer  dan ada yang kata tingkatkan tahap kehidupan ..hanya pentingkan diri dan tahu diri sendiri saja...saya cabar mereka ini menyelami sendri susah payah orang lain..

sekian..wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada

Ubahsuai rumah:tambah bilik air

Salam buat semua pengunjung... Kami dah merancang sekurang2nya nak tinggal disini lagi 5 tahun. Memandangkan anak2 semakin membesar dan setiap pagi masing2 nak menunaikan hajat memasing..memang tak cukup bilik air satu saje.Kalau sedara mara atau adik beradik datang ke sini pun kenelah beratur nak menggunakan bilik air. . Setelah berbincang dan survey kos nak wat bilik air ni. Makanya, suami mama izan pun bersetuju. Memula nak beli bilik air yang dah siap, cuma letak jer kat lam umah ni, harga RM1200 paling murah tapi takde toilet bowl, masih tak praktikal. . Kami buat kira2 kos ubahsuai rumah membuat bilik air sendiri, lebih kurang RM1000 juga termasuk upah. Tapi kami hanya perlu mengeluarkan RM600++ sahaja sebab barang yang lain ade dikedai kami. Toilet bowl, sinki, folding door, peralatan paip, bidet tak payah beli, sume ade dikedai kami. . Jadinya, kos yang sedikit untuk ubahsuai rumah kami pun teruskan projek ni. Kontraktornya suami mama izan dan pekerjanya staff kami juga..sora