Skip to main content

Jalan2 cuti Mac 2012 hari ke-3: Kuala Gula, Perak ke Klang, Selangor

Alhamdulillah..tercapai sudah impian kami melalui banjaran titiwangsa dan merasai ketam lembut di kuala gula, perak. Selepas ini, insyaallah akan merentasi bahagian selatan pula, tapi masanya belumlah dapat dipastikan lagi.

Hari ke-3 kami menjengah sekejap tempat ketam lembut ditangkap dan dibekukan setelah melalui proses2 lain. Masa tu, dapatlah kami beli sekilo ketam lembut mentah yang telah dibekukan hanya RM30 sahaja. Memang rezeki kami, sebab menurut kata tuan punya ketam...ketam ni bermusim.

Dah sesiap kemas kami check out kul 10.30 pagi menuju ke Klang, selangor kerna ade sedikit urusan yang perlu diselesaikan.

Sebelum meninggalkan kuala gula, perak...sempat gak kami bergambar kenangan di situ.layankan....








Lebih kurang jam 10.30 pg kami bertolak ke klang. Anak2 sume ketiduran kecuali amirul fariz. Kami hanya berhenti sekejap di hentian tapah sebab nak menunaikan hajat amirul. Jika tiada hajat, memang kami teruskan perjalanan.




Alhamdulillah..segalanya selesai, walaupun rasa macam mustahil melakukan misi ini. Selain dari menikmati alam dan nikmat yang Allah berikan kepada kita. Aktiviti sebegini dapat mengukuh dan menguatkan lagi ikatan kekeluargaan dan lebih memahami hati pasangan masing2.

Sifat toleransi, bekerjasama pun dapat disuburkan secara tak langsung... serta mendidik anak2 supaya lebih berdikari, bersabar. Dan yang paling penting anak2 dapat bergumbira. sekian wassalam...illalliqa'



Comments

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...