Skip to main content

Jalan2 di Gunung Senyum

As salam buat semua rakan2...bulan disember yang lalu kami dapat L/O dari sekolah keb.teluk sentang. Oleh sebab, sekolah ni dekat dengan Gunung Senyum, Temerloh, makanya saya dan anak2 nak ikut en. suami pegi hantar barang dan terus ke gunung senyum.

Jauh juga dari Temerloh, lebih kurang 45 min....sambil jalan berbual2 sampai terlepas sekolah yang nak dituju, kene patah balik lam 10 km.

Dah setel hantar barang dan amik cek kami pun terus ke Gunung Senyum...Tertanya2 juga kenapa namenyer begitu.

Sampai jer terus anak2 berkeliaran macam baru lepas dari sangkar...ekkeke...tempat nih kebiasaanya untuk sekolah nak wat teambuilding ke, berkhemah ke, dan xtvt kat sini mendaki gunung jer yang femes. Kalo nak bersantai tenangkan fikiran pun boleh, sebab sunyi kat sini hanya dengar kicauan burung jer.

amboi...taknak posing pulak..

tengok tu...bergaya samoai nak tergolek..

Kami pun berjalan2 sekitar kaki gunung...kami nak merentasi jambatan gantung...tapi amirul nih kecut perutlah pulak...tak nak jalan...so, papalah meneman die lalu jalan lain. Erm..jambatan nih pun dah ade yang patah..naperlah tak menten erk..


jambatan gantung di gunung senyum..

Sambil jenjalan, saya menikmati pemandangan yang indah ini, cuci2 mata. Subhanallah...handpon sentiasa di tangan untuk saya snap pemandangan yang indah ini. 

Sesuai sangat untuk fotografer yang baru2 belajar bersnap2 disini kan...nikmatilah gambar2 yang sempat saya snap.





Bebudak ni dah penatlah tu,disuruh posing punggung yang ditunjukkan...arghh



Haa..inilah Gunung Senyum...senyum tak??


besarnyer gambar...so..tak yahlah pakai kanta nak baca..bacalah sendri saya pun bukannyer tahu menahu pasal Gunung Senyum...

Yang ni pula kawasan untuk berkhemahlah, ade juge disediakan chalet dah asrama..





Apabila masing2 dah penat, sibuklah ajak balik. Amirul pula nilah dialog paling femes dia.."...cepat balik..amirul lapar ni, lapar cerok..". Hok aloh budak ni kecek kelate sokmo teh.

Ok..ini jerlah ceritera kami cuti sekolah yang panjang..
zaijian...ta..taa

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .