Skip to main content
Assalamualaikum..kepada abang2, kakak2 dan adik2:


Burung enggang yg jinak..

Pool side @ mercu resort


Last week kami ke Mercu resort untuk follow up bout cuti2 1 family programme, setelah berbincang dengan panjang lebarnyer, maka inilah hasilnya.

PERUBAHAN PROGRAM CUTI2 1 FAMILY-6&7/11/10 @ MERCU BEACH RESORT, CHERATING PAHANG.

Setelah berbincang dengan pihak resort mereka mencadangkan supaya kita ambil "family day package" yg mana minima untuk ambil pakej ialah 30 org dewasa.Jadinya kami bersetuju kerana pakej yg disediakan berpatutan, memudahkan semua pihak dan kita mempunyai banyak masa untuk beraktiviti bersama keluarga,takyah pk nak buat bbq,sandwich,koslow,masak bihun,buah-buahan,minuman,sume tu resort yg setelkn,cuma kite kene bayo lbh sketlh, tp still berbaloilh dgn ape yg diorag sediakn.

Pakej yg disediakan berharga RM2786

Pakej ini merangkumi:

1. Penginapan utk 11 bilik (pool view, single queen bed,fridge xde, bawa travel bed or apa2 untuk yg anaknya ramai).
2. 4 kali makan (hi-tea, dinner, breakfast dan lunch)
3. Peralatan untuk sukaneka dan karaoke.

Menu untuk bbq dinner;
Setting : buffet

1.Coleslaw, salad, and cream mushroom soup.
2.Grill fish, grill chicken, grill squid, sausage.
3.Chinese fried rice/kampung fried rice (choose either one), fried bee hoon.
4.French fries, chicken nugget.
5.Chili sauce, thai sauce, tamarind sauce.
6.Watermelon, papaya, honeydew, jelly.
7.Kordial dan ABC.

Masa dinner ni juga di sediakan peralatan utk karoake.


Menu untuk makan tengahari;
SETTING : BUFFET

Menu utama:-nasi putih, ulam2an, 3 jenis sambal, telur masin/ ikan masin, buah2an, agar2 dan kordial

Menu 1:-Kerabu kcg pjg & perut, aym msk merah, ikan patin tempoyak, sayur campur.
Menu 2:-Sambal tumis bilis petai, aym goreng kunyit, asam pedas pari, bayam goreng.
Menu 3:-sambal paru goreng, gulai kawah, ikan kerisi goreng sumbat, taugeh goreng.
Menu 4:-Kerabu betik, kari ayam santai, daging goreng black pepper, kangkung belacan.



Boleh pilih mana2 masakan yg kita suka tidak terikat kpd menu yg disediakan.

Manakala untuk sarapan dan minum petang, hidangan seperti nasi lemak, me goreng, kuih muih dan minuman panas/sejuk.

Cadangan we all utk lunch:Aym masak merah,asam pedas pari, gulai kawah, kerabu betik dan daging goreng black pepper.

Ok, tamat cerita utk mkn2 n penginapan, now aktiviti pula ye...

Resort ni menyediakan peralatan utk sukaneka, antara sukaneka yg di sediakn ialah ;
•Bola sepak pantai
•Bala tampar pantai
•Lari dlm guni
•Terompah gergasi
•Boling padang
•Tarik tali
•Isi air lam botol
•Bawa bola pingpong guna sudu
•Pancing botol

Now, we all cadangkan aktiviti yg akan dilakukan:

SABTU, 6/11/10
1.30 ptg - 2ptg: Ketibaan para family.
2.15 ptg: Check in.
2.30 ptg – 3.30 ptg: berehat n solat
3.30 ptg – 7ptg: Hi-tea, melayan anak2 main kolam or pantai or ape2lah.(aktiviti bebas)(bw pelampung sendri resort x provide)
7 ptg – 8.30mlm: solat dan bersiap untuk dinner.
8.30 mlm – 10.30mlm: Dinner at santai cafe. (MC daddy n mummy).
-Ucapan alu2an oleh MC
-Ucapan oleh atuk dan bacaan doa makan
-Upacara potong kek
-Makan2 n berkaraoke 10.30 mlm: Bersurai dan tidur


AHAD, 7/11/10

7 pg – 8.30 pg: Breakfast.
8.30 pg – 10.30 pg: Sukaneka;
-Bola tampar dan tarik tali. (semua suami wajib sertai)
-Untuk anak2:lari dalam guni, bawa bola ping pong dlm sudu, pancing botol, isi air dalam botol. (setelah bapa2 sudah main)(umi leh x handle sukan anak2 ni??)
-10.30 pg - 10.45 pg : penyampaian hadiah.
10.45 pg – 12.00 tgh: Berkemas dan check out.
12.00 tgh - 1.00 ptg: Makan tengahari dan bersurai.

Pihak resort menetapkan bayaran:
Full package- adult: RM105 x 23 org = RM2415
- child: RM53 x 7org = RM371 (kanak2 berumur 4 thn ke atas shj).

Kanak2 4 thn dan ke atas ade 10 org;
So, RM37.10/child dan RM105/adult

So kiteorg dah kirakan siap2 bayaran utk setiap satu family.

1) atuk n nenek (2a) = rm105 x 2 = rm210 (ayh min n mama izan sponsor).
2) papa n mama long(2a,4c)=(rm105 x 2=rm210)+(rm37.10 x 4=rm148.4)=rm358.4
3) daddy n mummy + bibik (3a) = rm105 x 3 = rm315
4) ayah n ibu + bibik (3a) = rm105 x 3 = rm315
5) ayah min n mama izan (2a,1c) = (rm105 x 2 = rn210) + 37.1 = rm247.1
6) abah n umi (2a) = rm105 x 2 = rm210
7) abg yus n k.na (2a,3c) = (rm105 x 2 = rm210) + (rm37.1 x 3 = 111.3) = rm321.3
8) abg saini n k.ah (2a,2c) = (rm105 x 2 = rm210) + (rm37.1 x 2 = 74.2) = rm284.2
9) sham n najidah (2a) = rm105 x 2 = rm210
10) sham n najibah + bibik (3a) = rm105 x 3 = rm315


Bilik2 chalet utk setiap family:

1.Atuk dan nenek: 051 (dekat dengan cafe)
2.Papa long n family: 052
3.Abg yus n family: 053
4.Ayh min n family: 054
5.Ayah n ibu: 055
6.Daddy n mummy: 056
7.Bibiks: 057
8.Sham n najibah: 058
9.Abg saini n k.ah: 059
10. Sham dan najidah: 060
11.Umi n abah: 061 (lebih privacy)




Begitulah critenyer..mase yang singkat dengan aktiviti yang padat semoga ianya memberi manafaat kepada semua yang terlibat.



Aniq suke sgt dapat main air..


Antara tujuan program ini dibuat adalah sebagai aktiviti tahunan.selain itu, untuk merapatkan hubungan kekeluargaan disamping memupuk semangat kerjasama antara ahli keluarga.

Dah berada di resort tu, anak2 pun sronoklah main kolam, main pasir..kami biarkan jer asalkan diorang hepi..kami pun dapat gak menenangkan fikiran yang berserabut sokmo...ha..ha..

mama izan dapat rasekan betapa santai nyer bile dok kt wakaf2 yang disediakan dengan memerhatikan laut..saujana mata memandang..dengan deruan ombak memukul pantai...tenang sangat.
Diharapkan boleh menjadi panduan untuk sesiapa sajer yang nak wat family day kat sini...
Wassalam..jumpa lagi..

Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...