Skip to main content

Mini playground dipasang semula.

As salam buat semua teman2. Kali ni saya nak citer pasal anak2 pula. Sebelum raya puasa haritu saya telah membuka playground nih memandangkan ruang rumah kami kecik untuk menerima kehadiran famili belah en. suami. Selepas dibuka rasa lapang sangat dan senang anak2 nak berlari2 ke, melompat2 ke kan.

Saya telah sorokkan playground ni dibelakang pintu ruang stor bilik kami. Memang tempat tersorok dan memang susah anak2 nak jumpe...bape banyak memang daa..ekkeke...


lapang jerkan xde mini playground..


Leklok bulan disember cuti sekolah jer k.mia telah menemui mini playground nih. Dan saya pun memasang semula sebab cuti sekolah nih 24 jam kat umah sure bosankan. Tak sangkalah saya anak2 kami betapa berejam main kat mini playground nih macam baru beli.


tengok tu..berabukkan..sebelum saya pasang, saya lap dulu, nampak berkilau sket..yo..yo.. je



haa..hepi jer memasing kononnye ade mainan baru...


SEbelum nih saya memang suka sorokkan mainan anak2 kalo mereka dah boring main, pastu dah beberapa bulan terperap saya kuarkan lek. Mainan lama tapi bagi bebudak macam baru jer. Barulah anak2 tak bosankan. Lagipun tak laratlah asyik nak beli mainan jer.

Kalo sekali beli mainan kene beli 2 utk aniq dan amirul kalo x nanti gaduh. Walaupun murah, terasa gak kuar duit banyak sebab nak kene beli double kan. Tokey balak pun bleh pengsan ini macam kalo tiap kali gi shoping kompleks beli mainan.

SEmoga berjumpa lagi...zai jian ;-)




Comments

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...