Skip to main content

Sambutan Birthday K.mia

Alhamdulillah...pada 30 nov lalu kami diberi rezeki untuk menyambut birthday anak dara kami yang ke -7 tahun bersama2 dengan famili belah en.suami. 

"Selamat hari lahir amyra fariza, mama doakan semoga menjadi anak yang soleh, baik akhlak, budi bahasa dan bijak dalam mengendalikan sesuatu perkara serta pandai berdikari." aamiin.

Sebenarnya, birthday k.mia pada 27 nov, namun masa yg sesuai diraikan 30 nov. Kiranya macam penutuplah untuk majlis birthday anak2 kami.

Hari sebelum majlis kami membeli belah barang2 yang diperlukan untuk acara masak2...aish...dah macam nak bertanding pulaknyer..Malamnya saya mengatur strategi ....erm...susun atur masa, masa bila nak masak ni, masa bila nak masak itu...simple jerkan...tapi sayalah tak biasa nak masak macam2 dalam satu masa.

Tetiba saya rasa ade sesuatu yang kurang....alamak..belon tak beli lagiii...tak meriahlah kalo takde belon. Sok pepagi ajak en.suami gi Glowing Party House beli pape yang patut.

Seawal pagi..takdelah awal pun lam kul 10 pagi kami ke GPH, lebih kurang 30 minit dari rumah mertua. Sesampai jer sana kami disambut oleh Mv dan suaminya...tetiba saya cam stuck..blurr xtau nak beli apa...sebab macam2 ada.

Belum sempat saya nak menshoping itu ini..anak2 dah terjerit2"..mama2 nak belon terbang...".(helium ballon). adooilah..awal2 dah kene paw..layankan jerlah...nanti menambahkan pening jerk. Akhirnya saya 
amik belon besar, belon kecik dan stick serta belon yang panjang2 tuh..bebudak suka main..simple jerkan.

Sampai jer umah..terus saya meniup belon2 ni utk deko. Sebab lepas makan tengahari nak main masak2...sure tak sempat. Saya mengerah en.suami dan anak2 meniup belon2 sampai siap..ok..lega jap..

Pas makan tengahari, saya dah mula masak kuah kari untuk roti jala...bila semua bahan2 dah masuk lam periuk saya sediakan adunan untuk roti jala...siaap..letak lam jug supaya senang nak transfer lam botol nanti.
Ayam mak mertua yang sponsor..time kasih mak..

Tepat kul 5 ptg, saya turun bawah nak mula menjala...fuuhhh..kene menjala lebih kurang 160 keping roti, saya dah calculate seblum ni...memandangkan botol ade satu jer jadinya saya sorang jerlah yang menjala. Jenuh lah pulak...amik lagi satu pan...melekatlah ...erm..xperlah buatlah dengan satu pan sampai siap.

Kul 6 ptg lak, en suami dan ayah apis bakar otak2 yang disponsor oleh abah taufiq...time kasih yer..Sedang menjala tak sedar dah kul 7 ptg..ha...jagung tak kukus lagi...saya pun berlari ala2 mcm lam cite masterchef gi amik jagung dan kukus...kenelah lari kalo x, hangus pula roti jala nanti.

Sesambil nak tunggu jagung masak, saya mula menghidang, sediakan pape yang patut dan buat air sirap jer..memang tak ready bab2 air nih..next time leh wat air yang special sket..insyaallah.

Jagung masak jer terus gaul dengan planta, susu dan garam..ok..siaap..saya pun bersiap2lah juga...


Dan inilah hasilnya...ta..ta..taa



apam xbape dot tu saya wat kat temerloh lagi..apam ni kalo buat sendri leh tahan lam seminggu gitu..

kek italian rainbow...memang sedaaap...banyak saya makan..


deko yang sederhana sahaja..apa yang penting anak2 hepi..


bergambar kenangan dengan mak dan ayah mertua


Saya harap semuanya berpuashati dengan hasil air tangan saya yang tak seberapa nih..Dan anak2 gembira bila diraikan...alhamdulillah...selesai..zai jian..


Comments

Popular posts from this blog

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...