Skip to main content

Masih Ketinggalan zaman..

Salam buat semua teman2..

Sebenarnye perkara ni dah lame ade dalam minda ni..tapi tak terluah dan tak berkesempatan nak kongsikan. Kalo dibiarkan rase rugi pula x kongsikan dengan semua rakan2.
.
Ade sebuah kolej ni ambil barang untuk belajar sistem paip di kedai mama izan, dan semua urusan dilakukan oleh lecturenyer iaitu seorang wanita yang lebih kurang mama izan usianya.
.
Dan ade beberapa barang yang diminta tak de di kedai kami, pastu suami mama izan pun cari di semua kedai hardware yang ade kat termerloh ni, tak jumpe. Cakap kat lecturer tu tak de, lecturer tu nak juga, sebab die kata ade lam silibus pembelajaran.
.
Dengan kesabaran suami mama izan, cari di seluruh kilang2, kedai hardware kejuruteraan di mentakab pula, ternyata barang yang diminta tiada. Sampailah ke satu tempat ni, tokey tu kata "..aiya..ini balang sudah 5 tahun tarak guna lagi, sudah guna lain balang lagi senang.."..tergamam suami mama izan.
.
Jadinya, suami mama izan pun berdiskusi dengan lecturer tu. Dan lecturer tu barulah akur dengan semua ni. Alat untuk pasang water heater yang diminta iaitu sejenis paip yang sudah tidak digunakan lagi di Malaysia sekarang ini.
.
Kejadian ini menyebabkan mama izan tertanya2, apakah sebenarnya para pendidik sekalian, adakah silibus tidak dikemaskini, masih gunakan silibus yang ketinggalan zaman. Mereka yang belajar takat SPM pastu bekerja dalam bidang paip ini lebih up to date dari pelajar yang ade kelulusan sijil atau diploma...sungguh tidak patut perkara ini terjadi.
.
Untuk para pendidik sekalian, tak kira siapa anda, cubalah tengok balik silibus pembelajaran sama ada masih relevan dan sesuai untuk kemodenan masa kini, terutama yang terlibat dengan bidang kejuruteraan, teknologi, electrikal dan mekanikal.
.
Dan sikap lecturer yang menganggap mereka yang lagi berpengalaman dalam bidang tertentu diperlekehkan amat2 menyedihkan. Mama izan juga terkilan sikap mereka yang berada ditahap yang tinggi sombong, tidak mahu cari ilmu dan pengalaman dari mereka yang sudah berpengalaman, contoh kontraktor paip...apelah salahnyer ambil tahu ape yang berlaku diluar kolej dan kemaskini silibus tu..x rugi pape pun.
.
Kalau pasal fesyen terkini, kemain lagi nak ikut, tapi teknologi ..tak tahulah mama izan nak cakap aper lagi. Sebab terdapat jurang mereka berijazah dan mereka yang tidak berijazah, berlakunya perkara sebegini.
.
Sudahlah mama izan xperlu bersusah payah memikirkan perkara ini lagi, semoga mereka yang terlibat boleh ambil tindakan yang sewajarnya..wallahua'lam..

Comments

  1. salam mama izan,
    dtg mjenguk kgkawan...
    isyh isyh lecturer tu sombong ke?

    kdg2 lecturer/guru juga dlm dilema tpaksa folo syllabus yg sdia ada wpun tahu ada yg dah outdated..

    ReplyDelete
  2. shy lady:wassalam..rasenyer mmg bykn silibus outdated, buatlah pape yg stakat termampu, jgn jd spt yg mama izan hadapi tu..dengan harapan pelajar akan dtg lbih bagus lagi..

    ReplyDelete
  3. Itulah sebabnya pelajar kita kebanyakkan bangsa melayu kurang ilmu yang terkini sebab adanya orang2 yang terlibat tak ambil peduli.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...