Skip to main content

Arnab ND yang ingin dibeli

Salam mesra buat semua...Arnab kami dah semakin membesar, barulah tahu mane jantan mana betina, rupa2nya dua2 jantan daa. patutlah tak bunting2, penat nunggunye.. Jadi suami mama izan bagi arnab yang berwarna hitam kepada sepupunya yang ade arnab betina.

Arnab yang berwarna putih sayang nak bagi kat orang. arnab putih ni bukan Nd daa, ape ntah mama izan tak ingat. Sekarang ni dalam usaha mencari pasangannya, nak cari arnab Nd, susah betul nak cari arnab ND yang harganya berpatutan. Sumenyer main ratusan dan ade yang ribuan.




kenangan semasa berdua




Nape yang suami mama izan suke sangat arnab ND ni?? Sebab arnab ND tak besar2, hanya 2 tapak tangan mama izan jer besarnya sampai ajalnya. Jadi kami tak perlukan ruang yang banyak kalo dah beranak pinak nanti.


arnab dah ade penjaga baru




Selain itu, bulunye yang gebu membuatkan kita suke jer nak tengok. dan lebih comel dari arnab biasa. Suami mama izan memang suke dengan haiwan2 ni. Kalo boleh ayam pun beliau nak bela tau..Rajin betul membela2 ni, dengan ikan emas lebih 10 ekor. Nak cite pasal ikan emas sepenuhnya kene wat n3 lenlahkan.



kini cici keseorangan




Menurut suami mama izan, sejak dah berpisah dengan coco. Cici x bape nak makan, seolah2 sedih tiada kawan. haiwan pun ade sifat macam tu erk. Erm tak tahulah mama izan.

Lagi satu, kalo nak beli arnab beter 3bulan ke atas, sebab kalo beli yang baru lahir risiko mati tu memang tinggi. tapi harga murah sikitlahkan.
ok..jumpa lagi..zai jian

Comments

  1. Dulu kak Zai ada bela arnab tapi dah bagi kat orang sebab tak larat nak mencuci najisnya.

    ReplyDelete
  2. erm..kitorang letak lam sangkar jer..pastu ade tray untuk buang najis, so senang skitlah.suami izan minat sgt sbb tu tak kisah nk kene buang najis tetiap hari..

    ReplyDelete
  3. suami izan ckp arnab yg jenis mahal (ND)ni bdn die kcik je tak besar2, so die mkn skit n najis die sket je..sbb tu harganye mahal..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...