Skip to main content

Simptom 'adenovirus"??

Salam manis buat semua...

Adakah ini musibah yang Allah berikan kerana semakin hari semakin manusia lupa akan penciptanya. Sama2 kita muhasabah.
.
Adenovirus yang semakin merebak di PULAPOL,kuala lumpur amat membimbangkan kerna kementerian kesihatan masih tidak tahu akan puncanya virus itu. Sebelum ini dikatakan berpunca dari kencing tikus atau leptospirosis.Seram sangat sebab senang sangat nak merebak. Hanya dengan batuk dan terbersin virus sudah tersebar.
.
Adenovirus ialah kumpulan virus yang menjangkiti lapisan tisu saluran pernafasan, mata, usus dan saluran kencing.
.
Antara simptom2 Adenovirus yang mama izan dapat dari berita harian ialah:
*Demam panas, batuk, cirit, radang paru2, jangkitan saluran pernafasan, jangkitan usus, jangkitan selaput mata, jangkitan pundi kencing dan ruam.
*Simptom kelihatan dalam masa 2 hari hingga 2 minggu.
*Boleh dirawat tetapi bergantung jenis jangkitan.
.
Jika ade kalangan anda yang mengalami simptom seperti di atas, segera ke hospital. Musibah yang Allah turunkan ini harap sedikit banyak memberi kesedaran kepada ramai manusia. Allah maha berkuasa dan akan menurunkan musibah dan bala kepada sesiapa yang dikehendakinya..wallahua'lam
.
Berita penuh mengenai "adenovirus" disini..
Wassalam...

Comments

  1. Huh.. Thank 4 info.. Nak tau sngat sume niyh..

    ReplyDelete
  2. Salam, kalau tidak dok hairan apa itu ada no virus ...nasib dapat juga maklumat...thanks...minta-minta dihindarkan kita semua dari bala Allah....aminnn...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...