(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Saturday, October 17, 2015

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai.
Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga.
.
Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat..
.
.
Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune.
.
Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549.
.
Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka.
.
Sehingga berjumpa lagi:)
.


Sunday, October 11, 2015

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:).
Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal.
.
Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak.
.
Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti.
.
.
Resepi roti gulung sosej.
.
*Rebus sosej terlebih dahulu.
*pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti).
*Perasakan dengan garam.
*Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian 
*Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan.
*Kemudian, gorengkan sehingga masak.
*Dah siap.
.
Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya.
Jumpa lagi di lain resepi:)