Skip to main content

Inspection lorry di Puspakom

Assalammualaikum semua...semoga harini kita menjadi seorang insan yang sangat memberi manfaat kepada orang lain serta memudahkan urusan orang lain.

Sedar tak sedar dah 2 tahun lori ni berkhidmat untuk kami. Lepas ni jika ade rezeki menambah lori mungkin tak sempat nak cerita pasal lori kan...

Kebiasaannya inspection lori di Puspakom akan dilakukan seminggu awal sebelum tamat road tax lori tu. Ini adalah kali ke-3 kami buat inspection untuk lori ni.

Sebelum nak wat inspection tu, pergi cuci lori dulu supaya bersih, lebih kurang RM20 kos mencuci. Jika bahangian belakang lori dah pucat, lebih baik di cat, sekurang2nya sejuk sikit hati pegawai yang buat test lori nanti.

lori yang telah di cat...


Kami melakukan inspection di  Puspakom Raub, Pahang..buat masa ni masih belum ade lagi cawangan di Temerloh. Antara perkara2 yang dititik beratkan semasa inspection ialah asap, brek, signal, lampu, tayar dan mud guard tayar. Jika salah satu dari perkara berikut tak lulus, maka perlu baiki dan masuk inspection buat kali kedua dan seterusnya sampai lulus semua perkara.

Alhamdulillah...inspection kali ni sekali masuk jer dah lulus. Dibawah ni contoh laporan pemeriksaan kenderaan dari Puspakom. Dan bayaran yang dikenakan ialah RM55 sahaja

contoh yer..

Diharapkan sedikit sebanyak dapat memberi info bagi mereka yang buat pertama kalinya nak buat inspection lori.

Sehingga berjumpa lagi ;-)



Comments

Popular posts from this blog

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...