Skip to main content

Jalan2 cuti mac:hari ke-2:Kuala Terengganu ke KualaGula,Perak

Alhamdulillah..boleh sambung cuti bulan mac yang lalu. Hari kedua ni kami gerak kul 10.30 pg dari kuala terengganu. Beberapa minit perjalanan, anak2 sume tido..mamanye seronoklah boleh relaxkan.

anak2 dapat tidur dengan selesa..alhamdulillah


Oleh sebab, kami tak berhenti, saya sempatlah amik gamba sign board jalan yang kami lalu. Lalu daerah besut kemudian jertih..sepanjang jalan nih banyaklah sangat traffic light. Saya hanya melihat2 keadaan disitu dari lam kete jer. Kalo boleh kami nak sampai awal di kuala gula supaya anak2 leh main2.





Dah nampak dah signboard ke grik, jadi kami pun mencari tempat makan dulu..sebab nanti mungkin xde tempat untuk makan bila dah masuk laluan banjaran titiwangsa tu. Kami singgah restoran tepi jalan jer...tapi kat kelantankan tepi jalan pun makanan memang sedap, yang paling sedap sambalnye. Anak2 pula masih tidur lagi mungkin kepenatan bermain dan mandi kolam.


lam kete jer..tu yang amik gambar signboard je..

Rupernye bila dah masuk laluan banjaran nih..ade jer restoran...cemanalah agaknya mereka bawa naik barang2 yer nak meniaga..bape kali jer mereka ni turun bawah...tinggi tue...mula kami berhenti di sebuah restoran ni, tak ingatlah namanya, anak2 nak gi toilet.

Dan yang kat bawah nih..di puncak banjaran titiwangsa, ade restoran juge..ramailah orang yang berhenti kat sini amik gambar, dan tengok sendiri keindahan cipataan Illahi.


puncak banjaran titiwangsa..cantik..

Kemudian kami lalu di tasik temenggor, memang sangat besar dan cantik..subhanallah..tak sempat saya nak amik gambo banyak2 lam kete dengan berebut henfon dengan anak...di sini ade tempat untuk berhenti tapi masa kami lalu tu banjirlah..erm..memang takde rezeki..maybe next time jika ade rezeki.

jambatan di tasik temenggor, hutan belum


Alhamdulillah sampai grik..kemudian terus ke lenggong, pastu ade jalan kecik simpang belah kanan menuju ke bagan serai..dalam hati saya "..bestnye dah nak sampai..". Rupernye jauh lagi..laluan ni agak kecik dan merbahaya..banyak tanah runtuh dan tak banyak kereta lalu.Agak lama jugelah..barulah jumpe kawasan perkampungan..kat sini kami berhenti rehat dan solat.

Dah sesiap isi minyak sume..kami pun meneruskan perjalanan..lege dah nampak signboard ke bagan serai. Di tepi sepanjang jalan ni, penuh dengan ladang kelapa sawit. Pastu tetiba jem..hairan jugekan..mungkin kemalangan. Bila dah sampai tempat tu, rupernyer banjir daa..lebih kurang 200m banjir...x hujan pun..erm..maybe paginye kot hujan. Saya tak dapat nak amik gambar sebab bateri dah "kong"..kong ni lam bahse cina maksudnye kosong atau habis..sebelum ni dok cakap kong jer tapi tak tahu makna sebenarnya.

Dah sampai bagan serai ade simpang empat kat situ, kami terus ke kuala kurau...erm.. tempat ni perkampungan org cina, masa kami lalu tu sibuk sangat sebab ade pasar. Puas cari "kuala gula sanctuary resort"..kami pun tanya2lah mkcik kat situ. Jauh lagilah, kene naik jambatan pastu lalu lagi kawasan ladang kelapa sawit..dan akhirnya misi kami berjaya, sampai juge di kuala gula. Kami tiba kul 7.30 ptg...ngam2 azan maghrib.

Dari kuala terengganu sampai ke kuala gula, perak campur sesat, berhenti dan sebagainya amik masa 9 jam perjalanan. Alhamdulillah...malamnye kami akan menikmati sendiri ketam lembut yang sering dikatakan orang boleh makan dengan kulitnye sekali..

Dah namenyer pun nak merasai masakan ketam lembut, makanya sume lauk ketamlahkan..kami order, ketam goreng tepung 2 ekor, ketam masak 3 rase 2 ekor, ketam masak pedas sekor, ketam masak special sekor. Manakala anak2 pula makan sup daging. saya suke air epal + asam boi..memang sedap. ketam ni besar tapak tangan saya jer. Rm6 sekor ketam siap masak, ketam goreng tepung Rm5 sahaja dan jumlah kami makan malam tu hanya lebih kurang Rm50..saya pun dah tak ingat daa.




Alhamdulillah...dah kenyang kami pun jalan2 sekitar kampung kuala gula  ni....banyak ladang kelapa sawit. Kiranya mereka bekerja sebagai peneroka dan nelayan kat sini. Ok..kami dan anak2 pun tidur dengan tenang sebab hati dah lege. Kami bermalam kat kuala gula sanctuary resort ni.Apa aktiviti kami pada hari ke-3..nantikan entri berikutnye...ok...wassalam..


Comments

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada

Ubahsuai rumah:tambah bilik air

Salam buat semua pengunjung... Kami dah merancang sekurang2nya nak tinggal disini lagi 5 tahun. Memandangkan anak2 semakin membesar dan setiap pagi masing2 nak menunaikan hajat memasing..memang tak cukup bilik air satu saje.Kalau sedara mara atau adik beradik datang ke sini pun kenelah beratur nak menggunakan bilik air. . Setelah berbincang dan survey kos nak wat bilik air ni. Makanya, suami mama izan pun bersetuju. Memula nak beli bilik air yang dah siap, cuma letak jer kat lam umah ni, harga RM1200 paling murah tapi takde toilet bowl, masih tak praktikal. . Kami buat kira2 kos ubahsuai rumah membuat bilik air sendiri, lebih kurang RM1000 juga termasuk upah. Tapi kami hanya perlu mengeluarkan RM600++ sahaja sebab barang yang lain ade dikedai kami. Toilet bowl, sinki, folding door, peralatan paip, bidet tak payah beli, sume ade dikedai kami. . Jadinya, kos yang sedikit untuk ubahsuai rumah kami pun teruskan projek ni. Kontraktornya suami mama izan dan pekerjanya staff kami juga..sora