Skip to main content

Pencapaian anak2 sepanjang 2012

Alhamdulillah...anak2 semakin membesar dan semakin matang. Ceritanya mengenai pencapaian anak2 sepanjang tempoh 12 bulah tahun 2012. 

Amyra fariza, semakin banyak menguasai karakter mandarin dan boleh membaca sedikit karakter cina tanpa pinyin. Bagi saya ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan.

 Dan sepanjang tahun 2012, k.mia telah merangkul 2 anugerah di sekolahnya...ambooi...macam anugerah berprestij lak gayanya. Anugerah yang dimaksudkan ialah saguhati dalam spelling bee competition dan johan dalam pertandingan kosa kata. tahniah!!


inilah buktinya..ececeh..

Manakala amirul pula masih belum boleh membaca dengan baik..setakat dua suku kata bolehlah. Boleh teruskan usaha lagi. Dari segi iqra' pula sudah tamat iqra' 1. Walaubagaimanapun saya akan sentiasa membantunya untuk menjadi lebih baik.

Dan aniq dak kenit pula dah pandai cakap dan banyak pula mulutnya...cumanya saya belum train lagi untuk ke toilet sebab cakap pun masih dalam proses. Namun bab2 komputer or  aplikasi hp touch screen, die lagi tahu dari saya ...ekkeke....Abc sampai Z dan kenal bukan setakat huruf besar, huruf kecik pun die kenal...

Setiap anak mempunyai tahap perkembangan dan kelebihan yang berbeza, saya doakan mereka sentiasa menjadi yang terbaik dan anak2 saling membantu sesama adik beradik untuk melengkapi kekurangan yang ade supaya menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah dan rohani...aamiin..

Setakat ini cerite anak2..sekian..zai jian...;-)


Comments

Popular posts from this blog

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...