(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Thursday, January 17, 2013

Resepi ayam goreng berempah mudah..

As salam semua...mengupdate jap sementara menunggu k.mia balik sekolah...pasni bz sket. Harini nak kongsikan resepi ayam goreng berempah paling mudah saya rase. Dan sememangnya kalo dah tak de idea nak masak apa..inilah juadah yang akan saya sediakan buat seisi keluarga.

Memang mudah, bahan2nya ialah. 1/2 ekor ayam,garam secukupnya, 1 sudu besar rempah kari ayam, 1 sudu besar serbuk kunyit, 2 sudu besar tepung gandum dan 1 sudu besar tepung ubi . Senangkan.. kalo rase nak lebih sukehatilah nak letak byk mana bahan2 tadi..he..he..

Caranya pula hanya gaulkan kesemua bahan2 tadi bersama ayam sehingga serasi bersama. Kalau nak lebih mantap, peram selama setengah jam...pastu bolehlah gorengkan..

beginilah rupernyer ayam yg bermandikan rempah..

 Memang resepi mudah yang sesuai untuk wanita yang sangat bz setiap hari baik yang surirumah mahupun yang bekerjaya.



dan inilah hasilnya...memang sedap rase berempah...



Senang jerkan..bolehlah mencuba resepi ini kalau sudi. Setakat ini sahaja ade 2 orang anak bujang yang perlu dilayan..Jumpa lagi...zai jian..


No comments:

Post a Comment