Skip to main content

Posts

Jalan2 cuti mac:hari ke-2:Kuala Terengganu ke KualaGula,Perak

Alhamdulillah..boleh sambung cuti bulan mac yang lalu. Hari kedua ni kami gerak kul 10.30 pg dari kuala terengganu. Beberapa minit perjalanan, anak2 sume tido..mamanye seronoklah boleh relaxkan. anak2 dapat tidur dengan selesa..alhamdulillah Oleh sebab, kami tak berhenti, saya sempatlah amik gamba sign board jalan yang kami lalu. Lalu daerah besut kemudian jertih..sepanjang jalan nih banyaklah sangat traffic light. Saya hanya melihat2 keadaan disitu dari lam kete jer. Kalo boleh kami nak sampai awal di kuala gula supaya anak2 leh main2. Dah nampak dah signboard ke grik, jadi kami pun mencari tempat makan dulu..sebab nanti mungkin xde tempat untuk makan bila dah masuk laluan banjaran titiwangsa tu. Kami singgah restoran tepi jalan jer...tapi kat kelantankan tepi jalan pun makanan memang sedap, yang paling sedap sambalnye. Anak2 pula masih tidur lagi mungkin kepenatan bermain dan mandi kolam. lam kete jer..tu yang amik gambar signboard je.. Ru...

Jalan2 cuti mac:hari pertama: Temerloh ke Kuala Trengganu

Alhamdulillah..masih punyai ruang waktu untuk berkongsi pengalaman baru. Saya dan suami telah pun berjaya menjelajah separuh malaysia pada cuti sekolah mac yang lalu. Macam tak percaya kami dapat menyelasaikan misi ini walaupun pelbagai ujian yang melanda. Anak2 pun tak berapa banyak kerenah dalam menjayakan misi ini. Misi jelajah utara semenanjung ni bermula dari Temerloh, kemudian ke Kuala terengganu, ke perak , ke klang dan akhir skali ke Temerloh semula. Kami sebenarnya teringin sangat nak melihat sendiri keindahan ciptaan Illahi dengan melalui banjaran Titiwangsa dan tasik temenggor dan aktiviti terakhir misi ini ialah merasai sendiri  ketam lembut di kuala gula. Kami menggunakan peta pada galaxy tab sebagai penunjuk arah, perjalanan ini kali pertama, jadi kami memang tak tahu jalan, main terjah jer.Sebab tu saya lebih suka memberi nama misi ini "Mission Imposible 1". Bermula pada hari selasa, tepat jam kul 9.30 pg kami bertolak dari temerloh menuju ke kuala...

Resepi kek batik mudah

As salam buat semua..sudah lama tidak mengupdate blog berikutan pelbagai masalah yang dihadapi. Alhamdulillah..segalanya sudah diselesaikan. Oleh sebab ramai yang sukekan kek batik terutama kanak-kanak..jadi saya dengan murah hatinya ingin berkongsi resepi kek batik dari citarasa saya dan keluarga saya. Sebenarnya sejak saya di tingkatan 3 lagi sudah mula membuat kek batik bukan untuk dijual tapi untuk makan sendiri je. Saya memang peminat tegar kek batik. Mulanya jatuh cinta dengan kek batik masa buat masak2 subjek kemahiran hidup kat SAMTH lah kan. Sejak dari hari tu saya selalu sangat buat. Masa memula kenal mr. hubby dulu pun, bila cuti semester habis lek kolej saya buat kek batik untuknya. Pertama kali makan terus jatuh cinta pada kek batik tue kan. Pastu, asalkan saya balik cuti sem je.. mesti mr. hubby request soh buat kek batik. bukan untuk dijual..ini saya buat masa raya haji tahun 2011 nak bawa lek kampung. Banyak betul story pasal kek batik ni yer..jom cub...

Amyra fariza: tahun 1

Alhamdulillah..pejam celik-pejam celik dah besar dah mia. Tahun ni mia masuk ke sek keb. (c) khee chee di bandar temerloh. Mama nak sangat mia pandai cakap dan baca cina. Ramai dikalangan kita yang risau nak hantar anak2 ke sekolah cina, sebab risau masalah akidah dan pemakanan. Bagi saya tentang akidah bermula dari rumah, kita sebagai ibu bapa mesti ambil berat untuk mengajar anak2 solat, mengaji dan lain2. kalau dirumah hidup berlandaskan syariat..maka, kemana pun anak kita pergi, insyaallah takde ape yang berlaku. Jangan kita cepat meyalahkan sekolah,ade jer yg bersekolah agama lebih 5 tahun tapi bila dah habis sekolah hilang sume tudung2. Sebenarnya pendidikan anak2 ni bermula dari rumah, kita yang mencorakkan mereka. Pergi sekolah tu sebagai tambahan untuk memantapkan lagi ilmu yang ada selain dari kewajipan untuk sume yang ade kat Malaysia ni. Perkara penting sebelum nak hantar anak ke sekolah, tak semestinya sekolah cina,sek keb yg lain pun, sudah tentu kita sebagai...

Sambutan hari lahir amyra fariza yang ke-6 thn

As salam buat semua...alhamdulillah kini amyra sudah berusia 6 tahun..moga jadi anak yang soleh dan bijaksana..ameen.. November lalu sepupu amyra buat birthday party, so kami pun menumpanglah celebrate birthday amyra skalikan.Amyra request nak bawa kek ke sekolah, jadinya yang di rumah ni, mama wat kek batik jer.. Yang penting kek ni habis, erm..biskut marie disalut coklat mesti bebudak suke.Edible image ni mama tempah kat edible print.  Dah alang2..letak gak gambar aniq, sebab kat langkawi haritu tak dapat nak celebrate birthday aniq kerna memasing muntah dan cirit. boleh tahan gakkan. .  yang ni kek ameer.. adam,amirul dan amyra erm..aniq tido masa nih... Pastu..selang 2 hari celebrate kat sekolah pulak. Bawa kek dan sedikit buah tangan untuk kawan2 amyra.. kek secret recipe..edible imagenyer berkedut..tak tahulah nape..tp diorg bg free jer.. amirul melayan perasaan.. nyanyi lagu..zhu ni sheng ri kuai le 4x.. ...

Graduation day amyra fariza & amirul fariz

As salam buat semua pengunjung...graduation day ni pada 20 nov yang lalu. Tak sempat nak tulis dengan cepat sebab banyak pula kerja di kedai. Amirul fariz pun buat persembahan. Tak sangka mama, fariz buat dengan bersungguh2..apabila terjatuh, cepat2 die bangun. Papa pegi cari tempat duduk, mama pula siapkan amyra dengan baju recycle..mama buat simple jer..tema lebah..guna kain dan baju2 yang dah lame..kepak buat dengan plastik. bilik menunggu..fariz dan kawan2.. fariz buat persembahan "twist2 hop2.." gitulah lagunye..  Pertunjukan fesyen recycle yang dibuat oleh mak2 pelajar..kreatifkan mereka ni... amyra dengan baju lebah.. budak lelaki pula tema robot, super hero, sponge bob.. Dah siap pertunjukan fesyen tu, mama terus ke belakang pentas untuk menyiapkan amyra dengan pakaian tarian pula..sebab cikgunye tak cukup staff..nak disiapkan dalam masa yang singkat. amyra dan kawan2 tengah tunggu untuk buat persembahan. persembah...

Amyra Fariza tamat prasekolah

As salam buat semua pengunjung..alhamdulillah..syukur atas rezekimu ya Allah. Amyra Fariza pun dah habiskan semua pelajaran sekolah tadika di montessori school. Kesan 2 tahun prasekolah ni pada amyra fariza yang sangat jelas ialah dia sudah boleh membaca bahasa melayu dan bahasa inggeris dengan baik. Kalo mamanyer dulu tak pandai lagi nak baca. Kat sekolah ni yang paling saya suke pelajaran matematik, sebab ade belajar gune abacus atau sempoa. Secara tak langsung mama izan pun pandai gak gune abacus ni. Tambahan pula belajar kira kaedah arithmatik membentuk pemikiran yang sangat kreatif. Manakala bahasa cina pula bolehlah mama izan kategorikan sebagai tahap bawah lagi..sebab dia tak boleh lagi menggunakan bahasa cina di rumah. Kadang2 mama izan guna sedikit sebanyak bahasa cina. Dan banyakkan tonton tv KBS 325 @ astro..supaya dia biasa dengan penggunaan bahsa cina ni. Ade juga belajar sains dan pendidikan moral sedikit banyak membentuk peribadi dia menjadi anak ...