(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Tuesday, July 27, 2010

Segalanya baru...

Salam semua..
Sementara baby masih tidur teringin nak titipkan sesuatu di teratak ini.Sabtu lalu adik saya selamat melahirkan anak keduanya,baby lelaki dan beratnya 3.5kg.Maka bertambahlah cucu lelaki mak dan ayah.Bagus juga meramaikan kaum adam dirumah.Maklum sajalah adik beradik saya 4 orang perempuan dan seorang saja lelaki.Saya pun berkahwin dengan cik hubby yang mempunyai 4 orang adik-beradik perempuan.Dan hubby saya ni sorang saja lelaki dan amat2lah manjanyer:)Jadinya mak dan ayah sudah mempunyai 4 orang cucu lelaki dan 2 orang cucu perempuan.Sudah pasti pak usunya amat2lah gembira sebab ada geng main bola.

Senin lalu,purchase order system siap di install di kedai.Jadinya suami saya amat2lah sibuk nk "key in" dan scan barang2 yang ade dalam kedai kami.Pada mulanya sangat asing dengan sistem ini, jadinya suami saya menuntut dengan tokey2 kedai berdekatan.Dengan harapan sistem ini memudahkan kerja saya nak cek stok dan jualan harian.Sebelum ni saya kene kira secara manual menggunakan formula saya sendiri.

Amirul dengan cd barunyer..sangat gembira sebab pelbagai corak yang menarik minatnya nak pakai.Sebelum ni saya beli yang plain, die tak nak kakaknya yang pakai sewaktu tidur malam.
Memang terasa jimat sangat,Amyra pakai malam saja pakai mamypoko harga RM1 sekeping, bila dah guna cd ni jimat leh tahan sehingga 3 tahun,free size,hingga 17kg. Suke nak kongsi link di mana saya beli cd ni http://mamapayish-onlineshop.blogspot.com/





Amirul dengan cd barunyer...

Amyra pula kene demam cacar..2 malam berjaga sebab waktu malam demamnya menyerang..siang hari bermain seolah tidak demam.Kami bawa ke klinik homeophaty saja..memang kami sangat berpuashati dengan alternatif ini..anak2 pun suka je makan ubat sebab manis.Semoga Amyra cepat sembuh dan boleh tolong mama..:D

Semoga ceria!!!ilalliqa'

Saturday, July 24, 2010

Bertambah cerdik..

Salam ukhuwah..menjadi seorang ibu ni banyak betul perlu dilakukan sehinggakan tidak sempat untuk saya update blog ini.Sepatutnya waktu begini saya sedang sibuk memasak untuk sediakan makan tengahari,tetapi kami ade undangan ke majlis pertunangan adik ipar kepada bos suami saya dulu.Jadinya waktu baby sedang tidur saya pun terasa nak menulis sesuatu.


Baby aniq 9 bulan

Khamis yang lalu saya membawa baby untuk check up..lagi 3 hari baby mencecah usia 9 bulan, alhamdulillah berat meningkat,sekarang sudah 7kg..lenguh juga kalau lame mendukungnya.

Apa yang ingin saya suka nak cerita tentang baby saya ni..semasa baru sampai di klinik dan hendak duduk baby saya menangis kesedihan..saya amat pelik biasanya die suka kalau dibawa jalan2..jadinya saya pun mendakapnya...no. giliran 16 tertera saya dengan konfidentnya terus masuk.."..emm no. sama ke?"ada seseorang menegur saya..lantas saya tengaok no. giliran ..rupanya no.19..saya memang betul2 mengantuk waktu itu.."..minta maaf ye..salah no.."saya balas.Malunya rasa tapi kakak tu senyum saja..

Bila tiba giliran saya,saya pun masuk ke dalam bilik rawatan..baby saya sekali lagi menangis teresak-esak..saya cuba tenangkannya tapi tidak berhasil..die menangis sehingga rawatan selesai.Pabila naik kereta secara semulajadi baby diam saja..saya masih tidak dapat tahu apa sebenarnya yang bermain difikiran baby saya.

Sampai dirumah dia terus main kereta dengan bisingnya kerana mulutnya"...eng..nga.." seolah-olah buat bunyi seperti kereta.Gembira pula dirumah..pelik sungguh...baru saya terfikir die sudah bertambah cerdik..asalkan nampak bangunan hijau penuh dengan orang berbaju putih tempat untuk cucuk sesuatu yang menyakitkan..mungkin ini yang difikirkan..tetapi pada hari itu tidak cucuk..jadinya dirumah die menunjukkan perasaannya yang sangat gembira dengan bermain-main saja.

Pandai betul posing..
27/11/10 cukup 5 tahun

Saya amat-amat tersentuh pabila anak sulung saya begitu prihatin dan bertambah cerdik.Balik sekolah memberi salam dengan senyuman setelah saya menegurnya..kerana sebelum ini "hello..everybody.."katanya..ade ke patut begini..sekali saja saya beri teguran terus sudah berubah.

Biasanya makan malam jam 9malam kerana kedai tutup waktu ni..jadinya ada satu malam lewat tutup kerna ada kastemer nak beli barang-barang elektrikal yang banyak..saya sudah sediakan hidangan dan menyuruh anak sulung saya makan..tapi dia tak nak, katanya"..nantilah mia nak makan dengan papa.."..terharunya saya mendengarnya.

Anak kedua saya pun sudah bertambah cerdik..kalau melihat saya dalam kesusahan cepat-cepat nak tolong..biasanya die suka tolong saya ampai baju..die amik baju dalam bakul dan beri kepada saya ..jadinya tugas ini cepat selesai..kalau disuruh ambil apa-apa dengan ringan tangan membantu.


Selesa dengan imej bo..tak
15/9/10 cukup 3 tahun

Mama sangat sayangkan anak-anak mama..mama berharap akan menjadi kawan kepada anak-anak sehingga mereka dewasa kelak..insyaallah..amin..

Monday, July 19, 2010

Permata2 hati mama..

Salam semua..
Saya asyik bercerita pasal kedai saja.jadinya hari ini nak perkenalkan permata2 hati saya yang kadang2 menggembirakan dan kadang2 memeningkan..walau apapun tetap anakkan.
Ini anak yang pertama, sekarang sudah mencecah 5 tahun dan sudah bersekolah tadika.Perangainya agak kasar dan kurang berhati2 dan hati yang keras.Sangat bertanggungjawab.

Amyra Fariza Bt. Aminudin
Sehari selepas lahir
Dan yang ini anak kedua,gambar baby dia tak taulah kat ner tak jumpe mama.
Sangat sensitif dan kuat mengamuk,kurang sabar.yang baiknya sangat prihatin dan suka membantu.Sejak lahir menangis saja,sampaikan mama buat keje sambil dukung.Sentiasa nak dengan mama.

Amirul Fariz B. Aminudin

usia ketika ini 9 bulan

Manakala yang ini permata ketiga.Bila dapat tahu pregnant mama pun berdoa setiap kali lepas solat supaya anak yang lahir tidak kuat menangis macam abangnya..rase tak larat sangat melayan kerenah abangnya.Bulan ramadhan tiap2 hari baca quran dan berdoa lagi.Alhamdulillah wasyukurillah...permata kali ini amat2 menawan hati mama.sangat2 penyabar dan serius..nangis bila perlu sahaja.Sebab itulah saya beri nama aniq bermakna yang menawan hati dan papa bagi nama farhan maknanya gembira.

Aniq Farhan B. Aminudin
ketika sehari lepas lahir.
Perasan tak kawan2??Wajah ketika baby amyra dan aniq seolah serupa.Amirul fariz lain sedikit..bibirnya agak besar.Beginilah anak2,saya mendidik mereka dengan mencari apa sifat2 mereka supaya saya boleh tambah dan bantu kekurangan yang mereka ada.saya tak suka memaksa jadinya saya memang biarkan apa saja aktiviti yang mereka nak lakukan asalkan tidak membahayakan.itu saja untuk entry kali ini..Anak2 saya kalo belum jam 12 malam tak nak tido.kalau sape2 ada tips atau doa ke..lehlah komen ye..Ilalliqa"

Saturday, July 17, 2010

Hawami Hardware




Hari ni anak bangun lewat dan suami pepagi dh pegi hantar barang.Emm..tak taulah saya mcm mana rakan2 berblog saya seolah tidak berkesempatan..adakah saya tak pandai urus masa..sila bagi komen kwn2 atau pun cadangan.
Saya sebenarnya nak cerita barang yang dijual di kedai kami.Barang paling besar ialah cat Sissons yang setaraf dengan ICI dulux..perasan tak??sissons tak buat iklan media massa or papan iklan tepi jalan..sebabnya sissons mementingkan kualiti cat tiada propaganda iklan.Harga lagi murah dari ICI tapi kualiti bagus.Masa suami keje hardware dia jual cat jotun.Katanya macam2 masalah kastemer komen.Cat sissons ni pekat jadinya kalo pandai ngecat sangat jimat xperlu beli banyak nk cat rumah.Rumah saya ni saya yang cat sendri dengan cat sissons.Suami saya memang x sempat macam2 nak diuruskan.

Mesin cat sissons untuk bancuh cat.

KAmi jual cat sissons sebab cat nippon,jotun,kcc dan lain2 sudah banyak di Temerloh yang kesemuanya dipelopori oleh orang Cina..kedai kami nilah satu2nya kedai melayu di bandar Temerloh.Saya amat terasa bila ada org melayu yg beli barang di kedai cina padahal kat kedai kami ada.Kalau saya seboleh2nya nak tolong org melayu watpe nak tolong bangsa lain.Org cina yg beli di kedai kami lam sebulan boleh dikira dengan jari.Jadi saya hairan kalau bangsa sendri xnk tlg .

tahun pertama jual cat sissons sgt2 memberangsangkan.kemudian kami dapat tahu Temerloh hardware jual cat sissons dan pembekal barang hardware besar di Temerloh jual cat sissons...kenapa mrk buat begini sedangkn jenis cat yg mereka jual dpt sambutan????ini x lain hanya utk menjatuhkan org melayu spt kami..jadi kami harus bangkit buat sesuatu jangan hanya dibiarkan kene buli oleh mrk2 ini..

Sebelah kedai kami jual jubin agak sombong juga x mahu kalah dengan kami...mrk ni bersaing secara sihat xdelah bomoh sana sini...kami dapat tahu dr stafnya yg salu melepak kedai kami sbbnya kedai sebelah buka lewat.Katanya ,bos dia nk masuk cat maknanya nk jual cat...kami rase xsedap hati ..mcm mana dengan pasaran nnt jadinya kami buat banner dan seangkatan dgnnya sblum mrk menjual cat...buat promosi dan sebagainya.

Tahu x apa cat yg mrk jual???cat kingtex jenis cat murah yg kurg kualiti utk ekonomi...dikatanya pada pelanggan lbih baik dr cat ICI..ade ke patut..yg peliknya kastemer leh percaya...maklumat2 ni semua dr staffnya sendri.Akhirnya kami selamat mrk pindah kedai lain awal tahun ini kerana harga sewa naik melampau.


Gooseneck dan bibtap dan sebagainya

Peralatan paip adalah barang kedua besar yg kami jual.Batang paip jenis upvc,pvc,poly..jenis GI(galvanised iron) ntah btul ke sy eja ni, ada tapi kami xjual.Kepala paip untuk sinki toilet chrome,brass macam2 jenis.Gooseneck single,double,flexible semua ada dari semurah2nya hingga semahal2nya..jadinya kastemer banyak pilihan xde sbb nak pegi kedai lain.

Pada mulanya paip ni salesman tipu kami bagi harga sgt2 mahal mcm mana nak jual.Sy penah dgr die ckp dgn hp bhs mandarin,ble sy tanya apa yg die ckp tu die kt xingat apa die ckp tadi...tipu..sy bolehlh fhm seskit bhs mandarin.Mmg benar die amik komisen lebih sbbnya bile dia brenti keje..salesman lain dtg harga same mcm kedai2 cina lain die bagi..mase mahal dulu kami amik dengan pembekal lain yg lagi murah...jadinya suami saya ni sangatlh bijak dan kreatif untuk menangani isu2 seperti ini.nak harapkan saya...he..he stakat buat kerja2 ofis lehlh.

banyak lagi pengalaman nak dikongsikan..sabar ye..jangan lupa follow yer..

Wednesday, July 14, 2010

Masih dalam ingatan 2008


Hari yg ditunggu2 tiba...maka berlangsunglah perasmian "Hawami Hardware" awal Ogos.Majlis dimulakan dgn solat hajat, bacaan yaasin dan jamuan mkn @ aqiqah anak yang kedua..Amirul Fariz.Saudara mara yg berada sekitar Temerloh datang memeriahkan suasana.kami juga mengundang rakan2 niaga yg lain yg sebaris dgn kedai kami.

fuh...leganya rase mase tue..taapi...barang lam kedai masih perlu disusun mengikut kategori..sbbnya masa pindah main taram saje atas rak..

Selesai majlis..semua pulang..hanya tinggal kami sekeluarga...kami rehat sehari menanti hari Isnin ..bagaimana agaknya sambutan disini...risau tapi sentiasa berdoa.

Saya mula mengemas barang2 manakala suami dikaunter dan membuat apa2 yg patut.sambutan baik jika nk dibandingkan dengan kedai lama..
Tiba waktu masak naik atas dan masak serta makan bersama anak2...kemudian saya jaga kedai dengan anak2(jika x tidur)...suami pula naik makan tgh dan solat zuhur.

Apb anak2 tidur saya buat operasi mengemas sehingga kul 12malam..rest mase solat n makan sahaja..saya kene pantas sbb kastemer dtg susah nk cari barang..

Saya ambil mase 2minggu untuk susun pipe fitting yang sangat banyak saiznya...jenis pvc,upvc,poly,GI dan stainless steel...panjat rak mcm dh x ingat yang saya ini mak anak 2 (ketika itu).

Inilah kedai saya dan suami di Temerloh

Saya amat gembira pabila parent, adik2 dan anak sdare saya datang membantu,waktu tu cuti sekolah ..so..lam seminggu mereka tolong saya susun barang2..akhirnya barang2 berada ditempat mengikut kategori..cumanya saya perlu kemas sket dr semasa ke semasa.

Akhir bulan ogos kami lantik sorang staf bekerja dgn kami..agak ringan juga kerja.jadi suami saya boleh buat kerja diluar..saya memantau staff di kedai..kononnya macam supervisor...

Setiap akhir bulan saya akan buat kira2 akaun supaya mudah untuk merancang order barang...akauntan lah plak..saya memang xsuke akaun dr zaman belajar lagi...tapi kena buat juga...buka jugalah buku spm adik saya memandangkan saya jurusan sains..sampai sekarang ikut sukahati saya jer wat akaun...yang penting faham...kalo ikut skema tapi xfaham watpe...menyusahkan saya juga kan...ala..company yang dah bertahun hidup pun silap buat akaun dek kerana terlalu ikut skemanya..

Cerita masih dalam ingatan sudah dipenghujung..selepas ini saya akan mulakan dengan entry2 yang menarik harapnya..yee..ha..

Sunday, July 11, 2010

Sweet Cute Baby Smile Contest

Salam....mari2..sertai contest ni..dianjurkan oleh blog Intanku Terpilih sempena melancarkan blog shopnya iaitu Babyku cute Collections
Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!


Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!


Saja nak join contest ni isi masa yang terluang.Kalau ada rezki alhamdulillah..
Inilah gambar sicomel yang saya pertaruhkan.
Nama anak:Aniq Farhan B. Aminudin
Umur: 8 bulan
Nama ibu:Nurfarizan Bt. Shamsudin
Baby saya nii senyum x macam senyum..gitu2 jer,pandai tgk kamera.ada harapan ke nak menang sebabnya ramai sungguh yg sertai contest ni..kalah menang adat pertandingan..jika menang bolehlh shopping baju baby kat Babyku cute collection ni..raya pun dah nak dekat ni..opps..kene melalui ibadah berpuasa selama sebulan dulu.Mungkin babyku ini lagi tersenyum lebar bila katakan padanya sweetnyer bila smile.

Contest ni berlangsung sehingga 31 Julai 2010.Jadi jom ramai2 sertai dan memeriahkan lagi contest ni.

Jom singgah sini banyak baju2 yg cute untuk kanak2 http://cutebabyonline.blogspot.com/
SELAMAT BERJAYA!!

Teringat Julai 2008...

Bulan ini amat memenatkan sebab kena berkemas2 untuk pindah ke kedai baru.Barang2 di atas rak diturunkan sebab nak buka rak.Apabila anak tidur saya memulakan operasi mengemas manakala suami membuka rak..hanya Tuhan saja yg tahu perasaan kami ketika itu.

Kami berdua sahaja yang mengemas.Penatnya...tak terkira..tapi kegembiraan mengatasi segalanya.Ada sepuluh rak yg perlu dibuka.saaangat banyak.Barang2 pula tak terkira banyaknya.

Kedai yang baru perlu disediakan juga...baanyaknya kerja...hanya kami berdua..
Pada mulanya suami mengecat...tanpa disedari ada sorang tukang cat lalu disitu dan menolong..jadinya upah dia yg cat...lega sikit..

Kami tumpukan aktiviti mengemas..Kami sewa 2buah lori dan pembantu dalam 10 orang.Walaupun begitu kami tetap terasa penatnya semasa proses pemindahan.
Memunggah naik atas lori kemudian turunkan dikedai baru...lepas tu nak kemas pula kat kedai baru.

Barang2 diletak dalam bilik sebab tak muat dah kedai.

Saya bersyukur ketika itu adik ipar offerkan diri jaga anak2.Jadinya saya boleh mengemas dengan selesa dan pantas..sebabnya awal ogos nak buat perasmian.

Seminggu barang2 semua kene ada atas rak.Operasi pemindahan upah orang..tapi nak pasang rak kami berdua...rak hampir2 terjatuh...saya bukannya kuat nak pegang...suami memasang skru...saya yang pegang.Entah dari mana datangnya tenaga saya ketika itu...amat2 mustahil bila teringat semula..

Kemudian saya menyusun batang2 paip di rak..letihnya tak terkata..akhirnya FIL dan sorang sedara datang membantu.Dalam kepenatan akhirnya siap mengemas tepat pada masenya.Itupun ala kadar untuk perasmian jer....bersambung.

Saturday, July 10, 2010

LOVELYGIFT GIVEAWAY CONTEST

Contoh tudung de zahra yang terdapat di LOvelygift.




Saya baru dalam aktiviti blog ni,jadi nak cuba sertai "LOVELY GIVEAWAY CONTEST" dari 15/6/2010 hingga15/7/2010.emm ...ni pun dh lewat..Kalau ada rezeki alhamdulillah..

Sesiapa yang nak menyertainya senang saja.Berikut adalah syarat-syaratnya:
1. Mesti mempunyai blog.
2. Anda diwajibkan menjadi follower lovely gift sepanjang tempoh giveaway berlangsung.
3. Sila buat entry bertajuk"Lovely Giveaway Contest' dan tinggalkan link di bahagian komen atau shout box blog lovelygift.
4.Copy and paste banner blog lovelygift dan letakkan di side bar blog anda.


Sesiapa yang nak dapatkan tudung ini atau sertai "contest" ni.Silalah klik sini http://lovelygift77.blogspot.com/


Al-kisah 2008

Salam semua..

Oleh sebab ramai yang tanya macam mana saya boleh tinggal di Temerloh,jadi saya pun buat blog ini untuk kongsi bersama rakan-rakan yang berminat.

Bulan april 2008 MIL saya ada singgah ke Temeloh selepas menziarahi anak saudaranya meninggal dunia.Semasa disitu ada kawannya cerita ada orang nak jual barang hardware borong,MIL saya pun pergi tengok..emm dia agak berkenan sebab memang hasrat suami saya nak buka kedai hardware.

Mil saya pun cerita dengan suami dan 3 hari lepas tu..pergi ke Temerloh tengok barang2 hardware tu..Jadinya suami saya amat teruja dengan semua itu dan bersetuju membeli borong dengan harga RM70k.Hanya dalam mase seminggu saya kene buat kertas kerja untuk buat loan dengan MIL saya.Ketika itu suami masih bekerja dikilang INgress sebagai supervisor.
Segala persiapan dilakukan untuk berpindah ke Temerloh.Saya amat sedih kerana tidak pernah keluar dari Selangor selama 26 tahun..tapi sudah rezeki saya disitu.

Dalam perjanjian,sewa atas kedai untuk kami tinggal, tapi bila sampai situ dia kata nak guna kedai atas.(janji Cina)..Sebaik bapa sdare suami ade tinggal dekat situ.kami menumpang selama 3hari sementara mencari rumah sewa.


Kunci kedai akan diserahkan pada 2Mei2008,dalam mase seminggu kami daftar perniagaan dengan SSM dan pindah ke rumah sewa.Rasa berdebar juga saya langsung tidak tahu menahu tentang barang hardware.Suami saya ada pengalaman bekerja kedai hardawre selama 2 tahun.


Bila tiba masanya suami mengambil kunci daripada penjual..alangkah gembiranya kami hasrat suami saya tercapai.
Gambar semasa di kedai lama.

Kami berniaga disini selama 3bulan sementara menunggu penyewa kedai sebenar kami untuk keluar.Semasa tengok tapak kawasan kedai yang awal tidak menjadi tumpuan..jadi kami dah cari kedai yang sesuai dibandar sebelum berpindah ke Temerloh..ternyata kata hati suami saya betul.Pernah sekali jualan sehari RM10..macam mana mahu hidup macam ni...

Rutin saya seawal jam 5 pagi sudah bangun menyiapkan sarapan dan makan tengahari untuk dibawa ke kedai.kami berniaga dengan anak2.ketika itu amirul belum boleh berjalan jadi apa yang saya nak lakukan terbatas kerana perlu menjaganya.
Amirul 10 bulan.



Banyak lagi yang ingin saya kongsikan.Tunggu...si kecil sudah bangun.