(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Saturday, July 17, 2010

Hawami Hardware




Hari ni anak bangun lewat dan suami pepagi dh pegi hantar barang.Emm..tak taulah saya mcm mana rakan2 berblog saya seolah tidak berkesempatan..adakah saya tak pandai urus masa..sila bagi komen kwn2 atau pun cadangan.
Saya sebenarnya nak cerita barang yang dijual di kedai kami.Barang paling besar ialah cat Sissons yang setaraf dengan ICI dulux..perasan tak??sissons tak buat iklan media massa or papan iklan tepi jalan..sebabnya sissons mementingkan kualiti cat tiada propaganda iklan.Harga lagi murah dari ICI tapi kualiti bagus.Masa suami keje hardware dia jual cat jotun.Katanya macam2 masalah kastemer komen.Cat sissons ni pekat jadinya kalo pandai ngecat sangat jimat xperlu beli banyak nk cat rumah.Rumah saya ni saya yang cat sendri dengan cat sissons.Suami saya memang x sempat macam2 nak diuruskan.

Mesin cat sissons untuk bancuh cat.

KAmi jual cat sissons sebab cat nippon,jotun,kcc dan lain2 sudah banyak di Temerloh yang kesemuanya dipelopori oleh orang Cina..kedai kami nilah satu2nya kedai melayu di bandar Temerloh.Saya amat terasa bila ada org melayu yg beli barang di kedai cina padahal kat kedai kami ada.Kalau saya seboleh2nya nak tolong org melayu watpe nak tolong bangsa lain.Org cina yg beli di kedai kami lam sebulan boleh dikira dengan jari.Jadi saya hairan kalau bangsa sendri xnk tlg .

tahun pertama jual cat sissons sgt2 memberangsangkan.kemudian kami dapat tahu Temerloh hardware jual cat sissons dan pembekal barang hardware besar di Temerloh jual cat sissons...kenapa mrk buat begini sedangkn jenis cat yg mereka jual dpt sambutan????ini x lain hanya utk menjatuhkan org melayu spt kami..jadi kami harus bangkit buat sesuatu jangan hanya dibiarkan kene buli oleh mrk2 ini..

Sebelah kedai kami jual jubin agak sombong juga x mahu kalah dengan kami...mrk ni bersaing secara sihat xdelah bomoh sana sini...kami dapat tahu dr stafnya yg salu melepak kedai kami sbbnya kedai sebelah buka lewat.Katanya ,bos dia nk masuk cat maknanya nk jual cat...kami rase xsedap hati ..mcm mana dengan pasaran nnt jadinya kami buat banner dan seangkatan dgnnya sblum mrk menjual cat...buat promosi dan sebagainya.

Tahu x apa cat yg mrk jual???cat kingtex jenis cat murah yg kurg kualiti utk ekonomi...dikatanya pada pelanggan lbih baik dr cat ICI..ade ke patut..yg peliknya kastemer leh percaya...maklumat2 ni semua dr staffnya sendri.Akhirnya kami selamat mrk pindah kedai lain awal tahun ini kerana harga sewa naik melampau.


Gooseneck dan bibtap dan sebagainya

Peralatan paip adalah barang kedua besar yg kami jual.Batang paip jenis upvc,pvc,poly..jenis GI(galvanised iron) ntah btul ke sy eja ni, ada tapi kami xjual.Kepala paip untuk sinki toilet chrome,brass macam2 jenis.Gooseneck single,double,flexible semua ada dari semurah2nya hingga semahal2nya..jadinya kastemer banyak pilihan xde sbb nak pegi kedai lain.

Pada mulanya paip ni salesman tipu kami bagi harga sgt2 mahal mcm mana nak jual.Sy penah dgr die ckp dgn hp bhs mandarin,ble sy tanya apa yg die ckp tu die kt xingat apa die ckp tadi...tipu..sy bolehlh fhm seskit bhs mandarin.Mmg benar die amik komisen lebih sbbnya bile dia brenti keje..salesman lain dtg harga same mcm kedai2 cina lain die bagi..mase mahal dulu kami amik dengan pembekal lain yg lagi murah...jadinya suami saya ni sangatlh bijak dan kreatif untuk menangani isu2 seperti ini.nak harapkan saya...he..he stakat buat kerja2 ofis lehlh.

banyak lagi pengalaman nak dikongsikan..sabar ye..jangan lupa follow yer..

3 comments:

  1. Orang2 Tua je yag suka pergi kedai Cina...kononnya customer servis bagus, nostalgia dan dalam minda mereka Cina lebih bagus dari Melayu.

    Orang2 Muda tak berselera nak pergi kedai Cina..lagi pon ramai orang Muda dah bijak dan pandai ekonomi.

    ReplyDelete
  2. mmg biasa org tua2 suke suh cine repair rumah.
    lawa cine bikin katanye.

    yg jenis ni biasanye pakai kepiah, bawak kete 60km/jam kat lorong kanan skali (lorong laju).

    ReplyDelete
  3. peniaga2 melayu biasanye jarang nak support/tolong pembekal melayu.
    diaorg lebih suka amik barang dr pembekal cine.

    peniaga kedai makan melayu pun tak amik minyak masak dr pembekal melayu. beli cine ye gak.
    lpas tu mengharap org melayu masuk & makan kt kedai dia.
    tak masuk kata tak tolong melayu......


    ReplyDelete