Skip to main content

Bertambah cerdik..

Salam ukhuwah..menjadi seorang ibu ni banyak betul perlu dilakukan sehinggakan tidak sempat untuk saya update blog ini.Sepatutnya waktu begini saya sedang sibuk memasak untuk sediakan makan tengahari,tetapi kami ade undangan ke majlis pertunangan adik ipar kepada bos suami saya dulu.Jadinya waktu baby sedang tidur saya pun terasa nak menulis sesuatu.


Baby aniq 9 bulan

Khamis yang lalu saya membawa baby untuk check up..lagi 3 hari baby mencecah usia 9 bulan, alhamdulillah berat meningkat,sekarang sudah 7kg..lenguh juga kalau lame mendukungnya.

Apa yang ingin saya suka nak cerita tentang baby saya ni..semasa baru sampai di klinik dan hendak duduk baby saya menangis kesedihan..saya amat pelik biasanya die suka kalau dibawa jalan2..jadinya saya pun mendakapnya...no. giliran 16 tertera saya dengan konfidentnya terus masuk.."..emm no. sama ke?"ada seseorang menegur saya..lantas saya tengaok no. giliran ..rupanya no.19..saya memang betul2 mengantuk waktu itu.."..minta maaf ye..salah no.."saya balas.Malunya rasa tapi kakak tu senyum saja..

Bila tiba giliran saya,saya pun masuk ke dalam bilik rawatan..baby saya sekali lagi menangis teresak-esak..saya cuba tenangkannya tapi tidak berhasil..die menangis sehingga rawatan selesai.Pabila naik kereta secara semulajadi baby diam saja..saya masih tidak dapat tahu apa sebenarnya yang bermain difikiran baby saya.

Sampai dirumah dia terus main kereta dengan bisingnya kerana mulutnya"...eng..nga.." seolah-olah buat bunyi seperti kereta.Gembira pula dirumah..pelik sungguh...baru saya terfikir die sudah bertambah cerdik..asalkan nampak bangunan hijau penuh dengan orang berbaju putih tempat untuk cucuk sesuatu yang menyakitkan..mungkin ini yang difikirkan..tetapi pada hari itu tidak cucuk..jadinya dirumah die menunjukkan perasaannya yang sangat gembira dengan bermain-main saja.

Pandai betul posing..
27/11/10 cukup 5 tahun

Saya amat-amat tersentuh pabila anak sulung saya begitu prihatin dan bertambah cerdik.Balik sekolah memberi salam dengan senyuman setelah saya menegurnya..kerana sebelum ini "hello..everybody.."katanya..ade ke patut begini..sekali saja saya beri teguran terus sudah berubah.

Biasanya makan malam jam 9malam kerana kedai tutup waktu ni..jadinya ada satu malam lewat tutup kerna ada kastemer nak beli barang-barang elektrikal yang banyak..saya sudah sediakan hidangan dan menyuruh anak sulung saya makan..tapi dia tak nak, katanya"..nantilah mia nak makan dengan papa.."..terharunya saya mendengarnya.

Anak kedua saya pun sudah bertambah cerdik..kalau melihat saya dalam kesusahan cepat-cepat nak tolong..biasanya die suka tolong saya ampai baju..die amik baju dalam bakul dan beri kepada saya ..jadinya tugas ini cepat selesai..kalau disuruh ambil apa-apa dengan ringan tangan membantu.


Selesa dengan imej bo..tak
15/9/10 cukup 3 tahun

Mama sangat sayangkan anak-anak mama..mama berharap akan menjadi kawan kepada anak-anak sehingga mereka dewasa kelak..insyaallah..amin..

Comments

Popular posts from this blog

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...