Skip to main content

Teringat Julai 2008...

Bulan ini amat memenatkan sebab kena berkemas2 untuk pindah ke kedai baru.Barang2 di atas rak diturunkan sebab nak buka rak.Apabila anak tidur saya memulakan operasi mengemas manakala suami membuka rak..hanya Tuhan saja yg tahu perasaan kami ketika itu.

Kami berdua sahaja yang mengemas.Penatnya...tak terkira..tapi kegembiraan mengatasi segalanya.Ada sepuluh rak yg perlu dibuka.saaangat banyak.Barang2 pula tak terkira banyaknya.

Kedai yang baru perlu disediakan juga...baanyaknya kerja...hanya kami berdua..
Pada mulanya suami mengecat...tanpa disedari ada sorang tukang cat lalu disitu dan menolong..jadinya upah dia yg cat...lega sikit..

Kami tumpukan aktiviti mengemas..Kami sewa 2buah lori dan pembantu dalam 10 orang.Walaupun begitu kami tetap terasa penatnya semasa proses pemindahan.
Memunggah naik atas lori kemudian turunkan dikedai baru...lepas tu nak kemas pula kat kedai baru.

Barang2 diletak dalam bilik sebab tak muat dah kedai.

Saya bersyukur ketika itu adik ipar offerkan diri jaga anak2.Jadinya saya boleh mengemas dengan selesa dan pantas..sebabnya awal ogos nak buat perasmian.

Seminggu barang2 semua kene ada atas rak.Operasi pemindahan upah orang..tapi nak pasang rak kami berdua...rak hampir2 terjatuh...saya bukannya kuat nak pegang...suami memasang skru...saya yang pegang.Entah dari mana datangnya tenaga saya ketika itu...amat2 mustahil bila teringat semula..

Kemudian saya menyusun batang2 paip di rak..letihnya tak terkata..akhirnya FIL dan sorang sedara datang membantu.Dalam kepenatan akhirnya siap mengemas tepat pada masenya.Itupun ala kadar untuk perasmian jer....bersambung.

Comments

Popular posts from this blog

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...