Skip to main content

Kelebihan Samsung galaxy tab

Salam buat teman2 semua..

Sebelum ni mama izan ade cite yang hanbeg mama izan dah sarat sangat. Erm..bolehlah kot mama izan kenalkan gadget baru kami ni..suspen kan..adakah ini hadiah birthday mama izan akan datang atau memang sebagai gadget baru kami. Kalo tahun lepas hadiah birthday netbook..tahun ini wallahua'lam..mama izan xkisah..apa yang mama izan harapkan semoga mama izan kekal jelita di mata suami dan suami mama izan menyayangi mama izan dan anak2.

Mesti tak sabar nak tahukan...perlu ke mama izan bagi tahu sekarang yer. Perlu kot supaya rakan2 tahu sekiranya n3 mama izan pendek je dan x bape tersusun maknenyer guna gadget barulah tu untuk update blog.

Mama izan sendri x bape mahir lagi guna, tapi kakak mia pandai dah, main game, baca buku katanya. Die sangatlah suke touch screen ni. Dulu2 mamanyer aino ericson die yang lelebih.Yang bestnyer leh snap picca and call pun boleh. Besarnyer lebih kurang 2 tapak tangan mama izan. Rasenyer ade rakan2 yang dah leh teka. Macam i-pad..tapi kecik darinya.

Adakah ini n3 kesabaran? ohh..bersabar sungguh..ok..kini bukan lagi rahsia..gadget yang mama izan cite tadi ialah........samsung galaxy tab..alhamdulillah sudah dimiliki walaupun rasenye macam mustahil.
.
.
dalam keadaan tertutup..
.
ha..taraaa..mama izan bukakan..
.


Samsung Galaxy tab ni bukan sesaje beli, ade sebabnyer...tujuan utama nak tengok cctv online waktu kami diluar kawasan temerloh..maklum jerlah staff ni bukan kita leh percaya sangat..walaupun depan kite baik, belakang wallahua'lam. Selain itu, leh jadikan sebagai dictionary,baca berita terkini,cuaca,penunjuk arah..macam2 ada. Nak tahu banyak lagi klik galaxy tab ni.
Selain itu, ringan, kecil mudah dibawa ke mana2. Letak lam hanbag pun muat. Paling berguna bagi kami kalau nak wat online banking di luar kawasan memang mudah.

Kalau nak merasai betapa usefulnyer galaxy tab ni boleh dapatkanya dengan membeli di kedai2 samsung or sebagainya..he..he...pas ni kalo kami berada diluar temerloh, kotlah mama izan nak wat live n3, bolehlah gune galaxy tab nih..amacam puas hati dah tahu rahsia mama izan.

Sesapa yang dah ade galaxy tab or ingin nak beli leh kongsi pengalaman dan perasaan anda.
Rasenyer cukup takat ni.wassalam..

Comments

  1. wow... bestnyaaaaaaa... canggihhh... beruntung mama izan :)

    ReplyDelete
  2. bunga:alhamdulillah rezeki kami..mmg x sangka leh dpt secepat ini.

    ReplyDelete
  3. lau nak surf internet kene kat tempat yg ade wifi jer ker lau gune samsung tab nie?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...