Skip to main content

Kini tidur berasingan..

As salam buat semua...

Hanya Tuhan saja yang tahu apa yang tersirat dihati ini bila tidur bersama. Kini terasa lega bila sudah berasingan. Tapi hati ni terasa gak sedikit sedih bila berpisah bilik..tapi apakan daya tak mampu nak menahan kehendak masing2..

Kalaulah rakan2 yang rapat baca n3 ni sure dah tangkap lelehkan..apalah dah jadi dengan mama izan nih..xde angin dan ribut tiba jadi serba tak kene...

Relax rakan2 ini bukan cite mama izan dan suami tapi cite pasal anak2 yang ade kehendak sendiri..memasing nak tilam sorang satu, jadinya berpisahlah dan tido berasingan. memula nak asingkan tu, jenuh juga, tiap kali nak tidur nak masuk bilik mama dan papa. 3 harilah meneman tidur, dah tidur mama pun masuk bilik sendrilahkan.
.


Terasa sunyi lak xde senda gurau anak2 sebelum tido. Aman jer rase, ni yang risau ni kot bertambah lagi sorang. Bukannya menolak rezeki tapi keadaan tidak mengizinkan lagi. Daripada anak2 tak terlayan dan mama dan papa nyer sibuk sekarang ni, lebih baik berehat daripada menambah baby.




Dengan harapan anak2 semakin matang dan boleh berdikari. Kakak mia boleh dah berdikari sedikit, Abang amirul ni lain sket, memang dari kecik manjelah sangat, bukannya mama izan manjekan tapi memang Allah dah jadikan sifat die begitu. Kadang2 tensen gak dengan perangainya. Tapi kalo dah anak tu sabar jerlahkan.

Rakan2 macam mane pula?tido berasingan ketika anak usia berapa?
sama2 kita kongsikan tips atau pengalaman..

Sekian, wassalam.

Comments

  1. bagus la camtuh.. saye xde anak g kak tapi da besar gajah still tido ngan mak lagi hihi...

    ReplyDelete
  2. siapa yang masih tido bwh ketiak mak tu...?...samalah dengan anak remedy..dh 4 tahun..menyelit je celah ketiah mak dia

    ReplyDelete
  3. wanda:ye ke..sabo jerlah awak ni..

    remedy:anak2 mama izan ni pun dah besar gak sorang 6 thn,sorang lg 4 thn..br nak masuk 2 minggu tido asing..

    ReplyDelete
  4. anak saye yg kecik tu..kadang2 jer bile bapak nye tak de baru la tido sekali..

    dulu mase kecik2 semua tido sekali...

    sekarang doh beso2 semua nak bilik sendiri...

    ReplyDelete
  5. Mama izan percaya atau tidak anak2 kak Zai tak pernah tidur dengan kami suami isteri.Balik dari hospital selepas melahirkan baby akan di tempatkan didalam baby cot.Dah umur 1 tahun pasang katil single kat bilik kak Zai.Umur 2 tahun lebih dah dipindahkan kebilik sendiri.Sekiranya anak tak sihat kak Zai akan tidur di bilik anak.

    ReplyDelete
  6. k.ain:a..ah..kan dah besar nk privacy, mcm saya memuda dulu.

    k.zai:kagumnyer dgn akak boleh mendisiplinkan anak2.actually izan nk wat mcmtu tp x mampu or x brape komited. terlalu kesian dgn anak2.
    Saya rase eloklah ibu bapa yg baru beranak ikut mcm k.zai disiplinkan anak.
    Thanx sbb kongsi pengalaman.

    ReplyDelete
  7. dulu masa umur anak saya setahun setengah saya dah asingkan blik.. tp sebab kesian cuaca kat sini sejuk, saya bawak tido sama-sama. nnti dah musim summer, bolehlah suruh dia tido bolik sendiri balik,.. tp rasanya mcm payah sikit sbb dia dah biasa tido bwh ketiak mak dia. hehhe

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...