(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Friday, February 22, 2013

Di RBR, Kuala Rompin, Bahagian 1

Assalammualaikum buat semua.....ini adalah cerita lama hi..hi.., sekarang  baru berkesempatan nak kongsikan pengalaman. Inilah kali pertama saya menjejakkan kaki di Kuala Rompin, Pahang. 

Yang sebenarnya kami memenuhi jemputan perkahwinan rakan lama kami semasa di UPM dulu atau lebih mesra ex-KBP.

Setelah saya buat research kediamannya..lebih kurang 3 jam dari temerloh...agak jauh dan kami kene bermalam di Kuala Rompin.

Setelah menghadiri majlis itu, kami ke sana ke mari mencari resort yang bersesuaian dengan kami yang beranak ramai ni kan...agak macam mengada jerkan...dah alang2 dok hotel biarlah anak2 boleh main2.

Perkara yang mesti ade ialah pool...untuk anak2 berendam. Memang anak2 dengan pool ibarat irama dan lagu.Sesambil cari saya pun google dan akhirnya jumpelah yang bersesuaian iaitu Rompin Beach Resort di Kuala Rompin.

Signboard nak ke RBR ni kejap ade kejap xde...seingat saya...betul2 sampai di pekan Kuala Rompin ade simpang 4, masuk simpang yang menghala ke arah Pantai Hiburan, jalan terus sehingga jumpa simpang 3 dan disini ade signboard ke RBR dan ikut jer arah dan sampai di RBR.

Kalo rase2 dah sesat sila tanya orang lain...sebab kami memang banyak kali buat u turn.

Kalo nak lebih info mengenai RBR ni boleh klik sini Rompin Beach Resort. Kami solat dulu pastu bawa anak2 terjun kolam.


agak selesakan.. kami request extra tilam untuk anak2

Penat pula menjaga bebudak ni mandi kolam..saya nak berjalan2 ditepi pantai dan nak tenangkan fikiran.
"Jom kita pergi pantai nak"..."..ok..tapi nnt nk mandi kolam lagi...".haih..kolam lagii.



otw nak ke pantai..

Dah sampai pantai...kami anak beranak main pasir wat castle...elok jer saya buat tiang datanglah pula dak kenit aniq meruntuhkan castle kami.

Nyaman dan damainyer di tepi pantai...fuuh memang sejuk angin hari tu sampai ke tulang rasenyer.

k.mia dgn mermaidnyer..pandai dah melukis k.mia nih..

Abg. amirul...buat castle dah macam bukit jer nampaknya..

tengoklah...my lil aniq...main air laut...i have no idea why the sea water become a froth..


Saya dah tak tahan dengan kesejukan angin laut...so, ajak anak2 balik hotel, mandi2 dan nak jalan2 cari makan sebab dah kelaparan ni.

Kami pun keluar resort dan menuju ke Pekan kuala rompin...namun tiada yang berkenan. Pastu terus jalan menghala ke arah Pekan...selepas pekan kuala rompin kami ternampak restoran seafood...so kami pun ikut arah signboard dan jumpe.

Restoran ni atas sungai..terapung gitu...dan banyak bot2 di tepi restoran ni...mungkin pengkalannya.
Saya order tomyam udang, ikan kerapu sweet sour, ikan pari bakar, sotong celup tepung dan sayur kailan goreng...dan amat mengejutkan semua ini berharga Rm 70 kalo x silap..apa yang pasti memang x cecah RM100...serius murah makan kat sini.

 Namun, rasanya agak biasa jer, kalo anda tahu tempat makan lain yang lebih menarik kuala rompin silalah buat pilihan yang terbaik.

Abg. amirul dah lapar sangat...siannyer

my lil aniq ni banyak betul minum teh tarik..haish..

Perut dah kenyang, bolehlah tidur dengan amankan. Nak tahu apa yang kami jumpa otw balik ke Temerloh..nantikan entry berikutnya.
semoga jumpa lagi...zai jian ;-)



No comments:

Post a Comment