Skip to main content

Hancur harapan kami

Salam buat semua pembaca blog ni..kalo adelah peminatkan..perasan jer..

Tetiba lak mama izan teringat kisah yang lalu.mana xnyer...jualan cat nak dapat sorang sehari pun susah gara2 sudah ade pusat cat berkomputer warna impian kat bandar Temerloh ni. Kononnyer dulu hasrat kami nak jadi pusat cat sebab mase memula meniaga dulu xde lagi yang wat secara besar2ran.

Beginilah caranya orang cina nak matikan melayu, mereka bersaing cara sihat tapi kita x leh nk lawan gak. Dasyat tau jualan cat merudum hingga 50%. Diorang ni nak jual cat sama jenis xperlahkan.. ..tp jual dengan harga peruncit dapat dr pembekal..jdnyer kastemer complainlah kami jual mahal..sedangkan kami jual ikut harga pasaran..memang kacau betullah.

Warna impian tu blehlah jual murah sebab PIL die pembekal hardware dan cat terbesar kat Temerloh ni. Mase tahun 1 xde aper pun. Maybe PIL die bengang dengan kami, jdnyer buka kedai cat sama jenis. Nak tahu citernyer teruskan baca yer..

Tahun 2008 bulan April hingga julai kami training berniaga kat temerloh..so,kami xdelah deal dengan mana2 pembekal. Kami nak amik banyak dengan Eng Son ni, so minta harga kurang Rm1 jer satu tong cat 5L bukannyer minta harge peruncit tapi diorang ni sombongnyerlah xlayan pun.Kami bengang gaklahkan, pasni jangan harap nak amik dengan diorang. Kami pun bersabar mungkin adelah yang lbih baik untuk kami nanti.

Bulan 7, 2008 kami tutup kedai sebab nak ngemas untuk proses pemindahan ke kedai baru. Pada mase tu gak dapat voucher dr celcom bermalam di hotel Swiss Garden, Kuantan. Kebetulan gak memang nak pegi kuantan uruskan kete tuk daftar dengan JPJ kat situ.

Kami pun pegilah Swiss tu...memang cantik sesangat maklumlah hotel 5 star.Dapat bilik twin bed standard room ratenyer RM500++ tu..kalo nak sewa sendri xdonyer nak amik yang memahal gini dalam bilik sama jer besar dengan hotel xde star pun.Lobbynyer lah yang cantik tuh siap ade orang main piano memalam, tenang jer rase.

Ade pun gambar kt lobby Swiss garden tuh untuk tatapan sume.







myra dan amirul dok tgk uncle main piano..



muda belia lagi mama izan mase ni..he.he..
Melalut ke lain jer mama izan ni..xperlahkan relax sket. Sebab n3 kali ni cam stress jek. Erm..x setel pun pasal kete tu ntah ape2lah mama pun xbaper tahu. Soknyer kami nak pulang ke Temerloh. OTw nk lek tu mama ternampak pembekal2 cat banyaklahkan..mama pun suh suami mama brenti dan beli cat gak untuk cat kedai baru. Lama gaklah tunggu ..ruper2nyer dok berbual2 pasal cat. Itulah die pembekal cat Sissons kami Pantai Timur trading kat kuantan.
Sebulan pastu kami pun deallah dengan pembekal ni. kami beli mesin cat sissons Rm50000++ bulan2 RM820++ macam beli kete lak.Walaupun mesin cat sisson tapi leh gak bancuh untuk cat nippon,jotun,kcc,dulux..rasenyer nak citer pasal cat lam n3 len kot kalo berkesempatan lah ye.
Best mase memula jual cat ni memang sambutan menggalakkanlah.Setiap bulan payment untuk cat saje RM12000++. Tp setelah warna impian memonopoli jualan cat turun jualan cat kami.Diorang ade mesin cat sissons, jotun, nippon, colourland, kcc..kirenyer sumerlahkan. Bukan kami saje yang bengang dengan die..peniaga Jotun pun marah sebab jual harga yang sangat murah dari harga pasaran. Dan kastemer pun mestilah nak beli tempat yang murahkan. Hari ahad kedai warna impian tu tutup..so kastemer yang nak tambah cat beli dengan kami nak harga macam die bagi...xlehlah kami nak bagi sebab xlek modallahkan..untung setong cat ringgit jer tak sampai belas or puluh pun.
Tokeh eng son tu adelah datang kedai ofer nak bekalkan cat sissons..mase tu kami dah deal dengan Pantai timur, tak kanlah kami nak time..xsesuailahkan..mase memula dulu kemain sombong lagi..disebabkan kami tak deal dengan die bengang sampai wat kedai jual cat semata2..sampaikan efek jualan cat kami...
Jadinya, kami benar2 kecewa dengan keadaan ni.Walaupun begitu, kami tidaklah terus jatuh berlebuk. Kami pun kene wat sesuatu yang len. Jadinya kami bercadang nak buka hardware besar yang ade jual barang2 kasar macam pasir, simen, batu bata dan macam2 lagi. Now nak jual simen macam xbest jer, stakat 1 beg simen untung 50 sen..xyahlah. Amik 400 beg ke atas baru dapat harga murah sket. Now pun dah mula bersihkan tanah..stakat ni dah RM4000++ habih untuk bersihkan tanah dan ratakan tanah. Pasni nak kene pagar pula..harga lam belasan ribu..
Menjual barang hardware tanpa barang2 kasar ni seolah2 kedai runcit tak jual barang basah ..macam tulah lebih kurangkan. Kami berharap sangat apa yang kami idamkan ni benar2 menjadi kenyataan. Banyak sangat dugaannyer, pertikaian sempadan tanah..actually sampai sekarang masih dalam keadaan tegang...susahlah orang2 disini xnk mengalah..ade ke patut die kata juru ukur tu yang salah ukur..adoilah pening tul nak melayan orang macam gini.
Apa yang boleh saya simpulkan, bersabarlah dengan segala ujian, disebaliknya mungkin akan dapat yang lebih baik dan hebat dari itu. Anggaplah apa yang berlaku disekeliling kite sebagai pengalaman untuk mematangkan kita dan sebagai panduan untuk masa2 akan datang.
Wassalam..jumpa lagi..

Comments

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada

Ubahsuai rumah:tambah bilik air

Salam buat semua pengunjung... Kami dah merancang sekurang2nya nak tinggal disini lagi 5 tahun. Memandangkan anak2 semakin membesar dan setiap pagi masing2 nak menunaikan hajat memasing..memang tak cukup bilik air satu saje.Kalau sedara mara atau adik beradik datang ke sini pun kenelah beratur nak menggunakan bilik air. . Setelah berbincang dan survey kos nak wat bilik air ni. Makanya, suami mama izan pun bersetuju. Memula nak beli bilik air yang dah siap, cuma letak jer kat lam umah ni, harga RM1200 paling murah tapi takde toilet bowl, masih tak praktikal. . Kami buat kira2 kos ubahsuai rumah membuat bilik air sendiri, lebih kurang RM1000 juga termasuk upah. Tapi kami hanya perlu mengeluarkan RM600++ sahaja sebab barang yang lain ade dikedai kami. Toilet bowl, sinki, folding door, peralatan paip, bidet tak payah beli, sume ade dikedai kami. . Jadinya, kos yang sedikit untuk ubahsuai rumah kami pun teruskan projek ni. Kontraktornya suami mama izan dan pekerjanya staff kami juga..sora