(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Monday, October 4, 2010

Tayar MR. hilux

Salam ukhuwwah fillah buat teman2 yang mengunjungi..

Didoakan agar semuanya menikmati kesihatan dan kesenangan yang diredai Illahi.

Mama nak kongsilah sket pasal tayar ni kan..rupe2nya tayar kete 4x4 ni macam2 keadaannya.
Dek kerana dah 2 x tersasar sebab tayar licin sangat jadinya suami mama izan buat sedikit "research" pasal tayar yang sesuai dengan penggunaan hilux ni kan.
Memang toyota hilux ni tayar memang licin tapi xtaulah nape toyota wat macam tu kan.

Sebelum ni ade kastemer bgtau kalo nak beli hilux ..bila dapat kete terus tukar tayar sebab licin.Tapi suami mama wat dek jer sebab xde pengalaman..bila dah mengalami barulah teringat2 kata2nya itu.

Pergi survey kedai tayar kat temerloh..macam2 rege..ade yang RM2.5k hingga RM3.8k..tapi mana yang sesuai untuk mr. hilux kami??

Ade 3 jenis rim, 16",17" dqn 18"..lebar tayar pula , 255mm(yg asal),265mm,275mm...ketebalan pula lain halnya..

Setelah kami tambah tolak campur bahagi..kami decide nak amik rim 16" dan lebar 265mm..bila lebar tayar besar jadinya kete lebih stabil dijalankan..sape2 yang blajar fizik tu taulah kan..

Jumaat lepas kami pergi port klang..puas juga cari xjumper kedai yang murah tu..akhirnya kami pegi kedai tayar sebelah kedai 4x4 yang terkenal tu kononnya.. adelah lam sejam baru siap tukar tayar..mama dah pening dengan perangai anak2 yang terlalu aktif..dahlah kat situ xde kedai nak bli something tuk diorang ni.

Harga Rm2.6k rim 16" off set, tayar 265mm yokohama..suami mama pegang rimnya..katanya ringan..sangat2 best..bila lalu lam air yang banyak xde lah tenggelam lehlah lepas.. dengan bentuknya yang "offset"..lelakikan tengok spare part kete macam kita prempuan tengok aksesori wanita lah kot..

inilah rupernyer mr hilux dengan tayar dan rim baru..

Seriusly mama izan memang berkenan betul dengan rim ni..lain dari yang biasa..xtaulah apa pandangan kamu orang kan..memasing ade penilaian yang berbeza..

Semoga info2 ini beri sedikit panduan kepada mana2 blogger yang ingin membeli kete 4x4..

Wassalam...

3 comments:

  1. JENIS TAYAR MENGIKUT KEGUNAAN.
    --------------TAYAR HIGHWAY TERRAIN (HT)-------------
    1-Dipasang pada hilux baru oleh toyota
    2-Alur tayar cetek dan bunga kecil.
    3-Direka bentuk untuk kegunaan atas jalanraya/lebuhraya
    4-Senyap-selesa & kenderaan dapat bergerak lancar diatas jalanraya.
    5-Tidak sesuai untuk tujuan offroad. Terhad sekitar 10% sahaja untuk laluan offroad peringkat light core.
    6-Sesuai untuk kegunaan harian seperti ke tempat kerja.
    7-Dijalanraya tayar ini agak licin ketika jalan basah dan ketika mengambil selekoh dengan kelajuan yang tinggi.
    8-Berhati hati ketika hujan & mengambil selekoh.

    ------------TAYAR ALL TERRAIN (AT)--------------------
    1-Saiznya besar sedikit drpd tayar HT
    2-Boleh digunakan didalam beberapa permukaan jalan.
    3-Bunga/alur tayar lebih besar berbanding HT tetapi lebih kecil sedikit dari tayar MT
    4-Permanduan selesa, cepat dan cemerlang diatas jalanraya.
    5-Beraksi didalam laluan offroad berlumpur sekitar 50%
    6-Baik untuk kawasan berpasir
    7-Tidak dapat beraksi baik dilaluan lumpur yg terlalu licin.
    8-Tayar AT tidak dapat membuang lumpur sendiri yg melekat pada tayar berbanding tayar MT.
    9-Tayar jenis ini lebih efektif jika dipasang rantai berbanding tayar MT.
    10-Sesuai digunakan dijalanraya, untuk keladang, kebun atau trip ringan (light and easy) dipinggir hutan.

    -------------TAYAR MUD TERRAIN (MT)------------------
    1-Kemampuan offroad yg tinggi.
    2-Tayar ini bersaiz besar & lebar berbanding HT & AT yg meningkatkan kelegaan bumi & melebarkan tapak sentuhan tayar dengan permukaan tanah(footprint).
    3-Tayar besar & lebar juga menyebabkan kenderaan "terapung" & baik untuk laluan berlumpur.
    4-Bunga tayar besar & alur yg dalam serta luas membuatkan tayar ini membuang sendiri (tidak lekat) lumpur. Oleh itu ia memberi cengkaman yg baik dilaluan yg ekstrem & mengelakkan tayar mudah bocor atau pecah.
    5-Kenderaan nampak garang.
    6-80% sesuai untuk kegunaan offroad.
    7-Tayar jenis ini lebih berat.
    8-Kenderaan bergerak perlahan, bising, kemampuan rendah & bunga tayar cepat haus apabila diatas jalanraya. Tayar ini tidak mencengkam dengan baik diatas jalanraya terutama sekali pada waktu hujan(membuang) atau ketika mengambil selekoh. PANDU DENGAN LURUS DAN CERMAT.
    9-Harga lebih mahal.
    10-Tidak sesuai untuk permukaan berpasir kerana bunga yg kasar menyebabkan tayar menggali permukaan pasir.
    11-Kegunaan bahan api (DIESEL) meningkat.
    12-Kenderaan perlu diubah suai untuk memasukkan tayar jenis ini seperti tinggikan suspensi atau kabin.

    KESIMPULANNYA...
    Tayar HT & AT sesuai untuk kegunaan harian & berkhemah bersama keluarga dilaluan yg tidak sukar. Jika anda ingin serius dengan sukan offroad, sebaiknya anda mempunyai dua set tayar & rim. Satu set untuk tayar HT/AT & satu lagi untuk MT bagi kegunaan seperti diatas.
    Seperti yg dinyatakan, penggunaan tayar yg besar memerlukan pengubahsuaian ketinggian kenderaan.
    Rim juga terpaksa ditukar dengan menggunakan rim yg lebar atau offset, kerana jika memilih rim offset yg tidak baik ia boleh memberi kesan nagetif kepada kenderaan & berbahaya seperti mengganggu keberkesanan brek, masaalah suspensi serta stereng.
    Penggunaan tayar MT yang bersaiz besar juga akan menyebabkan bacaan meter tolok had laju(speedometer) tidak tepat dan sistem gearing pada ring & pinion differential yg rendah akan menyebabkan kenderaan menjadi lembab.
    Jadi untuk mengembalikan kemampuan asal kenderaan (setelah menggunakan tayar besar) anda perlu menukar ring & pinion pada differential depan & belakang.

    ReplyDelete
  2. Nak cari tayar? Cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di Klang Valley yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan dah masuk balancing dan valve. Free alignment kalau beli 4 tayar. Confirm tak kena tipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website.

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar.

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai.

    ReplyDelete