Skip to main content

Rokok vs makanan

Salam ceria buat pengunjung blog mama izan..semoga semuanya dalam keadaan sihat wala'fiat..

Tetiba nak cite pasal rokok2 ni..malam ni mama izan rase x berselera nak makan nasi..agaknyer dah pening dok ngira dari pagi tadi.Jadinya suami tanya nak makan apa??terkebil2 mama izan..a..a..makan pizza beli yang regular..erm..rase cam mahal jer kan..tp sebulan skali jer makan fast food nyer.

Beli pizza dengan add ons nyer RM24 makan 2 orang..kenyang..alhamdulillah..kalo diorang ni share duit sorang RM12 dapat kekenyangan seperti kami ni..

Tapi staff2 ni perabih duit bli rokok sehari RM10..kalo bagi makanan sket jer diorang jammah.
Rokok lagi sedap..ntah braper x lah suami mama ni bagi nasihat..tapi diorang wat dek jer..

Sorang staf tu dah tentu2 memang sakit jantung sebab merokok tapi rokok gak yang dipilihnya..pernah skali diserang sakit dada..sampaikan tak larat nak inform mama izan tak dapat datang kerja..puaslah mama call die,call tunang die tapi tak berjawab..
last2 call ayah die..dah sakit tu sebulanlah x merokok..takut kot2 trus out kan..pastu rutin seperti biasa..

Kami tak tahu dah nak cakap macam mana lagi..mesej dah sampai..penerimanyerlah yang menentukan..semoga mereka ni lehlah kurangkan sket2..patutkah kita bakar duit RM10 tu depan2 mereka??baru tahu nak menangis..



Actually..ayah mama izan masa memuda dulu merokok gak kan..tapi now dah brenti sejak fatwa haram merokok dikluarkan..mase tu mama izan baru form 2 kot..x bape ingat lak..
ayah mama berazam nak brenti merokok..bila terasa nak merokok ayah mama makan gula2..dan akhirnya berjaya brenti sepenuhnya..

Ada lagi satu kes..pak sdare mama izan pun kuat merokok gak..merasai kesakitan dada dan macam2..asyik kluar masuk hospital..makan ubat macam2lah..sumernyer tak menjadi..ruper2nyer saluran jantung tersumbat..pastu watlah sket operate bersihkan yang tersumbat tu..now alhamdulillah dah kembali seperti biasa..

Jadinya,merokok ni bukannya mendatangkan faedah malah membahayakan..bukannya diri sendri sahaja..orang sekeliling dan orang yang paling disayangi juga merasainya.Andai kata suami2 yang merokok dapat penyakit dan pergi menemui Illahi dan tak sempat bertaubat or beramal lebih banyak..dah tiada kata nak dikatakan..kasihan anak2 yang masih kecil..

Apa yang lebih membimbangkan bila mana perokok tegar takde duit..macam2 perkara buruk makin bertambah..peragut,pencuri,perompak dan macam2 lagi.

Diharapkan semoga mereka2 ini mendapat petunjuk dan sedar akan bahayanya merokok.Sudah2lah tu..yer..

Wallahua'lam..

Comments

Popular posts from this blog

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...