Skip to main content

Kandungan gula dalam susu tepung

Salam dan selamat sejahtera buat semua..
Mama izan ade terima poskad daripada Anmum Club. Jadinya mama izan nak kongsikan ape yg terkandung dalam poskad tu.Soalan yang ditulis lam poskad tu..

Are you feeding your child up to 13 teaspoons of added sugars everyday?

Agak musykil juga, atau perkara yang kita tak sedar tapi ianya memang berlaku. Kita tahu susu tepung untuk pembesaran kanak2 kaya dengan pelbagai nutrien penting yang diperlukan mereka. Namun terdapat penambahan gula dalam beberapa jenis susu tepung yang dijual di Malaysia.

Jadi, sebenarnya kita memberi anak2 susu yang mengandungi gula setiap hari jika ramuan susu tepung tersebut mengandungi bahan2 dibawah ni:

* corn syrup solids

* sucrose

* glucose syrup solids


Ibu2 boleh semak kandungan gula dalam susu tepung di sini (semak gula).


Anak2 mama izan minum susu dutch lady. Dan sungguh tak dijangka terdapat bahan sucrose dan glucose syrup solids. Patut pun cam ketagih je minum susu anak2 ni. Rupernyer sedap, manis. Tapi nak wat camne ni susu yang diorang suka, bagi anmum, dugro tak nak.

Dan susu tepung anmum essential memang tiada tambahan gula. Malah mengandungi 100 % DHA yang penting untuk tumbesaran.

Susu anak2 anda bagaimana pula??



.

Comments

  1. Salam..baru jer tengok iklan Anmum tu di TV. No wonder kanak2 sekarang ramai yg mengidap penyakit diebeties walaupun bukan jenis kritikal...thanx for sharing

    ReplyDelete
  2. salam..saya pun minum susu duth lady...umur da 22 tapi suka minum susu 2...tapi pengiraan 2 tuk kanak2...knp boleh berbeza...dan yang kedua...jumlah yang ditunjukkan 2 merujuk kepada kandungan gula setiap hidangan ataupun purata pengambilan susu iaitu 2-3 kali sehari?

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum...anak saya umur 2t7b.minum susu enfagrow At dr sethn smp skrg...dah cuba anmum,bebelac,lactogen,mamil & pediasure tp xnak...enfa tu perisa vanilla.tgk2 gak kalau jenama lain ada perisa tu,blh tukar...IQ okay,umur 2t doa mkn,doa tido dah jelas.harap2 kesihatan dia xde mslh...dialah cahayamata kami yg pertama,dan seblhnya kami ingin berikan yg terbaik untknya....

    ReplyDelete
  4. Salam bagaimana kita hendak mengetahui kandungan gula pada susu formula yang lain?

    ReplyDelete
  5. Wassalam..kalo nak tahu kandungan gula dalam susu tepung, boleh klik pada link "semak gula"..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...