(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Friday, December 31, 2010

Berakhir sudah...

Salam buat teman2....

Hari ni terakhir untuk tahun 2010. Terlalu banyak suka, duka, pahit dan manis sepanjang tahun ni. Dan banyak perkara yang mama tak kongsikan kerna baru2 blajar berblog tidak begitu rajin untuk menaip.

Tahun ni bertambah anak saudara mama dan kedua2nya lelaki iaitu Nazril hakimi dan Muhd. Syafiq Daniel..name ayahnyer idaklah mama izan ni tahu ejaannye..

Kepahitan menghadapi pelbagai2 masalah untuk menyediakan tapak untuk barang2 kasar dan masih belum selesai.

Semoga tahun hadapan peluang lebih besar untuk mengorak langkah yang lebih besar.

Azam2 tahun 2011: tidak bertangguh, bersemangat, banyakkan exercise, lebih bersabar dan berfikiran terbuka.

Impian tahun 2011: kete nak tambah lagi satu, anak nanti dulu, kedai berwajah baru, kedai nak tambah lagi satu, lori nak beli satu, upgrade cctv mesti dulu, samsung galaxy tab utk cctv online juga perlu.

Mana yang wajib didahulukan, di laksanakan dulu dan yang lain2 jika ade rezeki berlebihan akan dapat juga..insyaAllah..di mana ada kemahuan..disitu ade jalan..

Selamat menyambut tahun baru buat semua..
Wassalam..

Manik oh manik

Salam buat semua pengunjung...


Jahitan manik sekarang ni sangat2 popular dan ramai yang memperoleh sumber pendapatan sampingan daripadanya. Ade juga yang memberi perkhidmatan newsletter secara percuma cara2 dan teknik2 untuk menjahit manik. Pembelajaran secara online pun ade dengan harga yang sangat berpatutan. Selain itu, terdapat juga kalangan penjahit manik yang sudah otai menghasilkan cd serta buku teknik2 menjahit manik untuk dijual. Kiranya memang boleh senanglah.

Semakin hari corak dan paten dipelbagaikan mengikut idea penjahit manik. Setiap orang akan menghasilkan seni jahitan yang berbeza walaupun mengadaptasi daripada sifu2 mereka. Kalau kita boleh lihat diblog2 jahitan manik, bermacam2 jenis corak dan idak ade yang sama. Setiap penjahit manik akan ade keistimewaan memasing.

Contoh jahitan manik shimmering flora. (cre. to butterfly beads)




Mama izan pun tak nak lah ketinggalan, jadinya mama pun blajar sedikit demi sedikit. Memula dulu just buat jahitan manik pintal sahaja. Perkara baru tentunya kita perlu ambil mase untuk mahir. Dan kene banyak bersabar supaya jahitan sangat kemas. Now mama menerjah dari blog ke blog untuk belajar supaya mama dapat idea untuk buat paten jahitan yang berbeza.


Terdapat pelbagai corak dan patent, antaranya, jahitan manjalara, bunga sequine, crumble, manik tabur, juntaian kasih dan macam2 lagi. Daripada asas ni, penjahit boleh menghasilkan banyak corak yang berbeza2. Inilah uniknya jahitan manik. Terbarunyer design ialah jahitan manik 3D, shimmering flora.

Nak tahu jahitan manik yang mama buat sendiri. Ikuti entri yang akan datang..bila?? belum dipastikan lagi.

Wassalam.

Thursday, December 30, 2010

Arnab2 kami

Salam ceria buat teman2...

Akhirnya arnab juga menjadi ahli baru kami. Sebelum ni kami hanya membela ikan emas..macam2 hal ikan emas ni..penjagaannya sungguh rapi kerna sangat2 manja. Tapi tak dapat ape2 pulangan. Jadinya kami bela arnab pula, kalo tak dapat jual pun, bila dah besar lehlah kami sembelih dan makan.




Memula kami beli arnab yang biasa harganya RM30 seekor, kami beli 2 ekor, warna perang dan hitam. Tapi hayat si perang x lame, mengalami cirit birit dan akhirnya mati. Ini kerana kami bagi ia makan kobis bulat. Kami dapat tahu arnab tak leh makan kobis bulat nanti cirit selepas bagi si perang tu makan. Sudah terlambat.


Si hitam ni namenyer..aswad



Baru2 ni kami beli lagi 2 ekor, arnab jenis dwarf, bulunya gebu gitu...geram sangat2..harganya 2 ekor RM240. Mama izan bagi name cici dan coco. Manje2 gitu...mama izan tak merasa lagi pegang yang cici dan coco ni..tak berkesempatan lagi.



gebukan...



cici berkenalan dengan aswad


Sebenarnya suami mama izan ni memang minat sangat haiwan2 peliharaan ni, ikan2, burung2, ayam dan arnab. Suamilah yang rajin menjaganya, sampaikan tetiap malam tengok arnab2nyer. Setiap pagi buang najis2nyer kalo x nanti semerbak bau lam stor yang tertutup tu. Arnab ni kami letak lam sangkar khas, harga RM130 kalo beli dipasaranlah..tapi kami dapat direct dari pembekal harga lagi murahlahkan.


Mama pegang arnab pun aniq jeles. Mana taknyer mama nyanyi lagu khas aniq kepada arnab tu, surelah die bengang merengek2. Nak tahu ke lagunyer, ha macam ni liriknye.."..la cayang2 la cayang anak mama, wusyuk2 asam, masam2 manis.."..dari aniq baby sampai sekarang mama izan dok nyanyi lagu ni utk aniq..


Kalo mama izan memang tak sempat nak jage2 bagai, anak2 yang 3 orang ni pun macam tak terjaga. Semoga arnab2 yang ade ni hayat nyer panjang lagi..
Sekian, wassalam..

Saturday, December 25, 2010

Berat mata memandang...

Salam buat semua pengunjung...

Bak kata pepatah melayu " berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul". Begitulah adatnya dalam perniagaan, akan kene hadapi segala pahit, getirnya walaupun ianya perit. Sudah terlalu banyak yang kami tanggung, dan sekarang tidak tertanggung lagi dan perlu diluahkan. Itupun kalo ade yang sudi membaca..terpulanglah

Perkara yang paling2 perit ialah orang perseorangan yang berhutang. Janji hanya tinggal janji, berjanji nak bayar seminggu lagi, tapi dah berbulan2 tak bayar lagi. Kami pun tak tahu apa masalah mereka, kami pun banyak masalah juga tapi hutang tetap kami bayar, tidaklah membiarkan orang ternanti2.

Tidak kira siapa mereka, yang hari2 jumpe, bertepuk tampar bersama, pak2 yang berjubah kopiah, yang bermanis mulut bila berkata2 sumernyer tidak bayar hutang yang hampir setengah tahun. Bila diingatkan ade hutang, buat2 tak ingat.

Apa nak buat dengan mereka ni??
Mereka x bayar hutang hampir setengah tahun, sedangkan kami peruncit kene bayar kepada pembekal dalam mase 2 bulan hingga 3 bulan sahaja. Adakah ini adil lakuan penghutang terhadap kami sebagai peniaga??
kami sering ditohmahkan dengan pelbagai tuduhan yang membabi buta. Tahukah pembeli akan keperitan yang kami tanggung?? Mengapa senang sangat menuduh itu dan ini sedangkan mereka tidak mengalaminya.

Kami jadi serba salah nak bagi hutang atau tidak. Jika tak diberi, dikatanya kedekut, sombong dan sebagainya. Pabila sudah diberi hutang, tak nak bayar, bagi macam2 alasan. Siapakah yang boleh tolong kami...gomen or badan2 kebajikan yang len. Akta pelindungan pengguna ade, peniaga??? Takde siape yang leh tolong.

Keputusan telah dibuat, kami tidak akan bagi muka lagi dan minta maaf kepada semua kastemer, tiada lagi belian dengan 2 kali bayar. Pengalaman yang kami lalui sudah cukup mengajar kami supaya lebih tegas..kalo nak beli boleh beli, hutang minta maaf yer.
Kami perlu begini supaya diri sendiri tidak terseksa. Kami dah bagi kemudahan tapi dikhianati, jadi jangan salahkan mane2 peniaga jika ini berlaku. Cuba try pegi kedai cina nak buat hutang 2 kali bayar, kastemer melutut sekalipun die takkan bagi. Tapi boleh jer mereka kaya dan senang.
Mereka yang berhutang dengan kami ni, bukannya calang2 orang. Dah kenal lame dan berperwatakan menarik.(dari pandangan zahir, dalam hati jahat,penipu). Cakap bukan main macam orang yang sangat berpengalaman. Kata2 salah seorang penghutang mase mula2 kenal.."..apelah kedai awak ni kosong, tak banyak barang macam kedai cina, buatlah pinjaman dengan MARA masuk barang banyak2..".Amboi2 sedap jer mulut berkata2, tahu tak nak minta pinjaman MARA , syarat utama kedai kene beroperasi selama 6 bulan. Suh masuk barang banyak2, yerlah masuk banyak2 pastu nak bayar dengan ape...cakap ikut sedap jer...kalo ramai orang macam si penghutang ni lagilah tak leh nak bayar dengan pembekal.
Kalo ikutkan hati ni..nak jer tanya.."..en. dah bape banyak kedai yang en. dah buka, bolehlak nak bagi macam2 cadangan yang tak berasaskan ape2.."..maknanya tanpa pengalaman.
Seorang lagi yang tidak boleh dipercayai, peniaga juga, salu datang kedai cakap pasal pengalaman die. Tp nape yang menipunyer, memang patut pun rezeki tu Allah sempitkan, janji tak ditepati. Sikap die begini menyebabakan kami hilang respect kepada die. Walaupun hutangnyer tidaklah banyak, tapi duit tetap duit, even 5 sen pun kene masuk akaun.Pembekal pun 1 sen die kira..kami peniaga ni ade juge tolak ansur, setakat berpuluhan sen kami tak minta pun dari kastemer bagi diskaun.
Terpulanglah kepada anda untuk menilai pengalaman kami ni. Sebarang komen yang bermanfaat sangat2 dialu2kan.
Nota: Kepada peniaga2 lain, anda perlu bertegas, tiada lagi slogan " customer is always right".
- Buat syarat2 anda sendiri sebagai hak anda, supaya anda tidak rugi dan terseksa.
- Berhati2, jangan termakan dengan kata2 yang sangat manis.

Melawat kilang sissons

As salam buat teman2..

Baru2 ni kami berada di Selangor, kebetulan mase tu kat bangi, tetiba staff call cakap ade sekolah dah borong cat, jadinya stok cat silkglo base tint dan pastel habih. Dah alang2 dekat dengan nilai ni kami pun bercadang nak amik stok cat direct dari kilang sissons terus. Kalo kami call pengedar sissons Pantai Timur sure 3,4 hari baru sampai...lagipun esok hari sabtu nak lek ke Temerloh semula.

Sebelum nak pegi tu of cos lah kene bagitau pihak pembekal kami Pantai Timur, kalo tak nanti kene halau lak. Jadinya, bos pun call pihak PT soh diorang arrange sume2, fax purchase order..senanglah keje kami, hanya jumpe supervisor bahagian pengeluaran dan collect jer cat yang dah diorder tu.


Gudang cat yang dah siap, yang ni cat tungolac iaitu cat untuk besi dan kayu.



Kiranya ni kali pertamalah mama izan melawat kilang sissons nih...banyak betul cat yang dibancuh setiap hari. Mama pun apa lagi amik gambarlahkan, namenyer pun bloggerkan. Kilang Sissons ni kat nilai 3, yang mane nilai 3 ni terkenal dengan tempat yang ade jual barang2 murah terutamanyer kain2, tudung, langsir dan macam2lah.




Cat2 yang dah siap disealkan dan diasing2kan ikut company pengedar.


Bahagian tepi kilang.

Dah siap semua, kami pun pegi makan2. ..jumpe lagi..wassalam

Wednesday, December 22, 2010

Tatkala hero2ku bersama

As salam..buat sume pengunjung setia teratak ini....

Untuk kali ini ingin mama bercerita tentang kerenah hero2 mama izan ni di waktu pagi. Iaitu semasa kakak mia disekolah. Biasanye kak mia akan ganggu or kaco diorang ni nak "wat keje".
.
Baby aniq mama izan dah latih minum susu formula..tak kan nak menyusu badan sampai besar. So, kene latih dari awal supaya dapat biasakan pegang botol sendri. Sebelum ni memang cabaran, die tak nak langsung minum susu botol.
.
Elok jer nampak minum susu sesama..kalo mase abang mengusik habih melalak2 aniq tu.
.



Tengok tu ntah watperlah dengan hanger tu..dah sudah main nanti bersepah2..terbongkok2lah mama nak mengutipnyer mase nak sapu sampah. Kononnya nak mancing ikan..ye..ye..oo..jer ni.




Anak2 ni macam2 ragam..biarkan jerlah main..jangan main yang merbahaya sudah. kalo kak mia dah lek sekolah lagilah bertambah huru haranyer umah ni. Kusyen2 tu mesti dok kt lantai sumer, mainan2 lam kotak berterabur kat lantai..kalo mainan memang dah bersepah diorang ni pandang pun tak. Anak2 ni agaknyer tak leh tengok umah kemas, rimas agaknye. Mama izan lak kalo bersepah2, jadi serabut kepala ni.
.
bagaimana dengan anak2 anda, adakah baik2 saje atau samer jer?
komen tau...
wassalam..


Kira2..masyuk

As salam buat teman2 semua....

Wah masyuknyer...eh..eh.. ni takde kene mengena dengan login FB dapat seratus sehari. Ini memang directnyer masyuk. Inilah antara keje2 mama2..kalo takde ape nak wat, pas makan cek segala rekod jualan hari sebelumnya..mama izan cek sume tau. So, kalo ade baki yang tak betul..pelbagai soalanlah yang akan kuar dari mulut mama ni.

Selain tu, mama nak tahu gak dalam sehari2 tu barang ape yang banyak dijual dan cat tiap2 hari bape tong yang kuar. Senang nanti bila invois sampai just kira jer sama or x...or ade ketirisan kat memane dapat dikesan dengan cepat dan mudah.


Gambar2 ni di blurkan, ini adalah rahsia syarikat..mama letak gak gambar ni supaya ramai orang dapat gambaran cane rupernyernye apabila barang yang discan diprintkan...walaupun ade yang dah tahu, wat tak tau jerlahkan...



product sales report




daily sales report

Lame gak amik mase nak boleh faham sistem ni..mama ni dahlah bab komputer xbape terror macam suami mama tu. Alhamdulillah...now dah boleh wat sendri tanpa dipantau oleh suami.

Biasenyer mase nak mengira2 ni mesti hilang mamanyer calculator..tanye anak2..tak tahu jawapanyer..bila xde wat kira2 ade lak...macam chipsmore je..sampaikan suatu hari mama tanya sume.."...mane kalkulator ni, ade sape2 nampak?.."..suami jwp.."..tengok atas meja tu.."..rupernyer depan mata jer..yerlahkan dah salu sangat menghilang jadinya itulah dialog mama bila nak wat kira2.

Tips berniaga:

-Jangan sesekali bertangguh, buat kerja seadanya bila ade masa, kerana mungkin kerugian akan menunggu.

-Banyakkan bersabar supaya hasil yang kita lakukan amat2 membanggakan.

InsyaAllah ade mase dan usia jumpa lagi..wassalam.

Monday, December 20, 2010

Prosperity datang lagi

As salam buat sume pengunjung..

Setelah berpenat lelah ngecat, malam isnin kami pergi ke mc donald mentakab untuk menjamu prosperity. Setiap tahun memang kami tak lepaskan peluang ni, so bawa anak2 makan diluar memang seronok.



rugi kalo tak rase, wat sendri blum tentu sama rasenyer



Mama izan suke yang ayam tapi tak kuar lagi, ade yang daging jer. Daging pun daginglah, makan jer..selagi masih boleh makan lebih baik kita gunakan nikmat selera makan tuh.


Nape kami makan di mentakab?? Sebab di temerloh takde mc donald. Dengar2 citernyer, company sebelah ni dapat projek wat mc donald sebelah petronas jalan bahagia, temerloh. 2 tingkat dengan ade swimming pool skali. Mungkin tahun depan baru mula buat. At least ade gak tempat nak bawa anak2 kuar berjalan2.






Aniq memang suke sangat makan fries..kalo dah habih, merengek nak lagi. Abang ngan kakak kejap main, kejap makan.


ok..jumpa lagi..wassalam

Keje sambilan

As salam buat tetamu2 teratak ini...
Di doakan semuanya sihat wala'fiat.


Dari duduk ngadap pc jer, alangkah baiknye kalo wat sesuatu yang leh tambah income. So, suami mama dapat order untuk wat tiang besi untuk pagar, jadinya mama tolonglah cat kan dengan black oxide untuk elakkan dari berkarat. Pastu sukehati kitalah nak cat kaler ape.



hari pertama cat susun depan stor

Tempahan 270 batang, banyak tu, surelah mama cian tengok suami mama wat sesorang. Bab2 memotong besi dan buat lubang pada besi, suamilah yang buat. Mama bab2 ngecat ni ade skill lah sket kan. Sabtu dan ahad lepas , dok di stor bawah mengecat. Baby tido mama turun tolong ngecat.


Selepas dikira2 lam 6 hari siap untuk 270 besi. 3 hari ngecat dan 3 hari lagi potong besi ikut ukuran kastemer dan tebuk lubang.
hari kedua mengecat dalam stor,berdiri so, x sakit belakang.

Gambar kat bawah ni kekreatifan anak2 apabila bermain dengan cat.
bangku tak bertuan menjadi mangsa

pintu stor

dinding ofis sebelah ni pun diorang main cat jer.

Tahun depan kami akan buka untuk tempahan. So, mereka yang dok area temerloh ni lehlah order tiang besi pagar kat hawami hardware. Tak kisahlah, nenek atuk, sepupu sepapat, sedara mara, jiran tetangga sampai2kan info ni. Harga boleh kasi baik punya.

Wassalam






Saturday, December 18, 2010

Cakap lebih, keje wat x??

As salam buat sume pengunjung..
.
Tetiba mama izan nak cite pasal diri sendiri. Mungkin ade kalangan rakan2 yang terdetik..izan ni cakap macam hebat sangat ade kedai sendri..entah tahu ntah idak pasal barang2 kat kedai.
Meh sini nak citer kronologi sebelum jadi pembantu penguruskan.
.
Mama pun heranlah napelah minat sangat hardware ni. Sebenarnye sejak blajar lagi mama dah cadangkan kat suami mama suh die buka hardware.
.
Memula dulu amik kejut biologi pertanian @ upm, 5 sem jer / 2thn 1/2...entah nape tak leh nak catch up makin lame makin mencabar..jadinya mama izan pun tukar kos amik bahasa asing...kiranya mama ni orang asinglah..ha..ha..ha..bahasa arab. Sure kengkawan arab dulu terkejut mama terlibat lam hardware2 nih.
.
Walaupun kedai sendri mama izan pernah gak jadi kuli..3 bulan training..bos suh tulis sume pipe fitting yang ade dan kira stok..banyak tau lebih 50 jenis fitting dah lah paip ade jenis upvc, pvc, poly, GI dan stainless steel. Memang naik pening kepala ni. Blajar gak pasal cat macam2lahkan.
.
Dah leh menjual2 and xplain kat kastemer, jadinya naik pangkat jadi supervisor. Tugas menyelia barang2 dan staf2.
.
Bos aka suami mama memang ade banyak hal lain mase memula dulu..so..order barang, cek barang lam kedai sumer mama wat..bila cukup bulan wat akaun. Mase jage kedai, xde kastemer mama wat filing or cek delivery order dan invois. Bila dah tengahari masak lak. Anak2 memang dok kat kedai mase dulu2. Dengan nak letak harga kat barang2, dengan anak2 yang menyepahkan barang2.Hanya Tuhan saje yang tahu mase tu perasaan mama.
.
Apabila dah ade 2 orang staff dan dah pandai menjual barang dan tahu selok belok kedai, makanya mama pun naik pangkat jadi pembantu pengurus. So, kerja2 mama yang berkaitan dengan duitlah, akauntan, wat sebut harga, invois, akaun statement utk yang berhutang cek bayaran untuk pembekal. Walaupun kerja tak berat macam sebelum ni..tapi lagi pening woo..bab2 duit ni...kene cek bebetul...
.
Kalo nak wat cat dengan mesin cat tu mama leh wat..cat 7L mama leh angkat...yang 20L konfem xleh..tp gelekkan mcm tong gaslahkan..wat railing langsir leh gak wat..mama dah lalui sume tu sebelum mama leh agak senang sedikit sekarang. Jadinya. nak senang kene bersusah2 dahulu..betul x?? Takdelah senang sangat tapi bolehlah.
.
Tahun depan bos nak naikkan pangkat mama izan lagi, tak tahulah mama leh pikul or tak..cam berat sangat lak..Kalo mama kene handle segala2nye tahun depan memang cabaran. Semoga kekuatan jasmani, mental dan rohani akan semakin bertambah.
.
Dengan harapan tiadalah lagi kesangsian kepada mereka2 yang sangsikan.
Rasenye panjang lebar sangat dah ni. lebih baik stop dulu sebelum tulis yang mengarut2.
Wassalam..

Friday, December 17, 2010

Rabbit park @ Bukit Tinggi

As salam buat teman2 yang baru kenal juga yang lama kenal..
Semoga mana2 yang baik itu dijadikan panduan. Dek kerana x puas hati tengok kat Mid Valley mase lek kg aritu. Jadinya otw lek ke Temerloh kami singgah di Bukit Tinggi. jam 5.30ptg sampai...ok lah ade lam 1 jam stengah untuk bermain2 dengan arnab. Tutup kul 7 mlm.
Layan sume gambar2 nih..penat suami mama izan snapkan..hu..hu..








Tengok tu Amirul ..kalo leh sume arnab kat situ die nk bagi makan. "abbit ni laparlah mama"..kata amirul.






Amyra lak menyorok blakang mama..punyerlah takut..entah aper yang ditakutkan tuh. Die ingat macam kucing kot...Aniq selamba jer usap2 rabbit tu.






Aniq nak cucuk mata rabbit tuh..leh tahan gak aniq ni yer.


Kat rabbit park ade disediakan playground. Dah penat melayan arnab, main playground lak..1st time main dengan bola2 ni.



Pastu gi lak tengok keldai2. Kata penjage keldai ni..ade 2 ekor keldai pandai tunjuk gigi. Dan lagi satu tunjuk gigi dan lidah.





Yang ni diberi name simon leh tunjuk gigi. kita cakap jer "show ur teeth " secara spontan die tunjuk gigi.
Adakah rabbit bakal menjadi member kami??nantikan n3 akan datang..jeng..jeng..
ok lah..cukup takat ni..wassalam

Tukar2 tempat

As salam buat semua..

Apelah mendanyer yang bertukar2 tu ye..Sebenarnya dah lame sangat dok tayang cat2 offer kt pintu masuk kedai, dah tinggal sikit pun cat offer tu, ralatlak kan bila kastemer tanya x banyak pilihan.

So, mama izan pun cadangkan kat bos a.k.a suami mama supaya letak segala macam toilet bowl dr dok kat belakang xde sape yang perasan. Kalo kastemer tanya baru tunjuk, jadinya ramailah yang tak tahu kami ade jual.




inilah pintu masuk kedai mama izan



Walaupun tidaklah ade hari2 yang beli, tapi sedikit banyak orang yang lalu lalang nak pegi KFC tu , ternampak aksesori toilet tu ..jadi tersimpanlah dalam kepala mereka. Manalah tau sok , lusa, tulat ke toilet pecah or nak wat umah ke..lehlah beli kat kedai ni.

kakilima kedai, hujung skali KFC, sebelah ni, Ayamas..bagus x??


Tips berniaga:

1. Ubahsuai kedai anda dalam jangka waktu tertentu supaya kastemer tak boring dan staf x boring.
2. Tukar banner sekurang2nya 6 bulan sekali bergantung kepada bajet kedai anda.
Insyaallah kalo ade tips lagi akan mama kongsikan. Wassalam

Isi hati nurani

As salam buat semua pengunjung..

Terima kasih kerna sudi berkunjung disini. Apa yang boleh dikongsikan akan mama kongsikan dan sama2lah kita bertukar2 pengalaman dan ilmu. Mencari imu boleh di beli dengan wang ringgit tapi pengalaman tidak boleh di beli dan ianya sesuatu yang sangat berharga. Dan ianya mematangkan seseorang itu serta membantu untuk lebih maju kehadapan.

Sesekali buat pengisian begini bagus juga untuk kekuatan hati. Sudah lama rasenyer tidak membaca yassin kerna anak2 mengganggu. Tapi semalam rase sangat kuat dan membaca walaupun baby kejap panjat, duduk atas riba, yang lain gaduh2 sayang. kalo sebelum ade anak2 boleh baca 15min jer tapi sekarang setengah jam, besar betul cabarannya.

Mama sentiasa berdoa agar diberi kekuatan, yang wajib jangan ditinggalkan manakala yang sunat lakukan bila berkesempatan. Tidaklah mahu jadi porak peranda dek kerna kejar yang sunat keluarga diabaikan..Ya Allah bantulah hambamu ini, sesungguhnya saya terlalu kerdil dan lemah dan tidak sempurna.


indah ciptaan -Mu




Semalam menyelak buku bacaan yaasin Mama baca dan tertarik dengan hadis ini:
Sabda Rasulullah SAW " Sesiapa yang suka Allah SWT mengabulkan doanya ketika dalam kesusahan maka hendaklah ia memperbanyakkan doa ketika berada dalam kesenangan".
(Al-Tarmizi dari Abu Hurairah)


Kelazimannya kita bila dalam kesusahan barulah nak berdoa2 dan sebagainya. Apa kata kita latih diri supaya sentiasa bersyukur dan berdoa setiap masa walaupun hanya dengan hati. Sama2 kita muhasabah diri. Semoga jadi panduan untuk diri sendiri dan semua yang membaca.

pemandangan yang indah tepian pantai rantau abang, teganu

Gambar2 kali ni sekadar hiasan untuk menikmati ciptaan Allah.

Wassalam,ilalliqa'.

Tuesday, December 14, 2010

Sehari dua di kampung @ selangor

Salam ceria buat semua teman2...

Selamat menyambut tahun baru buat semua..pejam celik jer dah berada di bulan muharram kembali...jadinya sape2 yang ade tertinggal posa tu lehlah ganti dari sekarang supaya tidak terkocoh kacah nanti. Harini pun mama izan dah start qada' posa..hari pertama ni rase agak letih sket dengan melayan kerenah anak2 yang pelbagai.
Hari minggu yang lepas kami lek kampung kat jenderam setelah sumenyer pulih dari demam,selsema dan batuk. Mama izan memang berhajat nak bawa anak2 bermain2 sakan bila sume dah sihat. Jadinya berjalan2 jerlah kami.

Petang jumaat tu kami pegi ke alamanda, putrajaya...anak seronok main play ground dan main2 game yang ade disitu. Pastu makan2...papa biaselah mesti makan hot plate, kat temerloh nih xde satu tempat makan pun yang ade menu hot plate..mama lak makan waffle dengan aiskrim..amik yang plate jenuh gak nak menghabiskannya..sebaiklah anak2 pun minat gak.

Bergambar2ran di alamanda, putrajaya:








Hari sabtu bawa anak2 tengok rabbit kat Mid valley..tapi x seronoklah sebab xleh nak pegang2 dan manje2an...xpuas bebudak nih..jalan2 tengok air pancut...jakun betul bebudak nih..memang diorang nih xpernah lagi tengok..lam setengah jam gaklah bertapa kat situ..perut pun sudah berkeroncong..bebudak pun dah datang hok heknyer sebab lapo. Name jer gi mid valley tapi nak gak makan kat dusun sup gear box @ bangi. Kat sini ade bezanya yang wat kami mesti nak makan kat sini kalo lek jenderam..ade tauhu bakar dan otak2, memang sedaplah.


nak posing gak kat air pancut nih..

bebudak ni xcited nak bergambar dengan bear besar..


Dari zaman blajar sampai kawin, beranak sorang, dua dan tiga..suami mama izan suke sangat makan kat sini..rase masakannya dari dulu sampai sekarang memang x brubah..menu wajib..sup ekor, otak2, tauhu bakar dan kerang rebus dan nasi2 gorenglahkan..sumer ni xsampai pun RM50. Dari warung sampai now dah jadi restoran yang besar..mantan PM dan PM skarang pun pernah makan kat sini.Tahniah buat tokeh warung dusun kerana bisnes sudah semakin besar.

Dah seminggu demam aritu jadinya berhajatlah nak berpeluh2an..so, hari ahad mama izan ikut suami pegi kebun mak dan ayah..x buat ape pun..just sapu2 daun kering yang bertaburan di bawah pokok. Baby aniq mama izan biarkan die explore kat dalam kebun tu.


cian kene gigit nyamuk..biase2kan diri ye aniq farhan..



mama izan menyapu dedaunan yang luruh



seronoknyer main air..mama x marah yer

Lepas ni xtau bila lagi dapat berjalan2 sakan macam ni..jika umur panjang dan dimurahkan rezeki boleh luangkan mase dengan anak2. Walaupun mama izan ni bekerja di rumah tapi kosentrasi kepada anak2 tu kurang..sibuk dengan kerja2.
Allahumma yassir...