(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Friday, January 28, 2011

Proses rumah..kedai..

Salam buat semua pengunjung..
.
Uishh..lamernyer mama izan tak update erk..maklumlah seminggu akhir tetiap bulan memang bznyer mengalahkan YB.
.
Mama izan wat proses bersihkan umah, dok lap habuk2 yang melekat kat barang2, buang sesawang. Bila wat kerje2 umah, kerja2 ofis hold dulu..kecuali kalo ade mende2 penting, mama izan akan terus buat..
.
Tapi kalo bab2 mengemas mainan or kusyen yang berselerak..ikut moodlah..sebabnyer bila dah kemas, x sampai 5 minit pun dah bersepah lek..wat penat badan jerkan. Tapi kalo tak kemas bila kita jalan terpijak serpihan mainan kita gak yang sakit..betul x??
.
Malam ni akan bertolak ke klang..lamer tul xlek klang...memang kami bz sket dengan projek luar..esok akan ke jenderam pula, umah PIL mama izan.Rasenyer kalo bukan sebab nak setelkan PTPTN ujrah tu..kami x balik kot...sebab banyak mende nak prepare kat kedai.. sebab CNY kali ni cuti 4 hari berturut2, bayangkan betapa ramainyer kastemer nanti..maklumlah..kami nilah satu2nyer kedai hardware diy kat bandar temerloh ni.
.
Kami berharap segala2nya akan dipermudahkan..amiin..doakan yer kawan2..may be ade kawan2 yang doanyer dimakbulkan..alhamdulillah.
.
ok ..jumpa lagi..wassalam..

Sunday, January 23, 2011

minat baju cam princess

Salam buat teman...

Amyra ni kalau mama izan nk shopping baju, mesti die pun nak baju cam princess. takde pun mama izan ajar, inilah die citarase seorang anak...selagi masih boleh dedah2 ni biarkan jerlah...biar puas pakai macam ni kecik2..nanti dah besar dan diwajibkan menutup aurat kenelah ikut.
.
Mama izan pun jelaskan kat die.."..nanti dah besar macam mama pakai macam ni kat umah jer, nak kuar rumah kene pakai tudung.."..walaupun die tak faham, tapi kita kene sentiase sedikit demi sedikit terapkan perkara2 yang wajib die lakukan bila besar nanti.
.
Aksi2 amyra fariza dengan baju princesnyer...
.
.
minat menari..
.
.




ape yang peliknyer aniq



ok..wassalam..

Aniq 1 tahun ++

Salam buat semua pengunjung...

Sejak 2 menjak ni xde cite hangat lak. So, nak cite pasal si kecik comel mama izan ni. Aniq ni dah masuk tahap kenakalan kanak2. Suke sangat memanjat, pastu jatuh nangis...panjat lagi. Tak serik2..
.
Dah pandai main kete kecik ni..kete dari zaman kak mia lagi..elok lagi ha..cuma stereng dh pecah..papa pun repairlah..letak paip fitting..dah name pun tokey paipkan..kalo boleh sume2 mende yang rosak guna paip fitting. Sampaikan tudung periuk nasi pun guna paip fitting..ha..ha..


nampak mama pegang handphone, die sibuk turun nak amiklah tu..
.
.
.
Main slide pun dah boleh sendiri , x nak mama pegang. Actually playground ni sesuai kanak2 yang berusia 2 tahun hingga 6 tahun. Tapi aniq ni baru 1 tahun 3 bulan..dah rancak main. Buaian tu bukan stakat duduk jer..berdiri2 pun berani..kuat tempuhi cabaranlah kononnye..
.
.
.



jerit tanda kepuasan..

Kalau ade mende2 yang aniq nak, mama x kasi, dah pandai mengamuk berguling2 dan berenang di atas lantai. Abih dilapnyer lantai dengan baju, bersih lantai umah..

Ramai anak macam2 ragam..memang pening kepala ni 24 jam dok ngadap anak2. Tapi kekadang kalo sumenyer tido awal, mati kutu lak mama ni, keboringan..

So, gunakanlah kesempatan yang ade untuk melakukan ape yang kita nak buatkan..

ok, beginilah kisah anak2, wassalam..




Thursday, January 20, 2011

@ Kuala Gandah- Bahagian 2

Salam buat semua pengunjung...

Sambungan dari n3 yang lepas. Now nak citer aktiviti ke-2 ialah pelawat memberi makan kepada gajah. Pihak perhilitan yang sediakan makanan, ianya terdiri daripada buah2an tempatan seperti tembikai, betik dan timun. Biasanye makan tengahari, manakala sarapan pula adalah makanan jenis palet.
.
Anak2 mama izan xnak lak bagi makan..takut katanya.


gajah nk amik buah yang jatuh.
.
.


samer juga dengan gajah yang nih..
.
.

Sesudah makan, aktiviti menunggang gajah secara semulajadi. Pelawat yang memakai sticker berwarna kuning sahaja dibenarkan untuk menunggang gajah, iaitu 150 pelawat terawal. Jadi kami x dapat merasai menunggang gajah..Amyra dan Amirul merengek2 nak tunggang..dia stress dapat sticker merah.
.
.

Lawatan sahaja. Tidak dibenarkan mengikuti xtvt menunggang dan mandi bersama gajah.

.

Beginilah caranya menunggang gajah. Mama izan snap jer ntah sesape..xper erh..

.

.

.

.
Ha..inilah platform untuk naik gajah. Kat situ ade disediakan dua platform.

.

pelawat berpusu2 tak nak lepaskan peluang .
.
.
Beginilah caranyer nak turun dari gajah.
.
.
Dah penat berdiri tengok gajah..kelaparan anak2 ni..so menjamu aper yang mama izan bawaklah.
.
.
Amyra dengan coklatnyer dan Amirul dengan ribena..
.
.


Pelawat dah beredar barulah baby Aniq ni nak berjalan, kalo x nak berdukung saje.
.
.
pandai posing tuu..
.
.

Aktiviti mandi bersama gajah tiada pada waktu itu kerana tempat untuk mandi banjir dinaiki air sungai.
.
.

banjir sudaah..

Cukuplah untuk setakat ni. Jika ade mase dan usia jumpa lagi...wassalam.


Monday, January 17, 2011

@ Kuala Gandah- Bahagian 1

Salam buat semua teman2...
.
n3 sebelum ni mama izan kata nak cite aper ade kat kuala Gandah, Lanchang, Pahang. So, ahad lpas kami anak beranak pegilah ke sana. Dari Temerloh lam 45 minit, kalo dari KL lam 1jam 30 minit. Sebenarnya tempat ni ialah Pusat pemuliharaan dan Konservasi Gajah. Tak de bayaran pun nak masuk, ikut suke nak bagi baperkan..kiranya cam sedekahlah.
.
.
Tempat untuk mendaftar kat dalam ni..
.
.
sempat posing..mentara tunggu papa..
.
.
Terdapat 4 aktiviti yang diadakan disitu..iaitu sesi mandikan gajah, ke-2, sesi bagi makan oleh pelawat kepada gajah, ke3-, sesi menunggang gajah dan ke-4, mandi bersama gajah. Nanti mama izan ceritakan satu persatu.
.
.

rangka kepala gajah..x sempat nak baca2..mengejar anak2
.

Kat sini ade sebanyak 22 ekor gajah, dari kecik sampai ke besar adalah gajah asia. Seekor gajah ni makan 50kg makanan setiap hari. Makanannyer sekilo RM2, so sekor gajah memerlukan RM100 setiap hari, kalo 22 ekor dah jadi RM2200, gomenlah yang menanggung kos untuk gajah2 ni. Bagus juga tempat ni dibuka kepada orang ramai, jadi adelah sket sumbangan dari setiap pelawat tu.
.
.
Setiap hari gajah2 ni akan dilepaskan ke hutan selama 5 jam untuk mereka biase dengan habitatnya yang sememangnyer di hutan. Pas 5 jam, penjage2 gajah ni akan ambil dan bawa balik ke pusat ni. Sesi mandi2 ni dapatlah kami tengok, sesambil tu ade sorang p.cik dok xplain pasal gajah2 ni dengan bilingual (terkeluar ayat sastera) iaitu lam 2 bahasa, melayu dan english. Gajah2 ni akan mengikut arahan penjage2 tu..ade aksi baring, melutut semasa mandi tu.
.
.


Amyra asyik tengok gajah mandi..
.
.
Hanya 7 ekor gajah sahaje yang ambil bahagian untuk bersama pelawat. Pas mandi manda tuh, gajah ni menunjukkan kebolehan memasing kepada pelawat.
.
.

Gajah ni tunjuk aksi sembur air..tapi mama x sempat nak snap..

.

gajah membantu penjaganyer naik dengan belalainyer
.



gajah ambil kayu yang jatuh dan beri kepada penjagenyer




gajah besar ni boleh mengalihkan rantai besi yang berat
.

gaya mandi duduk
.

cara mandi gaya baring

.

tanda hormat dari gajah2
.
.
Nak tahu aktiviti seterusnya...nantikan n3 akan datang. Dah terlalu banyak sangat gambar gajah, harap xde sape2 yang muntah. Dah name pun pusat pemuliharaan gajah...mustilah banyak gambar gajahkan.
.
.
Ok..wassalam..

Saturday, January 15, 2011

Snack

Salam ceria buat teman2 semua...

Semoga semuanya mendapat kesihatan berpanjangan..amiin..

Sejak 2 menjak ni kami sekeluarga mengamalkan pemakanan yang sihat. Jarang2 sangat makan junk food yang merapu2 tuh. Walaupun agak mahaal tapi kalo sakit lagilah mahal nak bayo kos rawatannyer..betul tak??
.
Jadinya bila pas lunch atau diner, mestilah nak mengunyah sesuatu kan. So, kami makanlah segala menda yang berkaitan dengan bijirin. Amyra suka honey star, amirul suke coco crunch, papa lak suka cornflake..kenelah beli sume tuh. Mama izan pun mencubalah campur sume tuh then makan. Memang sedaplah. Now papa lak wat campuran..sedap katanya.
.
Mama izan leh kongsikan resepi. Tak susah mane pun. Kalo macam ni punya senang resepi pun maleh gak baik dok lam kubur kan tak yah makan. Aish mengarut lak mama ni..tapi betullahkan..
.
Ni ha rupernyer bila dicampurkan..
.
snack yang seedap dimakan seisi keluarga

Resepi:

*masukkan satu senduk cornflake (yang original), coco crunch dan honey star ke dalam mangkuk.

*Kemudian masukkan susu segar ke dalam mangkuk tadi. (Mama letak susu marigold).

*Apa lagi ..makanlah..senang baitu...

.ok..len kali mama izan akan kongsikan resepi hasil dari citarasa kami sekeluarga..wassalam

Blue riding hood

Salam ceria buat semua..

Anak2 ni macam2 jerlah nak dimainnyer. Actually diorang ni tak pernah pun tengok cite red riding hood tuu..Dengan baby Aniq pun dibuatnyer camtu gak, sebaik Aniq sporting jer layan kakak mia. Kononnyer baju hujan, pakai tu kurang kene hujan.

Comei gak diorang pakai macam ni kan..
.
ni dah macam zoro pun yer gak..
.

alala..cutenyerlah..jalan terkedek..lari2 anak..

semata2 nak bergambar..pegang aniq sampai macam tu..


Mama izan biarkan ajer diorang ni nak main ape2, tapi kalo mende yang merbahaya, tajam memang jangan haraplah. Biarlah mereka berimaginasi dan berkreatif dengan mende2 yang ade kat umah. Cumanya kita sebagai parent pantau mane2 yang patut.

Bila dah seronok main dan penat, mulalah dihasut setan, nak gaduh jer. Bab gaduh2 ni memang mama izan tak tahan, so menyingalah mama ni..tak pun memasing dapat cubitan bertuah. kekadang mama redakan sebabnya, kekadang Amirul nak kakak ikut cakap die, yang kakak lak ade cara die tersendiri. Bab2 ni, kalo papa ade, papalah yang rajin pujuk.
.
Sengaje mama izan cite pasal anak2, sebab awal minggu ni, mamanyer entry begitu serius dan sadis, nanti tensen lak reader blog ni..Kalo tiada aral, esok kami nak pegi Kuala Gandah, Lancang, Pahang..nak tengok gajah..so..nantikan entri pasal gajah ni dan ape yang ade di sana..
Sekian, wassalam..

Friday, January 14, 2011

Arnab makan rumput israel

Salam buat pengunjung semua...

Mama izan seronok betul tengor arnab2 ni makan. Sebelum ni, kami bagi makan lobak, kangkung yang dibeli dipasar. Beberapa hari pastu sekor arnab cirit, tak tahulah nape..mase tulah..now dah tahu..sebabnya arnab tak tahan dengan racun perosak yang ade pada sayuran tu. So, kita manusia ni leh lak tahan, tapi tak tahulah banyak mane now toksin lam badan. Sumernyer dah tak selamat nak di makan even buah2an pun.

Pas lek dari kampung haritu, mama izan adelah mencari rumput israel di tepi kebun getah belakang umah PIL mama. Rumput meliar jer ni, arnab memang makan rumput ni. Berselera jer makan, xde pun kene cirit.
.

lampu tu dipasang supaya arnab2 ni rase hangat, arnab xleh sejuk dan xleh mandikan

.

seronok yer dapat makanan
.
Kat temerloh ni dok lam bandar, takdelah plak mama izan nampak di tepi2 jalan. Kalo ade, nak gak amik, at least jimat beli palet arnab tu kan. Mane taknyer, arnab2 ni memang makan sokmo2(kerap). Mama izannyer bahasa memang ade campuran kelate, sebab PIL mama asal kelate.

Kalo nak bagi arnab makan sayuran, bolehlah bagi makan kangkung yang tumbuh meliar dan juga rumput israel. Rumput ni tumbuh menegak dan menjalar.

Adepun gambar rumput israel..
.

credit to My Cute Bunnies


Ok..jumper lagi..wassalam.

Thursday, January 13, 2011

Terima kasih rakan2..

Salam buat pengunjung semua...

Erm..mama izan nak ucap trime kacih kepada rakan2 yang selalu sangat nak tahu pengalaman berniaga ni. Mereka ni selalu message kat FB, kalo nak ikutkan tahap mane sangatlah mama izan leh crite kat FB tu. So, mama izan gagahkan diri buat blog, sekurang2nya leh juga bagi panduan untuk mama izan, anak2 dan sesiapa saje yang nak kan ilmu ni..

Sebelum ni, mama izan hanya membaca blog rakan2 sajer, ingatkan senang sangatlah mendenya nak dibuat. Agak susah gak kalo x bersungguh2. Banyak kene belajar nak hasilkan blog mama izan sekarang ni.

Memang kekok sangat dulu, lame dok ngadap komputer sebab nak buat gak blog ni, sampai kul 2, 3 pagi dok buat blog..bersemangatlah katakan. Anak2 dah tido baru boleh melayan blog ni. Now dah ade just update jerlah pengalaman or ceritera hidup kami.

Terima kasih juga kepada silent reader, sebab kehadiran anda menaikkan traffik kat blog nih secara tak langsung. Kot2lah satu hari nanti dapat duit kopi dari NUFFNANG kan..rezeki jangan ditolak.

layankan background blog mama izan yang terbaru..
.
Mama izan bersyukur juga, disebabkan rakan2 yang nak tahu pasal perniagaan mama ni..jadinya mama dah jadi macam blogger tegarlah plak. Menyinggah, menyelinap, menerjah dari blog ke blog, banyak ilmu dan pengalaman yang boleh mama izan kutip dan kongsikan dengan rakan2 yang lain.

Ape yang boleh disimpulkan, tanpa perkara yang telah berlaku, tidaklah ade ape yang ade sekarang. Tidak semua yang pahit2 dahulu akan pahit selama2nya, dan tidak semua yang manis2 dahulu akan manis selama2nya..cumanya kita perlu berusaha untuk mengekalkan kemanisan itu.

kepada silent reader or sesiapa sajer, jangan malu dan segan nak tinggalkan komen. Komenlah paper pun, janji jangan mengumpat kat sini sudah, mama izan x suke kay.Wassalam

Wednesday, January 12, 2011

Carta top 10 faktor seorang jutawan!

Carta top 10 faktor seorang Jutawan!
Oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb


Menurut buku the Millionaire’s Mind tulisan Dr Thomas Stanley yang memuatkan survey yang dijalankan keatas beribu jutawan, terdapat 10 faktor kejayaan seseorang jutawan. Berikut adalah carta bermula dengan nombor sepuluh…


10. Kemahiran menjual produk dan idea sendiri

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa kebanyakan jutawan datangnya dari bidang perniagaan. Sebagai usahawan, apa yang penting adalah kebolehan seseorang itu menjual produk dan idea mereka. Seringkali mereka adalah tergolong dalam orang-orang yang pandai berkomunikasi., terutamanya komunikasi dalam menjual produk, perkhidmatan dan juga idea sendiri.


9. Cekap dalam pengurusan

Mencapai tahap jutawan, bukanlah one-man-show. Sering kali memerlukan bantuan orang lain. Jutawan perlu cekap dalam menguruskan diri, perniagaan dan juga orang lain. Pengurusan yang cekap akan menentukan segala keraja berjalan dengan lancar.


8. Mempunyai semangat persaingan yang tinggi

Seringkali dalam mencapai kejayaan, kita perlu bersaing- sama ada dalam perniagaan atau dalam tangga koprat. Namun begitu, persaingan yang paling penting sekali adalah persaingan dengan diri sendiri, iaitu untuk mencapai kejayaan yang lebih daripada pencapaian kita sebelum ini setiap masa.


7. Mempunyai kualiti kepimpinan yang tinggi

Hanya 2% sahaja daripada kita adalah ketua yang boleh memimpin. 2% itulah seringkali mereka yang berada teratas di dalam industri masing-masing. Pepatah berbunyi “Leaders are readers”, mereka yang memimpin selalunya banyak membaca untuk menambahkan ilmu dalam bidangnya tersendiri. Dengan ilmu, ia akan memudahkan kita mengurus dan mengetuai industri kita.


6. mencintai karier dan perniagaan

Tidak dapat dinafikan lagi, mereka yang bergelar jutawan sememangnya melakukan apa yang mereka suka. Tidak kira sama ada bekerja makan gaji ataupun menjalankan perniagaan, mereka adalah peminat setia kepada industri yang mereka jalani. Mencintai karier dan perniagaan masing-masing adalah bagaikan petrol yang tidak akan kontang bagi sebuah kereta. Keghairahan akan membawa kita mencapai kejayaan tanpa mengira penat lelah.




5. Bekerja lebih keras berbanding dengan orang lain

Orang keramaian menghabiskan masa kurang dari 50jam seminggu dalam karier atau perniagaan masing-masing. Mereka yang bergelar jutawan pula menghabiskan masa lebih daripada 50jam seminggu. Ramai yang sanggup bekerja sehingga 60-70jam atau lebih seminggu! Ini juga akibat daripada keghairahan yang dimiliki dalam karier atau perniagaan. Untuk mencapai jutawan, seseorang itu perlu keluar dari kepompong kebiasaan dan bekerja lebih keras berbanding orang lain.


4.Mempunyai pasangan hidup yang memahami dan menyokong

Pepatah mengatakan bahawa, behind every succesful man, there is a woman. Bagi anda yang memburu kejayaan, amat-amat penting mempunyai pasangan hidup yang benar-benar memahami dan memberi sokongan 110%. Sekiranya tidak, maka, usaha untuk mencapai kejayaan akan menjadi semakin sukar. Tidak kira sokongan daripada suami, isteri atau keluarga, sokongan adalah satu kemestian dalam membina keyakinan diri yang tegar tidak kira apa sahaja halangan yang bakal ditempuhi.


3.Mudah mesra dengan orang lain

84% kejayaan seseorang bergantung kepada mereka yang berada disekelilingnya, iaitu orang-orang lain. Untuk mencapai jutawan, seringkali perlu bantuan dari orang lain. Mempunyai personaliti mesra dengan orang lain akan memudahkan perhubungan sesama insan dan penerimaan orang lain atas diri kita. Ini sejurus membantu kita dalam mengembangkan rangkaian kenalan kita dengan lebih besar.


2. Berdisiplin

Selalunya kejayaan dicapai apabila kita adalah “boss”. Menjadi boss perlu disiplin yang kuat oleh kerana kita tidak mempunyai orang atasan. Sebagai contih, sekiranya menjalankan perniagaan, usahawan tidak perlu menjawab kepada sesiapa pun. Dirinya adalah boss kepada perniagaan sendiri. Tanpa disiplin, pastinya tidak dapat menguruskan perniagaan dengan betul dan lancar. Orang ramai sering mengaitkan menjadi jutawan boleh banyak berehat dan bersantai. Tetapi, sebaliknya yang berlaku kerana sekiranya jutawan banyak berehat dan santai, bagaimana pula dengan karier dan perniagaan? Pastinya dengan lebih banyak pendapatan, maka lebih banyak tanggungjawab atas karier dan perniagaan. Maka disiplin diri adalah penting untuk memastikan segalanya berterusan.


1. Jujur dengan semua orang

Sifat jujur adalah sifat yang terpuji. Sifat tersebut disenangi oleh semua orang. Dengan menjadi jujur kepada mereka disekeliling kita, tak kira keluarga, kenalan, pelanggan atau rakan perniagaan, jujur adalah faktor utama dalam mencapai kejayaan sebagai seorang jutawan.


*****************


Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Tuesday, January 11, 2011

Andai hati bisa dibaca..

Salam buat semua..

Andai hati bisa dibaca, alangkah indah hidup ini. Adakah antara kamu orang yang boleh baca apa yang lahir dihati orang lain?? Sudah tentu tidak bukan. Apakah patut kami dipersalahkan kerna menolong orang lain?? Sudah tentu tidak bukan. Sebab kami x boleh baca hati orang lain.
.
Apa yang kita lihat diluar tidak semestinya sama apa yang didalam hati. Bila sudah tahu perangai seseorang itu barulah kita boleh ambil tindakan selanjutnya. Tidak perlu lagi beri muka. Blacklistkan saje orang sebegini tak kira sedara mara atau adik beradik suami or isteri.
.
Keadaan yang kami tidak jangka ini, membuatkan kami kecewa dan sedih. Tak sangka orang yang suami mama sudah kenal sejak kecil lagi, ingin main2 dengan kami perkara yang berkaitan dengan jual beli barang. Seseorang yang sangat dikenali luarannyalah..nak guna akaun kami untuk order barang yang harganya ribu2an. Dan die tahu term diberi untuk bayar kepada pembekal hanya sebulan. Tapi atas dasar saudara kami minta dari pembekal term 2 bulan.
.
Bila cek dah dikeluarkan, die minta tangguh lagi...macam mane ni? dalam mase 2 bulan takkan main contractor tak bayar kat die lagi..mustahil..kami pun ade amik projek sendri, dibayar paling lewat 3 minggu.
.
Sudahlah kami susah begini, seseorang yang kami harapkan sokongan, mengkondem dan menyalahkan kami buat kerja begini. Peliklah saya, ade ke orang lam dunia ni tahu orang yang luarannya nampak hebat tapi sebenarnya tidak seperti diluarannya itu..
.
Now kami sangat sedih... Bila kami dah susah begini tiada siape yang nak bantu kami, tapi bila agak senang.... Ya Allah mudahkanlah segala2nya.
.
Walaupun kami sudah amat2 berhati2 dalam perniagaan ini. Masih terkena gak. Esok, lusa bukannya kita tahu ape yang akan berlaku. Tapi kita boleh berdoa, hanya inilah yang boleh saya lakukan sekarang.:(
.
Harap rakan2 berhati2lah dan berwaspada dengan orang sekeliling anda..wassalam

Saturday, January 8, 2011

sudah terlambat...

Salam manis buat semua...
Mama izan now kat jenderam..selangor, jenderam ni 15 min ke putrajaya, 15min ke bangi, 15 ke nilai, 15 min ke KLIA...kiranya tempat strategiklah nikan..so..kalo lek sini memang berjalan sakan.
.
Semalam dengan x sabarnyer nak bershoping bawang2..tapi terlambat sudahh...uhuk...uhukk
Bawang putih sekilo rm7, bawang besar rm4 lebih sekilo...tapi stil murah dari temerloh..so, mama izan pun belilah stok untuk sebulan.
.
Ternampak lak fitti basic..ade offer rm24.5 untuk saiz M,L dan XL. Mama izan pun beli gak untuk stok. Walaupun abang pakai cloth diaper tapi kalo travel pakai disposable diaper. murahlah ni..now harga biase RM29 tapi kuantiti dikurangkan 10 pcs.
.
Kiranya ape2 mende pun skarang ni memang dah naik harga. Mama izan tidak tersilap langkah semasa wat keputusan nak gunakan cloth diaper...JIMAAAT sangat2. Sebab harga barang2 semakin hari semakin naik. Sedangkan dengan cloth diaper ni leh pakai sampai umur 3, 4 tahun.
.
Mama izan rase nak wat n3 pasal pengalaman pakai cloth diaperlah. Tengoklah kalo berkesempatan.
.
Wassalam..jumpe lagi..

Friday, January 7, 2011

Bawang Naik Harga!!

Salam buat teman2 semua...
.

Sedang seronok baca sinar cerita pasal perkara2 yang berlaku kat Malaysia ni, tetiba teralih pandangan mama izan..ape mendanyer yer..bawang sekilo RM10 ..
.

Mama izan pun terus baca..Sinar telah pergi mendapatkan maklumat di pasar awam Temerloh iaitu tempat mama izan membeli belahlah ni setiap minggu. Adoiilah..bawang sekilo RM10 camner ni MAHALNYE..sebelum ni RM2.50 sekilo.
.
Pepagi buta ni sanggup mama izan snap paper sinar ni..yerlahkan nanti ade pulak yang kata khabar angin jer. Sesape yang tinggal berhampiarn dengan Temerloh ni..jangan terkejut lak pegi pasar minggu depan..
.
credit to Sinar


Harini akan menghala ke Bangi or Selangorlahkan..jadinya beter mama izan bershoping di giant or tesco or carefour..x bleh jadi ni..kene beli stok sebulan sebab biasenye lek ke selangor sebulan sekali paling teruk..sejak minyak naik nilah..sebelum ni leh kata 2 minggu sekali..
ok..wassalam..

Thursday, January 6, 2011

Hasad dengki dan iri hati

Salam semua...hasad dengki dan iri hati ni , sume ade perasaan macam ni betul x?Angkat tangan sape yang rase2 hatinya suci dan bersih. Mungkin ade tapi orang yang bagaimana ya.
.
Ada baik dan ade buruknya berhasad dengki, yang baiknya dengki yang merubah kita jadi baik. Macam mane erk..? Begini, jika seseorang itu selalu dengki dengan kebaikan dan sopan santun seorang wanita ni, jadinya die nak lebih baik dari wanita itu. Ataupun mamat tu rajinnyer pergi ke surau, aku pun mesti lagi rajin.
.
Dalam perniagaan pula memanglah ade dengki2 ni, tapi janganlah pula kita menganiayai orang yang didengki tu. Kebanyakannya orang melayu berdengki sesama sendiri. Banyak saya dengar cerita pasal ni. Mereka yang berdengki tu guna ilmu hitam supaya kastemer tak nampak kedai yang didengki tu. Bukankah perbuatan ini berdosa.
.
Masyarakat Cina pula lain halnya mereka berdengki cara baik, bukan cara karut macam masyarakat melayu buat. Ini realitinya. Sebelah kedai kami dulu cina, mereka dengki sebab ramai kastemer2 melayu beli dikedai kami. Mereka pun masuk stok cat murah nak tarik kastemer, buat banner, promosi sama macam kami. Dengki macam ini menjadi persaingan yang sihat.
.
Manakala dengki yang tidak baik ialah, melakukan khianat atau buat sesuatu yang buruk kepada orang yang didengki. Rasenye yang tak baik nilah yang bersarang dalam hati kita. Tak caye cuba cek hati2 memasing. Kadangkala kata2 yang berbau hasad menjadi perantara untuk melontarkan kebengangan kepada seseorang yang didengki.
.
Sifat dengki ni hanya merugikan diri sendiri sahaja. Banyakkan istighfar supaya kita tidak dihasuti untuk berdengki yang jahat.
.
Mama izan berharap sangat dengki yang ade dalam hati ni yang akan membawa kepada kebaikan.Wassalam

Wednesday, January 5, 2011

11 Formula kejayaan

11 Formula Kejayaan!


oleh: Irfan Khairi

http://www.facebook.com/irfankhairi.fb



1: Keinginan

Pertama sekali di dalam formula kejayaan adalah keinginan. Untuk mencapai apa jua matlamat yang anda impikan, anda perlu mempunyai keinginan untuk mencapai matlamat tersebut. Lagi mendalam keinginan anda, lagi mudah untuk anda mencapai matlamat tersebut.


Keinginan seumpama api yang membakar. Lagi besar api tersebut, lagi hangat ia akan membakar keinginan jiwa anda dalam mencapai apa jua cita-cita yang anda letakkan untuk diri anda sendiri.


Punca utama seseorang itu tidak dapat mencapai matlamatnya adalah takut kepada kegagalan. Sekiranya anda takut kepada kegagalan, maka, anda tidak akan mengambil langkah pertama untuk mencapai apa jua matlamat. Keinginan akan membawa anda untuk mengambil langkah pertama tersebut.


Tanpa keinginan, matlamat tidak akan tercapai.


2: Keyakinan

Lagu yang sering bermain di kepala saya sejak dulu sehingga kini “Jika kau fikirkan kau boleh, kau boleh melakukan. Jika kau fikirkan ragu-ragu, usaha mu tidak menentu”


Lagu yang popular pada 80-an. Ya, bunyi nya amat cliché, tetapi lagu yang simple ini mengandungi mesej yang amat besar!


Dalam usaha untuk mencapai apa jua cita-cita anda, anda perlu mempunyai keyakinan di dalam hati bahawa cita-cita tersebut akan dicapai! Dengan keyakinan yang tinggi, ia akan menjadi penggerak kepada anda untuk tidak menoleh kebelakang lagi.


Keyakinan bukan bermaksud untuk menjadi bongkak dan taksub… anda tidak perlu meyakinkan orang ramai. Anda hanya perlu meyakinkan diri anda sendiri sahaja. Usah risau dalam meyakinkan orang ramai… anda perlu tunjuk bahawa cita-cita anda tercapai- itu sahaja yang akan meyakinkan orang ramai.


Dalam menetapkan matlamat anda, anda perlu realistik. Matlamat yang realistik akan membantu dan motivasikan anda untuk memberi keyakinan. Sebagai contoh, matlamat untuk mendapat kenaikan gaji 2 kali ganda dalam masa setahun mungkin tidak realistik. Tetapi, matlamat untuk menaikkan gaji anda sebanyak 20% dalam masa setahun adalah lebih realistik!


Matlamat yang tidak realistik hanya akan melemahkan motivasi diri anda apabila ianya tidak tercapai.


3: Tulis matlamat anda

Ini AMAT penting. Sejak saya menulis di ruang motivasi MASKULIN, entah berapa kali saya mengulangi petua ini. Di dunia, hanya 2% daripada golongan dewasa yang menulis matlamat mereka tersendiri. Baki 98% yang lain mungkin tidak mempunyai matlamat hidup, ataupun, sekiranya ada, tidak menulisnya.


Menulis matlamat anda adalah seperti anda membuat perjanjian dengan diri anda sendiri. Matlamat tersebut akan tersemat di fikiran anda dan sentiasa mengingati anda secara sedar, ataupun separa-sedar untuk anda mencapaikannya.


Matlamat yang tidak tertulis adalah seumpama angan-angan sahaja. Apabila anda menulis matlamat anda, ia menjadi sesuatu yang nyata- boleh di sentuh. Anda telah membawa matlamat di imaginasi kepada bentuk yang anda dapat mengenggamkannya!


4: Senaraikan kebaikan yang anda akan kecapi

Apa yang anda akan dapat sekiranya matlamat anda tercapai? Senaraikan segala-galanya. Lagi panjang senarai anda, lagi bagus. Ini adalah kerana anda menyenaraikan motivasi-motivasi yang akan mebakar semangat anda untuk terus berusaha dan mencapai kebaikan tersebut.


Manusia adalah insan yang beremosi. Dengan memikirkan kebaikan yang anda akan kecapi, ia akan memandukan anda ke arah mencapai matlamat tersebut. Berikan sebab-sebab mengapa anda mahukan matlamat anda tercapai, apakah pulangan yang anda akan terima, serta bagaimanakah tahap kepuasan anda sekiranya matlamat itu tercapai- ini akan menyemarakkan lagi semangat anda untuk mencapaikannya.


5: Cermin kan diri sendiri

Di mana anda berada ketika ini? (bukan di bangku atau di sofa!). Pada ketika ini, apakah keadaan anda. Anda perlu ketahui di mana anda berada kini untuk mencapai matlamat yang anda telah tetapkan.


Pastikan anda ketahui di mana anda berada kini oleh kerana itu adalah titik permulaan perjalanan anda. Lebih jelas anda dapat fahami keadaan anda kini, lebih jelas anda dapat melihat jalan ke arah pencapaian matlamat.


Sebagai contoh, sekiranya anda inginkan bebas kewangan, duduk dan ambil masa untuk melihat keadaan kewangan anda kini secara jujur. Sekiranya matlamat anda adalah untuk menurunkan berat badan, anda perlu ketahui berat badan anda kini sebagai titik permulaan.




6: Tetapkan deadline

Matlamat tanpa deadline adalah tidak lengkap. Apa jua matlamat yang ditetapkan, tetapkan sama deadline untuk mencapainya. Bila kah deadline yang terbaik? 6 bulan? 1 tahun? 3 tahun? 5 tahun? Atau 10 tahun?


Kebanyakan orang tidak deadline untuk menetapkan matlamat oleh kerana takut, matlamat tersebut tidak dapat tercapai sebelum deadline! Sekiranya tidak tercapai, ia akan mengurangkan motivasi sendiri… oleh itu, mereka biarkan tarikh untuk mencapai matlamat tersebut terbuka- bila-bila masa sahaja!


Itu adalah pemikiran yang salah. Dengan menetapkan deadline untuk matlamat anda, anda memberi satu sasaran yang jitu. Apa akan terjadi sekiranya anda tidak berjaya mencapai matlamat sebelum tarikh deadline? Senang sahaja… berikan satu tarikh deadline yang baru! Ia hanya akan mengajar anda untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.


7: Ketahui rintangan

Dalam mencapai apa jua yang berbaloi, sudah pasti akan terdapat rintangan di hadapan anda. Lagi besar matlamat anda, lagi besar rintangan yang anda perlu lalui. Ketahui rintangan-rintangan tersebut dan pelajari cara untuk menempuhinya terlebih dahulu.


Anggap usaha anda dalam mencapai matlamat adalah satu perjalanan mencari ilmu. Setiap rintangan yang anda temui walaupun sekecil manapun akan memperbaiki diri anda untuk rintangan-rintangan yang lebih besar di masa hadapan. Ini menjelaskan bahawa, mereka yang berjaya didunia adalah tergolong daripada mereka yang berpengalaman menghadapi rintangan-rintangan tersebut.


Kejayaan yang cemerlang akan hadir apabila anda berjaya menguasai segala rintangan. Oleh itu, lakukan perancangan terlebih dahulu. Senaraikan apakah rintangan-rintangan yang akan muncul.


8: Ilmu tambahan

Ketahui Ilmu tambahan yang perlu anda lengkapkan pada diri anda untuk mencapai cita-cita tersebut. Manusia diberi anugerah akal fikiran yang merupakan anugerah yang paling istemewa sekali.


Bina satu senarai- apakah ilmu tambahan yang anda perlu ketahui untuk mencapai matlamat anda? Apakah kebolehan tambahan yang anda perlukan? Apakah pengalaman yang anda perlukan? Bolehkah anda mendapat bantuan orang lain sekiranya anda tidak mempunyai sesuatu kebolehan itu? Apakah maklumat yang paling penting atau kebolehan yang paling penting untuk andapunyai dalam mencapai matlamat anda?


Tanggungjawab anda adalah untuk mempelajari apa jua yang anda perlu tahu dalam mencapai matlamat anda.


9: Perancangan

Kata pakar motivasi “Gagal untuk merancang adalah merancang untuk gagal”


Jangan biarkan nasib menentukan arah tuju anda. Buat perancangan yang rapi- seperti kontraktor memerlukan plan untuk membina bangunan yang gagah berdiri. Anda juga perlu plan untuk mencapai menara gading.


Rancang langkah-langkah anda dengan terperinci- dalam masa 1 bulan, apa yang anda perlu buat? Sekiranya ia tidak menjadi, apakah alternatif yang lain?


Hukum alam mengatakan, apa yang anda beri dan taburkan, ianya akan menjadi hasil. Sekiranya anda merancang untuk taburkan sedikit usaha, maka, sedikitlah pulangan anda. Sekiranya anda merancang untuk menaburkan bergunung-gunung usaha, maka, hebatlah pulangan yang anda akan terima.


Anda tidak boleh melanggar hukum ini. Mereka yang melanggar hukum ini adalah mereka yang sering ditpu dengan skim-skim piramid, skim cepat kaya, SCAM dan pelaburan yang hanya akan meleburkan wang sendiri.


10: Bina gambaran

“A picture paints a thousand words”. Beri gambaran yang jelas di fikiran anda bahawa matlamat anda telah tercapai. Gambarkan diri anda 1 tahun dari sekarang. Atau, 10 tahun dari sekarang.


Dengan berimiginasi gambaran anda berjaya di masa hadapan, ia juga akan membakar semangat anda untuk mencapai gambaran tersebut. Fikiran manusia dipenuhi dengan gambaran-gambaran dan bukannya perkataan. Penuhi fikiran anda dengan gambaran kejayaan anda di masa hadapan.


Berhati-hati, terlalu banyak mimpi di siang hari tanpa usaha dan perancangan, anda tidak jauh berbeza dengan angan-angan Mat Jenin!


11: Janji pada diri sendiri…

Janji pada diri anda sendiri, tidak kira apa rintangan yang akan datang. Tidak kira apa jua kegagalan yang anda hadapi, jangan- JANGAN- JANGAN sekali-kali putus asa! Sekrianya anda terjumpa dengan sahabat karib kejayaan, iaitu kegagalan- usah risau. Kejayaan adalah perintis untuk mencapai apa jua kejayaan- oleh sebab itulah saya gelarkannya sahabat karib.


Amat jarang sekali sesuatu kejayaan di capai tanpa kegagalan. Lagi banyak kegagalan anda temui, ianya bermaksud lagi hampir kejayaan kepada anda. Jangan putus asa oleh kerana kejayaan mungkin sedang menunggu disebalik kegagalan itu.


Berita baiknya adalah, menempuhi kegagalan adalah menambahkan pengalaman sendiri. Lebih banyak kegagalan yang anda jumpai, maka, lebih banyak anda dapat pelajari. Anda akan mempelajari lebih banyak dari sesuatu kegagalan. Sekiranya anda menjumpai kegagalan, ubah cara anda- jangan pula ikut cara yang sama oleh kerana cara yang sama akan membawa kegagalan seterusnya!


Kesimpulan

Kesemua formula kejayaan ini perlu di implementasikan setiap satu. Ini adalah “blue print” orang-orang yang berjaya di dunia. Ia menjadi formula kejayaan saya sendiri sehingga hari ini. Tiap-tiap kali saya mempunyai matlamat baru, saya akan rujuk kembali formula ini untuk memastikan matlamat saya tercapai.


Tidak sampai setahun lalu saya menetapkan matlamat saya, dan kini, dengan mengikuti formula yang diberikan, alhamdulillah saya mencapainya.


Kini, anda juga mempunyai formula kejayaan. Implimentasikannya kepada matlamat anda, dan saya yakin anda juga akan mencapai kejayaan dalam apa jua bidang!


*****************


Pakar perniagaan Internet, personaliti TV & radio, Irfan Khairi mendedahkan kaedah sebenar memulakan perniagaan Internet dari rumah di acara 2-hari Revolusi Perniagaan Internet. Sertai Revolusi Perniagaan Internet bersama Irfan Khairi dan ketahui bagaimana anda boleh menjalankan perniagaan Internet yang berjaya. Klik di sini untuk maklumat lanjut.

Tuesday, January 4, 2011

PROMOSI JUALAN MELOTOP !!!

Salam teman2 sekalian..

Jemput datang ke blog niaga saya.

PROMOSI JUALAN MELOTOP!!

Pilih2 dan order yer..

Untuk maklumat lanjut..KLIK SINI!!

Monday, January 3, 2011

Teh sukat punca kanser

As salam...buat tetamu semua...
.
Terkejut baca muka depan kosmo, teh sukat punca kanser. Teh yang dibeli secara timbang oleh kebanyakan gerai atau restoran. menurut pakar toksikologi, teh ini mengandungi pewarna sintetik dan serta merta mengeluarkan warna kuning pekat. Pewarna sintetik ini mengandungi karsinogen iaitu sejenis bahan kimia perosak sel-sel tubuh manusia dan terdedah kepada kanser.
.
Saya pun memang suka sangat minum teh tarik di gerai2. tak hairanlah kalo harga teh ni sekilo RM6 sekilo, rupernyer banyak bahan pewarna.
.
Pada tahun 2009, Kementerian kesihatan mengesan 51 syarikat pengeluar teh mencampur pewarna dalam produk mereka. Antaranya, jenama Teh wangi, teh cap masjid, serbuk teh 3 bintang, teh cap bunga, serbuk teh wawasan, teh tarik (burung petalawati) dan bunga mahkota.
.
Berita selanjutnya klik sini!!
.
Untuk menjamin kesihatan dengan sempurna, lepas ni minum teh tarik berjenama seperti teh boh dan teh lipton jerlah..

Sunday, January 2, 2011

Ayamas jiran baru

Salam buat semua...
Semalam ialah hari pembukaan kedai Ayamas iaitu jiran baru kami. Alhamdulillah rezeki awal tahun, harini mereka bagi seekor ayam bakar black pepper free, kalo x regenye RM23.90.
.
Kenyangnya makan ayam ni. Semlm dah makan seekor juga, semalam ade diskaun separuh harga tu yang kami beli banyak.
.
Kedai ni ade jual produk2 yang frozen dari ayamas dan yang siap masak pun ade. Macam2 ade, trylah datang tengok.
.
.
mama izan posing depan ayamas..ahaks

Anak2 ni seronoklahkan dok melepak kat restoran ni, sebab ade maskot ayam ...tapi bila suh pegi dekat nak bergambar takut lak.


maskot ayam




Dapat belon lagi...lagilah hepi..takdelah boring bebudak ni kan.

myra asik dok minta belon jer..sebab tu banyak..

Semoga dengan adenyer ayamas ni kedai kami pun dikunjungi oleh ramai pelanggan dan bertambah rezeki kami.

ok..wassalam

Saturday, January 1, 2011

Kini bermula..

As salam buat teman2...

Bermulalah lembaran baru ceritera hidup kami untuk tahun 2011. Saya agak terkejut dengan berita yang menyedihkan..arnab kami coco telah mati kerana mengalami cirit birit yang teruk.

Rakan niaga sebaris dengan kami iaitu Zhuan Yi telah menutup kedainya. Mama izan idak lah tahu ape masalahnya. Mungkin kastemer kurang dan jualan tidak meningkat atau hanya statik sahaja. Kami pun risau juga keadaan seperti ini berlaku. Diharapkan kami dapt bertahan dan akan bertambah maju. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Kedai ni jual segala aksesori bilik mandi yang harganya dari medium duty ke heavy duty.

Setiap tahun gaji pekerja akan naik, jika jualan setiap bulan hanya statik sahaja macam mana nak bertambah2 untung. Tahun ini kami naikkan lagi gaji pekerja mengikut prestasi dan kehidupan semasa. Ternyata taraf hidup semakin meningkat rentetan kenaikan harga minyak dan barang keperluan yang lain. Bagaimana dengan majikan seperti kami, perbelanjaan semakin bertambah setiap tahun, tapi perniagaan hanya begitu sahaja.

Dengan sebab inilah, kami ingin membesarkan lagi perniagaan ini dengan menambah barang2 binaan seperti pasir, batu batan, dan sebagainya untuk menambah pendapatan yang sedia ada. Untuk memperoleh pulangan yang besar, pelaburan juga besar. Semoga kami diberi jalan untuk merealisasikannya dan segala apa yang kami lakukan dipermudahkan.

Jiran baru, ayamas

Berita agak gembira kami sudah ade jiran baru, iaitu restoran Ayamas, dengan harapan daya penarik ayamas ni, kami pun dapat menumpang2 juga..kastemer mereka, kastemer kami juga dan menambah lagi orang dari Mentakab, Maran, Jengka untuk datang ke Temerloh...dan bertambahlah orang Melayu yang tahu akan kewujudan satu2nyer kedai hardware DIY di bandar Temerloh ni. N3 berikutnya lebih ditil pasal restoran ayamas ni. Jadi, jangan ketinggalan..


Sekian untuk tatapan kali ini, wassalam