Skip to main content

Blue riding hood

Salam ceria buat semua..

Anak2 ni macam2 jerlah nak dimainnyer. Actually diorang ni tak pernah pun tengok cite red riding hood tuu..Dengan baby Aniq pun dibuatnyer camtu gak, sebaik Aniq sporting jer layan kakak mia. Kononnyer baju hujan, pakai tu kurang kene hujan.

Comei gak diorang pakai macam ni kan..
.
ni dah macam zoro pun yer gak..
.

alala..cutenyerlah..jalan terkedek..lari2 anak..

semata2 nak bergambar..pegang aniq sampai macam tu..


Mama izan biarkan ajer diorang ni nak main ape2, tapi kalo mende yang merbahaya, tajam memang jangan haraplah. Biarlah mereka berimaginasi dan berkreatif dengan mende2 yang ade kat umah. Cumanya kita sebagai parent pantau mane2 yang patut.

Bila dah seronok main dan penat, mulalah dihasut setan, nak gaduh jer. Bab gaduh2 ni memang mama izan tak tahan, so menyingalah mama ni..tak pun memasing dapat cubitan bertuah. kekadang mama redakan sebabnya, kekadang Amirul nak kakak ikut cakap die, yang kakak lak ade cara die tersendiri. Bab2 ni, kalo papa ade, papalah yang rajin pujuk.
.
Sengaje mama izan cite pasal anak2, sebab awal minggu ni, mamanyer entry begitu serius dan sadis, nanti tensen lak reader blog ni..Kalo tiada aral, esok kami nak pegi Kuala Gandah, Lancang, Pahang..nak tengok gajah..so..nantikan entri pasal gajah ni dan ape yang ade di sana..
Sekian, wassalam..

Comments

Popular posts from this blog

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...