Skip to main content

Terima kasih rakan2..

Salam buat pengunjung semua...

Erm..mama izan nak ucap trime kacih kepada rakan2 yang selalu sangat nak tahu pengalaman berniaga ni. Mereka ni selalu message kat FB, kalo nak ikutkan tahap mane sangatlah mama izan leh crite kat FB tu. So, mama izan gagahkan diri buat blog, sekurang2nya leh juga bagi panduan untuk mama izan, anak2 dan sesiapa saje yang nak kan ilmu ni..

Sebelum ni, mama izan hanya membaca blog rakan2 sajer, ingatkan senang sangatlah mendenya nak dibuat. Agak susah gak kalo x bersungguh2. Banyak kene belajar nak hasilkan blog mama izan sekarang ni.

Memang kekok sangat dulu, lame dok ngadap komputer sebab nak buat gak blog ni, sampai kul 2, 3 pagi dok buat blog..bersemangatlah katakan. Anak2 dah tido baru boleh melayan blog ni. Now dah ade just update jerlah pengalaman or ceritera hidup kami.

Terima kasih juga kepada silent reader, sebab kehadiran anda menaikkan traffik kat blog nih secara tak langsung. Kot2lah satu hari nanti dapat duit kopi dari NUFFNANG kan..rezeki jangan ditolak.

layankan background blog mama izan yang terbaru..
.
Mama izan bersyukur juga, disebabkan rakan2 yang nak tahu pasal perniagaan mama ni..jadinya mama dah jadi macam blogger tegarlah plak. Menyinggah, menyelinap, menerjah dari blog ke blog, banyak ilmu dan pengalaman yang boleh mama izan kutip dan kongsikan dengan rakan2 yang lain.

Ape yang boleh disimpulkan, tanpa perkara yang telah berlaku, tidaklah ade ape yang ade sekarang. Tidak semua yang pahit2 dahulu akan pahit selama2nya, dan tidak semua yang manis2 dahulu akan manis selama2nya..cumanya kita perlu berusaha untuk mengekalkan kemanisan itu.

kepada silent reader or sesiapa sajer, jangan malu dan segan nak tinggalkan komen. Komenlah paper pun, janji jangan mengumpat kat sini sudah, mama izan x suke kay.Wassalam

Comments

  1. Dulu kak Zai pun terkial2 masa baru buat blog nasib baiklah anak tak jemu2 mengajar,banyak juga yang lucu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Takasima TK-112C untuk di jual

Kita bertemu kembali. Sejak cik zan pindah rumah baru memang cik zan x berkesempatan nak lari-lari dgn treadmill Takasima TK-112C kami. Sebab masa lebih banyak di kedai. Jadi cik zan telah buat keputusan untuk menjual treadmill Takasima TK-112C separuh harga. . Gambar Takasima TK-112C untuk anda lihat.. . . Takasima TK-112C ni dah 5 tahun, namun keadaannya masih baik sebab jarang-jarang gune. . Jika ada yg berminat boleh terus whatsapp cik zan untuk maklumat lanjut di 0192031549. . Penghantaran percuma untuk kawasan Temerloh,Mentakab,Maran,Jerantut,Bandar Pusat Jengka. . Sehingga berjumpa lagi:) .

RESEPI MUDAH ROTI GULUNG SOSEJ

Selamat bertemu lagi:). Cik Zan nak kongsikan sarapan pagi dan bekal buat anak-anak ke sekolah. Anak-anak cik zan bersekolah di sekolah cina jadi setiap hari mesti bawa bekal kerana makanan di kantin tidak di jamin halal. . Cik zan akan mencuba resepi-resepi yang ringkas dan mudah disediakan dan juga memenuhi citarasa anak-anak. . Harini nak kongsi sarapan berasaskan roti. . . Resepi roti gulung sosej. . *Rebus sosej terlebih dahulu. *pukul sebiji telur dlm mangkuk (untuk 4 keping roti). *Perasakan dengan garam. *Potong roti dan sosej kepada 2 bahagian  *Celup roti tadi dlm telur kemudian letak sosej dan gulungkan. *Kemudian, gorengkan sehingga masak. *Dah siap. . Senang dan ringkaskan. Jadi bolehlah anda cuba ya. Jumpa lagi di lain resepi:)

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...