(your code)

Rakan seperjuangan ;-)

Monday, January 3, 2011

Teh sukat punca kanser

As salam...buat tetamu semua...
.
Terkejut baca muka depan kosmo, teh sukat punca kanser. Teh yang dibeli secara timbang oleh kebanyakan gerai atau restoran. menurut pakar toksikologi, teh ini mengandungi pewarna sintetik dan serta merta mengeluarkan warna kuning pekat. Pewarna sintetik ini mengandungi karsinogen iaitu sejenis bahan kimia perosak sel-sel tubuh manusia dan terdedah kepada kanser.
.
Saya pun memang suka sangat minum teh tarik di gerai2. tak hairanlah kalo harga teh ni sekilo RM6 sekilo, rupernyer banyak bahan pewarna.
.
Pada tahun 2009, Kementerian kesihatan mengesan 51 syarikat pengeluar teh mencampur pewarna dalam produk mereka. Antaranya, jenama Teh wangi, teh cap masjid, serbuk teh 3 bintang, teh cap bunga, serbuk teh wawasan, teh tarik (burung petalawati) dan bunga mahkota.
.
Berita selanjutnya klik sini!!
.
Untuk menjamin kesihatan dengan sempurna, lepas ni minum teh tarik berjenama seperti teh boh dan teh lipton jerlah..

No comments:

Post a Comment