Skip to main content

Arnab2 kami

Salam ceria buat teman2...

Akhirnya arnab juga menjadi ahli baru kami. Sebelum ni kami hanya membela ikan emas..macam2 hal ikan emas ni..penjagaannya sungguh rapi kerna sangat2 manja. Tapi tak dapat ape2 pulangan. Jadinya kami bela arnab pula, kalo tak dapat jual pun, bila dah besar lehlah kami sembelih dan makan.




Memula kami beli arnab yang biasa harganya RM30 seekor, kami beli 2 ekor, warna perang dan hitam. Tapi hayat si perang x lame, mengalami cirit birit dan akhirnya mati. Ini kerana kami bagi ia makan kobis bulat. Kami dapat tahu arnab tak leh makan kobis bulat nanti cirit selepas bagi si perang tu makan. Sudah terlambat.


Si hitam ni namenyer..aswad



Baru2 ni kami beli lagi 2 ekor, arnab jenis dwarf, bulunya gebu gitu...geram sangat2..harganya 2 ekor RM240. Mama izan bagi name cici dan coco. Manje2 gitu...mama izan tak merasa lagi pegang yang cici dan coco ni..tak berkesempatan lagi.



gebukan...



cici berkenalan dengan aswad


Sebenarnya suami mama izan ni memang minat sangat haiwan2 peliharaan ni, ikan2, burung2, ayam dan arnab. Suamilah yang rajin menjaganya, sampaikan tetiap malam tengok arnab2nyer. Setiap pagi buang najis2nyer kalo x nanti semerbak bau lam stor yang tertutup tu. Arnab ni kami letak lam sangkar khas, harga RM130 kalo beli dipasaranlah..tapi kami dapat direct dari pembekal harga lagi murahlahkan.


Mama pegang arnab pun aniq jeles. Mana taknyer mama nyanyi lagu khas aniq kepada arnab tu, surelah die bengang merengek2. Nak tahu ke lagunyer, ha macam ni liriknye.."..la cayang2 la cayang anak mama, wusyuk2 asam, masam2 manis.."..dari aniq baby sampai sekarang mama izan dok nyanyi lagu ni utk aniq..


Kalo mama izan memang tak sempat nak jage2 bagai, anak2 yang 3 orang ni pun macam tak terjaga. Semoga arnab2 yang ade ni hayat nyer panjang lagi..
Sekian, wassalam..

Comments

  1. Comeynya.
    Dulu sy bela 2ekor arnab.
    Sekor org bg, sekor sy beli wat teman.

    Tp lama2 mcm boring dgn arnab sbb dia x manja,
    maka sy bg pree je kat org huhu.

    ReplyDelete
  2. thanx..mmg yg biase xmanjer..yg dwarf bulu gebu tu manje..tp sekor lg dah mati..sedih sgt..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada

Ubahsuai rumah:tambah bilik air

Salam buat semua pengunjung... Kami dah merancang sekurang2nya nak tinggal disini lagi 5 tahun. Memandangkan anak2 semakin membesar dan setiap pagi masing2 nak menunaikan hajat memasing..memang tak cukup bilik air satu saje.Kalau sedara mara atau adik beradik datang ke sini pun kenelah beratur nak menggunakan bilik air. . Setelah berbincang dan survey kos nak wat bilik air ni. Makanya, suami mama izan pun bersetuju. Memula nak beli bilik air yang dah siap, cuma letak jer kat lam umah ni, harga RM1200 paling murah tapi takde toilet bowl, masih tak praktikal. . Kami buat kira2 kos ubahsuai rumah membuat bilik air sendiri, lebih kurang RM1000 juga termasuk upah. Tapi kami hanya perlu mengeluarkan RM600++ sahaja sebab barang yang lain ade dikedai kami. Toilet bowl, sinki, folding door, peralatan paip, bidet tak payah beli, sume ade dikedai kami. . Jadinya, kos yang sedikit untuk ubahsuai rumah kami pun teruskan projek ni. Kontraktornya suami mama izan dan pekerjanya staff kami juga..sora