Skip to main content

Hasad dengki dan iri hati

Salam semua...hasad dengki dan iri hati ni , sume ade perasaan macam ni betul x?Angkat tangan sape yang rase2 hatinya suci dan bersih. Mungkin ade tapi orang yang bagaimana ya.
.
Ada baik dan ade buruknya berhasad dengki, yang baiknya dengki yang merubah kita jadi baik. Macam mane erk..? Begini, jika seseorang itu selalu dengki dengan kebaikan dan sopan santun seorang wanita ni, jadinya die nak lebih baik dari wanita itu. Ataupun mamat tu rajinnyer pergi ke surau, aku pun mesti lagi rajin.
.
Dalam perniagaan pula memanglah ade dengki2 ni, tapi janganlah pula kita menganiayai orang yang didengki tu. Kebanyakannya orang melayu berdengki sesama sendiri. Banyak saya dengar cerita pasal ni. Mereka yang berdengki tu guna ilmu hitam supaya kastemer tak nampak kedai yang didengki tu. Bukankah perbuatan ini berdosa.
.
Masyarakat Cina pula lain halnya mereka berdengki cara baik, bukan cara karut macam masyarakat melayu buat. Ini realitinya. Sebelah kedai kami dulu cina, mereka dengki sebab ramai kastemer2 melayu beli dikedai kami. Mereka pun masuk stok cat murah nak tarik kastemer, buat banner, promosi sama macam kami. Dengki macam ini menjadi persaingan yang sihat.
.
Manakala dengki yang tidak baik ialah, melakukan khianat atau buat sesuatu yang buruk kepada orang yang didengki. Rasenye yang tak baik nilah yang bersarang dalam hati kita. Tak caye cuba cek hati2 memasing. Kadangkala kata2 yang berbau hasad menjadi perantara untuk melontarkan kebengangan kepada seseorang yang didengki.
.
Sifat dengki ni hanya merugikan diri sendiri sahaja. Banyakkan istighfar supaya kita tidak dihasuti untuk berdengki yang jahat.
.
Mama izan berharap sangat dengki yang ade dalam hati ni yang akan membawa kepada kebaikan.Wassalam

Comments

  1. Saya kdg2 dengki jgk dgn kwn2.
    bkn dengki jahat tu... nehiii laaa haha.

    I mean kagum dgn apa yg dia ada tp sy xde.. tu je la :P

    ReplyDelete
  2. baguslah macam tu..maybe leh jdkan inspirasi utk kita leh ade mcm yg die ade..teruskan usaha yer..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Lesen G.D.L

Salam buat semua teman2..Bukan mama izan yang nak menduduki ujian untuk dapatkan lesen GDL , tapi suami mama izan. GDL ialah "Good driving Licence " atau maknanya Perlesenan vokasional pengangkutan barangan. Lesen ni perlu diambil untuk membolehkan suami mama izan pandu lori 3 tan delta tu..kalo xde lesen memanglah kene saman yer. Kenelah labur kan Rm120 untuk ujian teori dan RM50 untuk medikal check-up. Pastu setiap tahun nak renew just bayar RM20 sahaja. gambar sekadar hiasan Pada mulanya mama izan ingatkan hanya soalan2 yang biasa je. Gupernyer lebih dari itu, ade diberi buku untuk dibaca, akta pengangkutan jalan dan akta lembaga perlesenen kenderaan perdagangan. Lam buku tu ade 8 bab perlu dibaca. Dan soalan yang akan ditanya sebanyak 50 soalan. Suami mama izan pun dah macam student, sebab stay up memalam, yelah..rugi jer duit kalo tak lulus. Lagipun penting gak semua pengetahuan ini untuk memandu kenderaan pengangkutan barangan. Dan nak amik lesen ni hanya layak kepada...

Cara membuat permohonan tambah bidang dengan Kementerian Kewangan Malaysia(MOF)

Alhamdulillah..punyai waktu untuk berkongsi sedikit ilmu yang mungkin mampu membantu mereka yang ingin meluaskan perniagaan masing2. Sebelum membuat permohonan dengan MOF, anda hendaklah mendaftarkan bidang yang ingin dipohon dengan  suruhanjaya syarikat malaysia (SSM). Hanya RM30 untuk mendaftar 10 bidang yang pertama. Permohonan tambah bidang hanya boleh dilakukan bagi mereka yang telah berdaftar dengan MOF dan masih aktif sijilnya. Bagi mereka yang baru nak mendaftar dengan MOF boleh klik cara berdaftar dengan MOF . Kemudian log masuk dalam sistem e-perolehan  klik pada "pendaftaran sebagai pembekal/perunding", masukkan ID dan kata laluan(password). Klik pada profil dan klik permohonan tambah bidang. Lengkapkan segala maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, sediakan dokumen sokongan yang diperlukan dan dihantar/ dipos kepada yang berkenaan. Bagi mendaftar 10 bidang yang pertama dengan MOF sebarang caj tidak dikenakan, jadi kepada peniaga bumiputera,...

Cara daftar dengan kementerian kewangan secara online..

Salam mesra buat teman2..alhamdulillah atas segala rezeki yang dilimpahkan oleh Allah.. Sebenarnya saya buat entri ni sebagai panduan untuk diri sendiri di masa hadapan. Manalah tahu akan datang ada rezeki tambah kedai, nak daftar dengan kementerian kewangan dah tak ingat. Dan agak rumit bagi mereka yang belum lagi daftar. Jadi ingin saya kongsikan apa yang telah saya lakukan. Memula buka laman web eperolehan . Tukar bahasa jika perlu. Kemudian klik pada butang - pendaftaran pembekal atau perunding. Klik pula daftar sebagai kontraktor baru (ikutlah bidang perniagaan anda, kalo perunding, klik butang perunding baru). Disini kita buat ID dan password untuk log masuk dalam sistem e-perolehan dan sedikit maklumat perniagaan secara ringkas. Selepas itu, log masuk guna ID dan password yang kita dah buat. Disini akan ada 6 seksyen yang perlu anda isikan. Isikan seksyen pertama- perincian syarikat, jika maklumat yang anda masukkan lengkap, sistem otomatik akan tanda right di side bar sebel...